Jambatan Pulau Pinang akan ditutup selama setahun bermula 22 Ogos 2017. Demikian memetik berita yang saya baca dari akhbar pagi tadi. Malah di laman sesawang rasmi PLUS juga ada mengumumkan mengenai penutupan Jambatan Pulau Pinang ini semalam (16 Ogos 2017).

Mungkin ada yang tidak tahu lagi mengenai berita dan pengumuman penutupan Jambatan Pulau Pinang ini, jadi saya kongsikan kepada anda untuk panduan dan informasi anda. Malah, ia satu maklumat penting pada diri saya kerana saya kerap bercuti dan pergi melancong ke Pulau Pinang.

Jambatan Pulau Pinang Ditutup Setahun 22 Ogos 2017

Jambatan Pulau Pinang Ditutup Setahun 22 Ogos 2017
Jambatan Pulau Pinang Ditutup Setahun 22 Ogos 2017
Menurut pengumuman rasmi pihak PLUS, Jambatan Pulau Pinang akan ditutup mulai 22 Ogos 2017 sehingga 21 Ogos 2018. Ia akan dilaksanakan menerusi penutupan lorong dan lencongan trafik di Jambatan Pulau Pinang sepanjang tempoh setahun tersebut.

Penutupan lorong dan lencongan di atas Jambatan Pulau Pinang bagi kesemua lorong adalah bagi membolehkan kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan jambatan secara berjadual dijalankan.
[Pernah Tengok?] Gambar 8 Jambatan Tercantik di Dunia
Penutupan Jambatan Pulau Pinang ini penting bagi melancarkan kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaran agar dapat memastikan struktur kabel Jambatan Pulau Pinang berada pada tahap yang terbaik untuk keselamatan orang ramai.
Jambatan Pulau Pinang Ditutup Setahun 22 Ogos 2017
Untuk info, kabel yang ada pada struktur jambatan yang bersejarah ini adalah merupakan elemen utama di Jambatan Pulau Pinang. Ia adalah struktur yang memastikan jambatan kekal utuh dan teguh dan selamat untuk digunakan. Ianya perlu diperiksa secara menyeluruh dalam jangkamasa tertentu iaitu setiap 4 tahun untuk mengesan sebarang kerosakan.

Masih Boleh Digunakan Tetapi ...

Pun begitu, para pengguna yang terpaksa menggunakan Jambatan Pulau Pinang masih boleh menggunakannya dalam tempoh tersebut, walaupun penutupan lorong dan lencongan jalan terpaksa diadakan.
Jambatan Pulau Pinang Ditutup Setahun 22 Ogos 2017
Kerja-kerja tersebut melibatkan laluan Arah Timur (Pulau ke Seberang Prai) selama 6 bulan pertama dan Laluan Arah Barat (Seberang Prai ke Pulau) bagi 6 bulan yang berikutnya sehinggalah 21 Ogos 2018.

Aha .. nampak tu? Anda masih boleh guna walaupun secara amnya Jambatan Pulau Pinang ini diumumkan sebagai ditutup selama setahun. Cumanya anda perlu bijak merancang perjalanan andai terpaksa menggunakannya sepanjang tempoh kerja penyelenggaraan tersebut.

Ehemm ... kalau anda tak kisah dengan keadaan jem di atas jambatan nanti, maka silalah ... takde paksaan.. huhu

Guna Jambatan Sultan Abdul Halim atau Perkhidmatan Feri

Mungkin anda boleh fikirkan alternatif, iaitu dengan menggunakan Jambatan Kedua Pulau Pinang atau menggunakan perkhidmatan feri untuk lebih keselesaan ke Pulau Pinang dan sebaliknya.

PLUS turut menasihatkan pengguna Jambatan Pulau Pinang supaya mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi laman Twitter PLUSTrafik, aplikasi PLUS Mobile App ataupun aplikasi Waze atau Google Map.

Gunakan aplikasi yang ada tu, in Sha Allah ia akan dapat membantu anda sepanjang setahun penutupan Jambatan Pulau Pinang. Dan pastikan andai anda merancang untuk bercuti ke Pulau Mutiara ini alert dengan setiap pengumuman dan hebahan mengenai penutupan lorong dan lencongan.

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. mesti sesak area bayan lepas start minggu ddepan.

    fuhhh

    BalasPadam
  2. hujung minggu tanpa sebarang penutupan sehala pun sudah jammed trafiknya...huhu.inikan pula ade construction..perlu berhemah dan rancang perjalanan btol2 la gini hehe

    BalasPadam
  3. Setakat ada jambatan pulau pinang, sekali pun tak pernah lalui.

    Mungkin waktu terdekat, nak juga cuba lalui ini.

    BalasPadam
  4. alamak..bertambah sesak la nnti situ

    BalasPadam
  5. Perbaiki sebelum jjatuh. Dah lama dah kan . Ada risiko jatuh lah tu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement