Traveloka Banner

13 Tips Jimat Untuk Penyediaan Barangan Keperluan Bayi Baru Lahir

Saya nak kongsikan satu tips keibubapaan untuk rakan pembaca semua. Ia berkaitan cara nak berjimat untuk lengkapkan keperluan barangan bayi, terutama bayi yang baru lahir. Saya tahu belanja kelengkapan bayi bukannya murah.

Saya baru sahaja terima kelahiran baby baru hujung Mac 2017. Saya ada buat beberapa post atau artikel yang berkaitan kelahiran baby boy diberi nama Hasif Najmi ini. Jika anda pasangan yang baru atau sedang menunggu untuk menerima baby, saya jemput anda baca post-post tersebut di bawah label keibubapaan ye.

Tips Jimat Untuk Sediakan Barangan Bayi Baru Lahir

Tips Jimatkan Kos Untuk Keperluan Bayi
Orait, kali ini, saya nak berikan pula tips yang berkaitan perbelanjaan untuk baby. Sebelum ini, ada juga saya berikan senarai keperluan untuk persediaan hadapi baby sulong, tetapi nampaknya tak ramai nak baca sangat bab perkongsian tu...hehehe .. mungkin sebab ramai ibu bapa yang dah tahu kot.

Tips jimat untuk lengkapkan keperluan dan barangan bayi ni saya tulis untuk bantu para ibu bapa terutama yang baru supaya jangan terlalu gusar berkaitan belanja untuk keperluan bayi. Ada caranya untuk jimatkan kos, dan gunakan duit yang ada untuk tujuan lain yang mungkin lebih penting.
Tips Jimatkan Kos Untuk Keperluan Bayi
Benda ni, saya dan isteri dah buat lama, sejak kami berdua mendapat cahayamata kedua iaitu Zikri. Ternyata apa yang kami buat telah menjimatkan kos perbelanjaan untuk bayi kedua kami. Jadi apa kami buat?

Untuk anda ikuti tips jimat ini, ada dua keadaan harus anda lihat, iaitu:
  1. Perbelanjaan untuk bayi kedua dan seterusnya (jika sama jantina dan sebaliknya)
  2. Perbelanjaan untuk bayi sulong

13 Panduan dan Cara Kami Berjimat Untuk Kos Keperluan Bayi

Kos ini berbeza mengikut keadaan yang saya sebutkan di atas. Pun begitu, secara amnya anda mungkin boleh ikuti panduan dan tips yang saya berikan di bawah.
  • Untuk bayi sulong, memang elok sangat anda sediakan semua keperluan dan barangan dalam keadaan baru. Beli pakaian bayi new born dalam minima 14 helai - 7 pakaian siang, dan 7 pakaian malam, termasuklah sarung tangan, sarung kaki, topi kepala. Beli jenis pakaian bayi yang unisex, bermakna ia tidak khas hanya untuk bayi lelaki mahupun perempuan. Jadinya pakaian dibeli ini boleh dipakai untuk keperluan bayi akan datang.
Tips Jimatkan Kos Untuk Keperluan Bayi
  • War-warkan kelahiran bayi baru anda kepada semua kenalan, jiran terutama sekali saudara-mara. Beritahu mereka di mana isteri anda sedang berpantang. Ia telah menjadi satu adat dan kebiasaan dalam masyarakat Malaysia, apabila ada kelahiran baru .. mesti ada ziarah yang didatangkan bersama hadiah untuk bayi. Jadi, keperluan seperti pakaian bayi, losyen, napkin, wet tissue akan bertambah. Banyak yang anda boleh jimat nanti.
  • Bayi baru lahir cepat membesar, maka pastikan anda tidak membeli pakaian bayi newborn terlalu banyak. Elok beli saiz yang besar sedikit supaya ianya boleh dipakai lama. Lagipun, bayi yang baru lahir selalunya dalam keadaan berbedung dan berbalut. Jadi, kalau belikan pakaian bayi yang cantik-cantik pun ... tak ada makna sangat .. hhuhu..
  • Cuba beli pakaian bayi semasa jualan murah atau sale. Salah satu tempat yang saya dan isteri selalu beli pakaian dan barangan bayi dengan harga murah ialah di Lazada Malaysia. Ambil kesempatan tersebut walaupun usia kandungan masih dalam peringkat awal. Selain dapat jimatkan kos, anda takkan rasa terlalu bebanan untuk beli barangan bayi.


  • Beli pakaian dan barangan keperluan bayi semasa jualan gudang atau beli terus dari kilang. Misalnya di tempat saya, ada gedung pembuatan baju bayi jenama TollyJoy dan Pureen. Jadi, boleh dapat beli pakaian bayi dengan harga murah. Anda boleh semak iklan di akhbar untuk jualan gudang ini, contohnya macam saya beli baby court - beli kat Selayang jualan gudang.
  • Pinjam daripada adik-beradik dan sanak sedara. Macam saya, isteri saya ada kawan yang beri pinjam keperluan bayi macam breast-pump, bakul baby dan banyak lagi. Adik ipar saya contohnya beri pinjam rocking-chair-baby dan mainan bayi. Jadi, tak perlu beli. Lagipun mereka tak gunakan untuk masa terdekat.
  • Beli pakaian dan barangan bayi terpakai dari kawan-kawan pun boleh juga, kalau mereka tak pinjamkan. Approach je kawan-kawan yang kenal baik tu, dan tanya pada mereka samada ada pakaian dan keperluan barangan bayi yang tak dipakai, minta beli. Namun, selalunya kalau dah kawan kenal baik tu, mereka akan berikan sahaja - samada pinjam sementara atau berikan terus.
Tips Jimatkan Kos Untuk Keperluan Bayi
  • Guna pakai pakaian lama baby anda yang dulu. Macam baby court yang saya dan isteri beli ketika kelahiran anak sulong, sampai sekarang masih simpan dan digunakan. Alhamdulillah, nasib baik saya tak jualkan walaupun sebelum ini saya dah pinjamkan kepada adik ipar saya.
  • Tak perlu beli pakaian dan keperluan barangan bayi yang berjenama. Untuk bayi baru lahir ni, pakaikan pakaian yang selesa untuk mereka. Pakaian pasar malam pun boleh. Dah besar sikit, dah pandai bergaya barulah belikan yang ada jenama - jika ada kemampuan. Jika tak mampu, kekalkan dengan tips penjimatan beli yang murah. Baby banyak duk dalam rumah je pun ... huhu.
Tips Jimatkan Kos Untuk Keperluan Bayi
  • Lampin bayi adalah keperluan paling utama. Beli secara pukal atau dapatkan jenis pek jumbo sebab ia lebih jimat. Salah satu tempat yang ada jual lampin bayi dengan harga cukup murah ialah Lazada Malaysia. Anda boleh pilih mana-mana jenama yang sesuai dengan bayi anda.
  • Gunakan lampin kain jika mahu betul-betul jimat. Bayi kecil sering membuang air. Semasa kelahiran anak sulong kami, kami gunakan lampin kain boleh basuh atau cloth diapers. Cumanya anda kena rajin basuhlah. Perlu beli banyak kalau tak larat nak basuh hari-hari. Anak sulong saya dan anak kedua gunakan lampin cloth-diapers ini. Boleh pakai sampai anak keberapa pun sebab ia tahan lama.
  • Anda juga boleh beli barangan keperluan bayi seperti baby court, buaian, stroller dan macam-macam lagi dengan harga murah dan jimat menerusi laman web Mudah atau Lelong. Di situ ramai ibu bapa yang jual barangan terpakai untuk bayi. Isteri saya sendiri beli stroller jenama Anakku dengan harga murah di laman web tersebut. Saya syor beli yang boleh COD di mana anda boleh tengok barang tu dulu sebelum beli.
  • Kedai barangan terpakai pun ada jual keperluan bayi dengan harga jimat. Usah fikirkan samada ia baru atau lama, asalkan ia boleh digunakan sudah cukup ok. Anda bukan nak guna lama sangat pun. Untung jika dapat barang yang boleh tahan lama, maka bolehlah gunakan untuk bakal kelahiran akan datang. Ia bukan satu keperluan untuk beli yang baru... andai anda fikir mahu berjimat untuk keperluan yang lebih baik untuk bayi anda.
Gambar di bawah adalah beberapa keperluan dan barangan bayi yang samada kami pinjam atau kami beli second-hand.

Rocking-chair jenama mahal ni memang tak mampu nak beli baru, jadi kami pinjam dari adik ipar saya .. ..  ok je ... :)
Tips Jimatkan Kos Untuk Keperluan Bayi
Tips Jimatkan Kos Untuk Keperluan Bayi

Stroller jenama Anakku ini, isteri saya beli secara online tapi bayar guna COD. Kalau tak salah, isteri saya beli kat Mudah. com. my. Masih elok walaupun warnanya dah kusam. Baby Najmi elok je duduk dalam tu .. rilekss je dia .. hehe.
Tips Jimatkan Kos Untuk Keperluan Bayi
Rasanya tips jimat untuk sediakan keperluan dan barangan bayi ini sudah memadai untuk anda praktikkan jika mahu.

Join Group Ibu Ibu

Anda juga boleh join mana-mana group dalam FB atau WhatsApp yang terdiri daripada ibu-ibu yang dah ada anak, dan guna pakai beberapa tips diberikan di atas; contohnya beli atau pinjam peralatan dan kelengkapan untuk bayi.

Buat Baik Dengan Orang Sekeliling

Paling utama, anda berbuat baiklah dengan orang sekeliling anda, terutama jiran-jiran, sanak sedara dan kawan-kawan yang seusia dengan anda. Jika anda baik dengan mereka, in Sha Allah .. kos untuk penyediaan barang dan keperluan bayi baru lahir akan dapat dikurangkan dan menjimatkan wang anda.

Zaman sekarang, harga barang semuanya mahal. Lagi-lagi selepas adanya GST ni. Kalau tak buat cara macam saya sebutkan tadi, jenuh juga nak mula kumpul duit untuk keperluan bayi baru lahir. Paling tidak, anda perlu ada sekurang-kurangnya RM1000 untuk keperluan bayi bakal lahir.

Pun begitu, percaya juga dengan qada' dan qadar Allah S.W.T. Setiap bayi yang lahir akan bawa rezeki dan rahmat tersendiri. Apa yang perlu anda buat sebagai ibu bapa adalah memastikan anak dilahirkan itu akan sihat sejahtera dan dididik dengan sempurna. Anda tak perlu pun barangan berjenama dan mahal untuk besarkan anak menjadi anak soleh dan solehah ... tak gitu?

Buatlah yang terbaik untuk bayi yang bakal dan baru lahir.



Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

3 Comments

  1. Alhamdulillah... Saya pun byk guna brg lama... Kena pandai jaga dan simpan... Katil, stroller, besen mandi boleh guna yg lama... Hatta barut baby pun masih saya guna dari anak sulong sampai ler anak ke-5 hujung mei tempoh hari...

    ReplyDelete
  2. betul tu...utk baby pun perlu ada rm1000 dlm tangan...baby pertama..klu yg kedua ni bolehla pki yg abg n kakak punya...jimatlah sikit...terima kasih atas tips

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.