Honor 8 Pro, jenama telefon pintar eksklusif dari Huawei akan mula boleh ditempah untuk peminat di Malaysia mulai 11 Julai 2017 dari jam 3 petang di laman web rasmi Huawei-Honor Malaysia. Menariknya ialah, akan ada tawaran menarik untuk 100 terawal yang menempah Honor 8 Pro secara online.

Jika anda peminat jenama telefon pintar Honor, maka tawaran dan pengumuman ini mungkin mengujakan anda.

Honor 8 Pro Dibuka Untuk Tempahan Mulai 11 Julai 2017

Promosi Pelancaran Honor 8 Pro Malaysia
Mulai 11 Julai, bermula dari jam 3 petang, VMall .. laman web rasmi untuk jualan Honor Malaysia akan membuka tempahan bagi mendapatkan telefon pintar terbaru Honor 8 Pro. Saya telah diberitahu menerusi email yang dihantar kepada saya, sehari sebelum pengumuman ini dibuat.
Honor 8 Pro
Selaku salah seorang pengguna telefon jenama Honor, saya telah dijemput untuk menjadi antara 100 yang terawal untuk menempah telefon Honor 8 Pro ini. Yang menariknya ialah, 100 terawal yang menempah Honor 8 Pro akan menerima hadiah percuma iaitu sebuah Powerbank. Syaratnya ialah hanya kongsikan tempahan Honor 8 Pro yang telah dilakukan menerusi VMall di media sosial.

Turut menarik untuk promosi Honor 8 Pro ini ialah pemberian dua hadiah percuma iaitu sehelai T-shirt dan juga cover untuk Honor 8 Pro.

Email Jemputan dari VMall Honor Malaysia

Berikut adalah isi email promosi dari pihak VMall kepada saya ...

Dear friends,

We are delighted to announce that we’re launching the Honor 8 Pro in this exciting month! Equipped with Kirin 960 processor, Honor 8 Pro is born to be the fast one in the Honor product family. On top of that, Honor 8 Pro carries a 4000 mAh battery as well as smart power saving technology to provide you sufficient power for intensive usage.

As an appreciation to the fans who always supported the Honor brand, Honor is offering exclusive t-shirt and Mobile Legend skin for the purchasers of Honor 8 Pro. And for the first 100 purchasers on vmall.my, you will be able to redeem a powerbank for free if you share your order on social media.

Can’t wait to get your hands on this amazing device? The pre-order starts tomorrow at 3pm! To find out more details, kindly click here.

Regards,
Honor Malaysia

Ciri Am Telefon Honor 8 Pro

Telefon pintar Honor 8 Pro adalah telefon terbaru daripada Huawei yang memberikan ciri-ciri terbaik di masa sekarang. Ia dianggap sebagai telefon pintar paling pantas di kalangan rangkaian telefon jenama Honor.

Ia dilengkapi dengan 6GB RAM dan 64GB ROM untuk penyimpanan data serta kelajuan memproses bersama dengan pemproses Kirin 960 Octa-Core.

Bateri juga dikatakan lebih tahan lama sehingga 2 hari untuk penggunaan biasa dengan sekali cas. Paparan skrin juga lebih jelas seakan melihat skrin paparan digital di panggung wayang.

Badan metal Honor 8 Pro juga lebih nipis daripada Honor yang lain, cuma 6.97mm. Honor 8 Pro didatangkan dalam 3 warna iaitu navy blue, mid-night black dan platinum gold.

Berminat untuk menjadi yang terawal menempah telefon Honor 8 Pro ini? Boleh buat tempahan menerusi laman web VMall di sini - VMall Malaysia

Promosi Samsung Galaxy S8 dan S8 Plus


5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. dok cari huawei. tengah menyimpan

    BalasPadam
  2. macam best ni. stress phone sekarang semua spec awesome-awesome huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha tau tak pe .. dah macam-macam jenama smartphone pulak tu yang muncul

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement