Anak adalah permata. Ia perlu digilap dengan sebaiknya supaya nanti ia semakin bersinar dan tidak malap mengharungi masa. Ramai ibu bapa zaman sekarang sudah tahu keperluan penting untuk anak-anak membesar dengan bijak. Selagi mampu, mereka mahu berikan yang terbaik.

Begitulah halnya dengan saya. Saya dan isteri tidak terkecuali untuk menjadi sebahagian daripada golongan ibu bapa yang mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Begitu juga dengan anda, ye tak?

Sediakan Keperluan Bayi Dengan Kemampuan

Zaman sekarang, barang keperluan bayi dah ada macam-macam. Pilihan pun banyak. Jika dulu kita cuma kenal Pampers sahaja, tetapi sekarang dah ada PetPet, Huggies, Mamypoko, Drypers dan banyak lagi jenama yang ada tu tak biasa kita dengar.

Samalah macam pakaian bayi dan anak-anak. Kalau zaman saya kecil-kecil dulu, cuma tau Kiki Lala je. Uhh sekarang, jenama pakaian untuk bayi baru lahir pun dah ada pelbagai dah. Malah, jenama pakaian terkenal macam Levi's Strauss, Polo, Hush Puppies, dan Calvin Klein pun ada pakaian untuk bayi dan kanak-kanak.

Uhh for sure macam saya dan isteri, memang tak mampulah nak beli jenama-jenama mahal macam tu. Kalau ada pun, ia datang dari jualan murah, penghabisan stok, dan jualan dengan diskaun. Nak beli harga original ... fuh ...
[Dah Baca?] Shopping Baju Baby Jenama TollyJoy dan Pureen Serendah RM2 Sepasang
Bukan setakat keperluan macam lampin pakai buang dan pakaian bayi; keperluan lain seperti botol susu, jenis susu tepung, berus botol susu, sabun mandi bayi, car seat baby, rocking-chair baby, baby court dan buaian bayi pun dah ada macam-macam jenis dan jenama.

Kadang tu, barang keperluan tak ada jenama, datang dari China pun boleh tahan juga harganya di pasaran. Hahaha ... pakat memang tak mampu nak belilah, kalau boleh jejaskan keperluan kewangan yang lain.

Tapi, itulah .. nak juga adakan keperluan bayi macam tu. Jadi, apa yang saya serta isteri buat?

Pinjam Keperluan Bayi Untuk Langkah Berjimat

Salah satu tips yang nak saya kongsikan kepada anda dalam menyediakan keperluan bayi ialah dengan meminjam daripada adik-beradik dan sedara-mara. Eh eh .. bukan pinjam duit ye .. tapi pinjam barangan macam pakaian, mainan, dan keperluan yang difikirkan sesuai; contohnya baby court.

Saya dan isteri amalkan cara ini, bermula dari anak yang kedua.
Tak ada cacat-celanya meminjam keperluan ini daripada adik-beradik dan ipar duai. Sekurang-kurangnya anda akan bantu adik-beradik dan ipar duai untuk clearkan barang-barang yang tidak diperlukan lagi di dalam rumah mereka. Serius, mereka akan rasa lega.

Lagipun, mereka tahu ke mana barangan mereka dipinjamkan. Boleh diambil balik bila perlu, dan seperti anda juga, mereka juga tahu bahawa keperluan anak terutama bayi di zaman sekarang ni .. bukannya murah. Nak beli lampin pakai buang pun, kita akan cari mana jenama yang paling jimat dan kena dengan bajet bulanan yang ada... kan kan?


Hatta nak cari berjenama sekalipun, kita pasti akan compare akan harganya yang dijual. Setiap sen andai boleh dijimatkan, kita akan jimatkan. Betul ye tak?

Malulah Nak Pinjam-Pinjam Barang Orang Ni ...

Jadi, tak salahpun kalau nak memenuhi keperluan bayi anda, kita pinjam dari adik-beradik, atau ipar-duai, sanak sedara yang lain .. mahupun dari kawan-kawan atau jiran.

Tak perlu malu. Bab keperluan bayi ni bukannya bersifat kekal. Alaaaa ... baju bayi newborn, 2-3 bulan je leh pakai, lepas tu ... aha .. terperap la dalam almari atau kotak baju bayi. Sama juga dengan tilam bayi, baby court dan macam-macam lagi. Cukup tempoh bayi tu dah membesar cergas dan sihat, kebanyakan barangan dan keperluan bayi ini akan jadi tukun je dalam rumah.

Dan kalau bayi atau anak anda dah besar, janganlah kedekut sangat nak pinjamkan kepada mereka yang lebih memerlukan. Offer je bila dapat tahu ada adik-beradik, sanak-sedara atau kawan-kawan dapat baby baru. Anda dapat peluang untuk berbuat bakti dan ibadah bersedekah.


Keperluan bayi, tak mampu nak beli .. pinjam jer tapi agak-agak jugalah ye .. hehehe .. jangan sampai pinjam tapi sebenarnya bertukar tempat sahaja untuk dijadikan tukun di dalam rumah. Uhh kan dah jadi satu pembaziran. Nak pinjam, pastikan anda guna sebaiknya.

Kalau mampu beli yang baru, silalah beli .. tak ada masalah pun. Namun, kan lebih elok andai wang tersebut digunakan untuk keperluan yang lebih baik, yang bersifat jangka masa panjang dan boleh berikan kelebihan untuk bayi itu nanti?

Hmm .. contohnya pelaburan pendidikan ataupun pelaburan harta untuk anak.
[Dah Baca?] Bagaimana Nak Jadi Genius Pelaburan ASB dan Hartanah?
Ok ok .. anda ada gaji besar, makan tak habis .. hehehe.. ok .. duit anda .. so suka hatilah nak berbelanja kot mana pun, kan kan?

Saya cuma berkongsi pandangan dan pengalaman sahaja. Bukan semua orang berduit dan gaji besar macam anda. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk mereka yang mahu berjimat.

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. betul tu ... baju bayi ni pakai kejap je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ehem..ambil tips nampak .. alhamdulillah .. hehehe

      Padam
  2. Setuju. Masa anak sulung pun tak banyak beli baru, sebab kak-kak ipar perturun barang anak-anak diorang, syukurrr sangat. Jimat banyak :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aha .. kannn .. bagus buat cara ni ye tak? pinjam apa salahnya, dapat perturun barang macam tu pun bagus .. lagi bagus .. leh perturun sehingga ke anak cucu pulak lepas ni.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement