Kemudian saya terbitkan pula satu lagi artikel yang sumber asalnya adalah dari Ustaz Zahazan, juga mendapat perhatian ramai sehingga menjadi antara post popular di dalam minggu-minggu akhir Ramadan 2017. Alhamdullilah.
Tips Simple Menghadapi Malam Lailatul Qadar
Nampaknya ramai dari kita khususnya yang beragama Islam beriltizam tinggi untuk mencari malam penuh keberkatan ini. Pun begitu, bukan semua orang mempunyai kemampuan untuk bangun malam mengerjakan Qimullail, apatah lagi menghabiskan keseluruhan juzuk Al Quran di dalam satu malam.
Iman umat akhir zaman ni tak macam iman para zaman sahabat, zaman pemerintahan dan keagungan Islam lampau.
Menerusi satu post ditulis oleh Ustaz Asraff, beliau ada berkongsikan beberapa tips simple untuk menghadapi malam Lailatul Qadar ini. Jom baca dan hadam bersama ye.
5 Tips Mudah Amalan Lailatul Qadar Untuk Newbie
Ini adalah tips amalan lailatul qadar untuk Newbie. Bermaksud, untuk mereka yang tidaklah terlalu 'hardcore' beribadah, tak biasa iktikaf di masjid Qiamullail, baca Quran sehari 3 helai je even ketika ramadhan, terawikh 8 rakaat itu pun dah mula on-off.Senang cerita, untuk mereka yg imannya bukan bertaraf wali
Orang biasa (saya pun begitu), tapi nak buat amalan bertaraf wali (83 tahun 4 bulan). Nak lakukan amalan hingga dosa kita diampunkan.
Apa amalan mudahnya?
FIRST, perkara yg kita perlu faham adalah, kita tidak mampu nak 'predict' lailatul qadar secara tepat, bilakah ia berlaku. Tapi yang sahih, ia confirm akan berlaku pada 10 malam terakhir.
Jadi saya nasihatkan, bermula malam 21 ramadhan hinggalah hari last puasa, anda amalkan 5 petua mudah ni. InsyaAllah, dengan lailatul qadar taraf kehidupan anda akan dinaikkan ke 'next level', maqomam mahmuda.
Amalannya simple sahaja. Semua orang boleh buat walaupun bukan imam, ustaz atau ustazah :
1. SOLAT ISYA' DAN SUBUH BERJEMAAH
Mengapa perlu solat isyak dan subuh berjemaah? Sebab Rasul bersabda, Sesiapa yang solat isyak berjemaah, maka seolah-olah dia telah berqiamullail separuh malam. Dan sesiapa yang solat subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersolat sepanjang malam.Maknanya, dengan melakukan dua solat ini berjemaah, kita confirm termasuk dalam erti menghidupkan sepanjang malam.
Pi lah rajinkan diri singgah masjid ya.
2. SOLAT SUNAT 2 RAKAAT
Lepas solat isyak berjemaah, solatlah terawikh 2 rakaat. Ini bagi tahap iman uam-suam kukulah. Tak mampu 8 rakaat, solatlah 2 rakaat je. Lepas tu pandulah kereta laju-laju balik rumah.Amalan ini pun dikira termasuk dalam ertikata menghidupkan malam. Boleh buat kan?
3. BACA SURAH AL-IKHLAS 3 KALI
Lepas solat terawikh 2 rakaat, jangan lupa baca Surah Al-Ikhlas 3 kali. Ia sama seperti, anda telah khatamkan Al-Quran keseluruhannya kerana Nabi ada menyatakan, Surah Al-Ikhlas menyamai sepertiga Al-Quran.Ini kira teknik short-cutlah, untuk kita yang bukan wali tapi nak dapatkan ampunan Ilahi. Jika rajin, bacalah Quran 10 juzuk-dua.
4. BACA DOA PENDEK INI
Lepas anda 'khatam Al-Quran' teknik short-cut di atas, jangan lupa untuk berdoa dengan doa pendek ini. Confirm boleh hafal sebab terlalu pendek, 7 perkataan je.Nampak je pendek, tapi doa ni petuanya Rasulullah S.A.W yang share tau ketika isterinya Aisyah r.a bertanya, 'Bang, kalau jumpa Lailatul Qadar, apa doa terbaik nak minta?'
Ini doanya :
اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
"Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun, dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"
5. BERSEDEKAH WALAUPUN 5 RINGGIT
Last sekali, sebelum keluar masjid, cuba cari tong masjid tepi tiang, hulurlah 5 ringgit. Jangan hulur seringgit. Nampak sangat 'kedekut' kanSedekah 5 ringgit. Jika tak mampu masuklah 10 ringgit dalam tong tu. Jika tak mampu lagi, apa kata 20 ringgit ..Jika sedekah anda mengena malam Lailatul Qadar, 5 ringgit yang disedekahkan lebih bernilai dari sedekah yang dilakukan tiap-tiap hari selama 83 tahun 4 bulan!
Mana nak sampai nyawa panjang tu? Jika sampai pun, kita takkan sedekah tiap-tiap hari kan?
----------------
Itulah tipsnya. Jangan lupa untuk lakukan setiap hari ya, bermula malam 21 ramadhan hingga hari last puasa. Confirm in Sha Allah dapat manfaat Lailatul Qadar sebab Rasulullah S.A.W bilang, ia berlaku antara 10 malam terakhir.
[Baca] Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar Telah BerlaluLakukanlah untuk masa depan akhirat anda. Tuhan dah bagi 'diskaun keampunan' besar. Mereka yang ada kepekaan hati pasti bersungguh nak 'grab' diskaun itu.
P.S dari Ustaz Asraff: Tips di atas untuk mereka yg imannya biasa-biasa sahaja. Jika imannya lebih kuat, cubalah iktikaf di masjid berdekatan. Solat hajat, taubat terawikh.
Perbanyakkan istighfar, baca Quran dll. Kita tiru Rasulullah S.A.W di mana baginda bersungguh hidupkan malam terakhir ramadhan dengan beriktikaf di masjid.
Pergilah ke masjid berdekatan. Bawa anak isteri sekali tidur kat sana bawa toto bantal busuk bagai. Kita niat tahun ni nak ubah diri sebab dah bertahun puasa tapi asyik ikut lagu tuu je kan... Lagi-lagi iman suam-suam kuku. Makin berakhir ramadhan, makin ingat nak enjoy.
Cuba tukar tahun ini. Kita ikut cara Rasul dan solafussoleh. Makin hujung makin rajin. Bukannya apa, manfaatnya untuk kita juga. Tuhan mudahkan urusan dunia dan akhirat.
Kan itu yg kita minta selama ni? Nak senang hidup di dunia. Di akhirat pula kita enjoy bergolek di syurga.
Mulakannya dengan memburu Lailatul Qadar.
Ustaz Asraff Ayobb.
Alhamdulillah, seronok tak baca perkongsian daripada Ustaz Asraff?
Sementara tu, untuk anda yang masih tak konfiden baca Al Quran, setiap kali bacaan terasa seperti ada kesalahan, dapatkan segera DVD Tajwid Aman Hatiku dengan harga pengenalan. Percuma kos penghantaran seluruh Malaysia.
Berminat? Dapatkan DVD ini sekarang di pautan di bawah:
Layari : http://bit.do/tajwidamanSemoga bermanfaat untuk diri saya dan anda, in Sha Allah ..
semoga kita semua bertemu dengan lailatul qadar. amin
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.