7 Tips Untuk Shopping di Padang Besar, Perlis

7 Tips Untuk Shopping di Padang Besar, Perlis. Ketahui Cara Terbaik Untuk Beli Belah di Padang Besar.

Jom Cuti Bajet. Jika datang ke Perlis, memang tidak sah kalau tidak ke Padang Besar. Dan saya serta keluarga memang tidak lepaskan peluang untuk Kompleks Bebas Cukai di Padang Besar, Perlis. Peluang itu dapat bila ikuti rombongan Persatuan Kebajikan Kakitangan Islam Hospital Daerah Parit Buntar pada Mei 2014.

Ini kira rombongan 'Cik Kiah' sebab hampir semua yang ikuti dah kira pangkat makcik-makcik dah pada saya. Lepas tu, memang pergi ke Perlis dengan menaiki bas yang disewa khas. Awalnya saya dan isteri cadang nak naik kereta sendiri, tetapi sebab nak beri sedikit pengalaman buat anak-anak, jadi kami sepakat nak join naik bas, duduk bahagian belakang sekali!
Kompleks Bebas Cukai Padang Besar

Beli Belah di Kompleks Bebas Cukai Padang Besar Perlis

Kompleks Bebas Cukai Padang Besar memang seronok untuk shopping. Pelbagai barang dan produk boleh didapati di situ. Semuanya ditawarkan dengan harga yang cukup menarik, dan adanya lebih murah dari harga pasaran biasa.
Saya nak kongsikan sedikit info untuk mereka yang teringin nak shopping di kompleks bebas cukai ini. Kiranya boleh dianggap sebagai satu panduanlah kalau nak beli barang dan produk di situ. Bukan semua barang dan produk bagus dan berkualiti, tetapi jika pandai pilih, in Sha Allah, anda akan puas hati. Begitu juga dengan harga, kena pandai tawar menawar.

7 Tips dan Petua Beli Belah di Kompleks Bebas Cukai Padang Besar Perlis

  1. Beli barangan atau produk yang bersaiz besar. Di Kompleks Bebas Cukai ini, barang-barang dan produk yang bersaiz besar memang banyak beza harga dengan pasaran di tempat lain. Contohnya, macam toto, tikar, bekas makanan, permainan yang besar dan macam-macam lagi.
  2. Beli barangan atau produk dalam bentuk pukal atau borong. Teknik ini memang saya guna, nak dapat harga murah, beli banyak. Jika dalam rombongan seperti saya ini, sangat mudah pakat dengan makcik-makcik beli benda yang sama, in Sha Allah, anda akan terkejut boleh dapat harga dengan diskaun sehingga 50 peratus!
  3. Beli barangan atau produk yang tidak terdapat di tempat lain. Jangan beli benda yang di tempat anda senang nak dapat, sebabnya ialah agak merugikan jika beli barang yang boleh dibeli di tempat anda, tapi beli di kompleks ini, melainkan terdapat beza harga yang nyata. Dari beli benda yang boleh dapat di tempat sendiri, baik beli benda yang sukar nak jumpa, jimat tempat nak simpan barang, duit pun leh jimat beli barangan lain.
  4. Bila beli, anda perlu cuba produk. Jangan belek-belek, rasa berkenan terus beli. Anda perlu mencuba apa jua produk yang dijual, termasuklah buah-buahan, makanan, pakaian, permainan kanak-kanak dan sebagainya. Penting supaya anda tak sesal bila dah bawa balik produk tu ke rumah.
  5. Ketika menawar harga barangan, pastikan anda tawar harga terendah yang patut, selalunya saya akan tawar harga 50 peratus dari harga asal. Memang kebiasaan, peniaga-peniaga di situ nak dapatkan keuntungan 50 peratus, jadi dengan tawar-menawar ini, anda sebenarnya beri tawaran kurangkan margin keuntungan tersebut. Percayalah, walaupun dah dapat harga baru yang ditawarkan, mereka masih lagi buat untung!.
  6. Jalankan tawar-menawar ketika tiada pelanggan lain, atau ketika keadaan tidak sesak. Nak lagi berjaya, cuba buat tawar-menawar bisik-bisik agar pelanggan lain tidak tahu harga yang anda mahu dari peniaga.
  7. Jangan malas untuk bandingkan harga yang ditawarkan. Ada banyak kedai di kompleks tersebut, jadi seandainya anda rajin sedikit dan bijak, in Sha Allah, anda akan puas hati dan tersenyum lebar bila dapat harga yang super jimat.

Kompleks beli belah bebas cukai Padang Besar Perlis
Kompleks beli belah bebas cukai Padang Besar Perlis
Kompleks beli belah bebas cukai Padang Besar Perlis
Ok, rasanya banyak dah tips berkaitan beli belah di Padang Besar saya kongsikan dengan anda. Jika nak tahu, memang itu cara saya dan isteri beli belah di Komples Bebas Cukai Padang Besar. Selalunya, akan habiskan masa selama 2-3 jam hanya nak mencari barang berkualiti dengan harga terbaik.

Oh ya, jika tidak mahu over-budget, pastikan anda dah tetapkan atau buat senarai apa yang ingin dibeli. Ini adalah kerana godaan tak hingat akan berlaku bila nampak banyak produk dijual di situ. Dengan adanya senarai nak beli atau sudah tetapkan produk apa yang dicari, maka mudahlah pencarian, dan tak pening kepala sangat.

Saya dan isteri tempoh hari memang dah aim nak dapatkan barang mainan untuk anak-anak. Selalunya kami akan belikan mainan yang bersaiz besar, seperti helikopter kawalan jauh, motorsikal elektrik, bot kawalan jauh, dan permainan-permainan yang jika di pasaran luar, memang harga ratus-ratus. Di sini, anda boleh dapat separuh harga pasaran!
Tips beli belah di Kompleks Bebas Cukai Padang Besar
Tips beli belah di Kompleks Bebas Cukai Padang Besar
Tips beli belah di Kompleks Bebas Cukai Padang Besar
Beli Belah Padang Besar Perlis
Bayangkan saya dan isteri pernah beli set motorsikal elektrik untuk anak kami yang selebar kereta kancil. Nasib baik tempat duduk belakang kereta Kelisa Perodua yang pernah saya miliki muat nak sumbat motorsikal tu, sampaikan bila tiba di tempat pemeriksaan sempadan oleh PPH, ada yang terkejut dan geleng kepala .. hahaha...

Tak pasti produk apa yang patut beli di Padang Besar? Ok, saya cuba senaraikan di sini.
  • Comforter
  • Baju saiz XXL
  • Perkakasan dapur
  • Permainan saiz besar dan menggunakan bateri
  • Beras wangi dan beras pulut (beli sikit sebab salah beli banyak)
  • Kemeja (bukan t shirt)
  • Cenderahati kecil-kecil untuk hadiah
Produk-produk lain, apa yang saya nampak boleh beli dengan harga yang lebih baik; paling tidak saya boleh dapatkan ia dengan mudah dan murah di Parit Buntar dan sekitar Nibong Tebal.

Semoga bermanfaat.


Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,117,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,365,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,290,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,45,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,50,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,623,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,578,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,10,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,32,Kekeluargaan,81,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,81,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,47,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,57,Lifestyle,275,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,335,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,654,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,54,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,486,Semesti,2,SENI,3,Shopping,109,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,173,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,93,Tips Blogging,311,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,85,Tips Dapur,51,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,127,Video Best,34,widget blog,29,WIDGET PILIHAN,71,wordless wednesday,105,Work From Home,13,
ltr
item
Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM™: 7 Tips Untuk Shopping di Padang Besar, Perlis
7 Tips Untuk Shopping di Padang Besar, Perlis
7 Tips Untuk Shopping di Padang Besar, Perlis. Ketahui Cara Terbaik Untuk Beli Belah di Padang Besar.
https://3.bp.blogspot.com/-NBRTHQeE7Ok/U-sRBc6rV_I/AAAAAAAA5Xs/ouScDTAHGAQ/s1600/tempat-menarik-di-perlis-vmy2014.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-NBRTHQeE7Ok/U-sRBc6rV_I/AAAAAAAA5Xs/ouScDTAHGAQ/s72-c/tempat-menarik-di-perlis-vmy2014.jpg
Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2014/08/beli-belah-padang-besar-perlis.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2014/08/beli-belah-padang-besar-perlis.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy