Selamat Hari Lahir buat diri sendiri. Berapa umur? Uhh .. hmm sudah lebih 40 tahun. Alhamdulillah, 40 tahun yang banyak pengertian dalam hidup. Paling bermakna, saya mempunyai keluarga sendiri yang lengkap. Ada isteri, ada anak lelaki dan anak perempuan.

Bila dah tua ni, hadiah harijadi memang bukan dalam priority, kalau ada pun ... itu beli sendiri. Nak harapkan orang beri, uhh memang tak terfikir. Tapi, dalam keluarga saya .. alhamdulillah, saya ada isteri yang sering menyerikan hari bersejarah saya.

Hadiah Harijadi Istimewa dari Isteri

Tak sangka isteri saya telah berjaya hasilkan sesuatu yang unik sempena hari jadi saya yang ke 4X tahun ni. Isteri saya telah susah payah kumpulkan segala memori saya dimuatkan dalam sebuah album gambar dan sebuah mug!

Hadiah Album Gambar Peribadi dan Mug Ajaib

Hadiah Harijadi Istimewa Dari Isteri
Paling menarik ialah, album gambar tersebut bukan sebuah album gambar biasa. Begitu juga dengan hadiah mug harijadi yang saya terima. Special tu. Ditempah secara online menerusi Photobook!

Saya sebagai suami pun tak terfikir nak berbuat begitu. Hmm .... rasanya hadiah harijadi untuk isteri tahun ni, saya tak bagi apa-apa kot ... Allahu Akbar. Teruk kan saya? Begitu juga dengan harijadi anak-anak .. aduh.

"Angah, abah nak bagi hadiah paling best birthday ni ...  kat Angah" kata saya.
"Ala tau ... abah nak bagi kasih sayang kan?" kata Angah atau Zikri, anak saya nombor dua.

Ya, saya memang tak berapa nak mampu belikan hadiah harijadi berbentuk material ni. Saya akui dan akur.

Jadi, sebab itulah apabila isteri saya hadiahkan sesuatu kepada saya, terasa sangat bermakna, dan terharu. Uhh sudah pastilah saya tak tunjuk rasa terharu tu, saja pendam dalam hati. Bukan apa, ada rasa bersalah lak bila saya tak berikan apa-apa pada harijadinya.

Album Gambar Peribadi Photobook Sebagai Hadiah Birthday

Idea Hadiah Harijadi Istimewa
Photobook - Hadiah Harijadi Dari Isteri
Sebuah album gambar dengan hampir semua memori yang manis dalam hidup saya. Saya suka. Setidak-tidaknya, gambar-gambar ini tidak lagi bersarang dalam harddisk komputer. Uhh bijak sungguh isteri saya.

Dengan menggunakan Photobook, isteri saya rekabentuk sebuah album peribadi mengenai diri saya sempena hari lahir. Menarik betul. Yang bestnya ialah, isteri saya telah memilih gambar-gambar saya yang paling kacak tak terkalah. Fuh ... tak sangka saya dulunya kacak (juga sekarang). Kah kah kah.

Mug Ajaib Photobook Hadiah Harijadi Istimewa Unik

Selain Photobook, isteri juga telah hasilkan dan hadiahkan sebuah mug magik yang ada gambar tersembunyi. Perghh hat ni .. memang buat saya, uishh ... hebatnya mug ni.
Photobook Mug - Hadiah Harijadi Dari Isteri
Mug Photobook - Hadiah Harijadi Istimewa Dari Isteri
Mug tu akan paparkan gambar bila diisi air panas. Jadi, apabila saya nak minum air ketika update blog ni, dengan gunakan mug ni .. akan ingatlah saya mengenai memori memori manis saya bersama isteri dan anak-anak. Dan saya akan ingat juga, inilah pemberian hadiah harijadi paling best pernah isteri saya berikan sejak lebih 10 tahun kami bernikah.

Serius. Memang best mug ni. Boleh tempah online di SINI.

Saya berterima kasih kepada isteri kerana hadiahkan mini album gambar dan juga mug tersebut. Dua hadiah harijadi saya dapat dari isteri. Dan ianya datang dari hasil kreatif isteri saya menerusi Photobook.


Haha... tak rugi saya perkenalkan Photobook kepada isteri saya lebih setahun dulu menerusi promosi di Lazada. Malah, saya pernah ceritakan di blog saya dulu, sehingga ia menjadi antara post viral di blog saya.
Buku Nota Istimewa Photobook
Buku Nota Istimewa Photobook
Photobook merelisasikan impian isteri saya untuk hadiahkan satu hadiah istimewa untuk harijadi suaminya. Mengapa tidak anda juga?

Dapatkan diskaun istimewa apabila menempah Photobook di SINI. :)

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement