Agak lama juga saya tak kongsikan statistik dan kedudukan blog ini di 'mata' Alexa. Bukan apa, agak segan juga nak kongsi disebabkan kedudukan yang ada sudah sangat jauh jika nak dibandingkan dengan kedudukan blog ini dulu, sekitar tahun 2010-2011.

Jika dulu, ketika tak banyak blog dan laman web yang memuatkan kisah-kisah sensasi dan viral, blog ini berjaya berada di kelompok bawah 300 Alexa (Malaysia). Fuh .. memang banggalah pada waktu itu, sebabnya bukan senang nak berada di top rank Alexa dari segi trafik (hits), apatah lagi untuk sebuah blog personal.

Kedudukan Blog HasrulHassan.com di Rank Alexa Pada Jun 2017

Kedudukan Blog HasrulHassan.com di Rank Alexa Pada Jun 2017
Dengan kesedaran bahawa yang atas tak akan kekal berada di atas, saya akur je dengan statistik ditunjukkan oleh Alexa. Walaupun sebelum ini, saya ada berikan beberapa tips untuk menaikkan rank Alexa untuk blogger Malaysia; namun sejak akhir-akhir ini ... sudah banyak faktor yang memungkinkan kedudukan dalam Alexa cepat berubah.

Mari lihat di mana kedudukan blog saya di ranking Alexa yang telah direkodkan pada awal Jun 2017.
Kedudukan Blog HasrulHassan.com di Rank Alexa Pada Jun 2017
Blog ini berada di kedudukan 3,562 untuk ranking Alexa - Malaysia, dan kedudukan 377,714 di kedudukan dunia (global).

Tidak terbanding dengan kedudukan beberapa blog lain seperti TheVocket (bawah 400), TheSukan (12), Paultan (15), MyNewsHub (41), BeautifulNara (186) dan OhBulan (236), blog saya memang jauh ketinggalan.

Pun begitu, blog saya masih kekalkan momentum yang agak menyenangkan apabila saya bandingkan dengan beberapa blog personal popular yang lain.

Jika anda nak tahu ranking sesebuah blog atau laman web yang anda minat di Alexa, cuba taipkan url berikut di kekotak browser anda.
Taip 'http://www.alexa.com/siteinfo/namablog.com' contohnya - http://www.alexa.com/siteinfo/hasrulhassan.com
Ia akan paparkan statistik ringkas mengenai trafik dari perspektif pengiraan algorithma Alexa. Kedudukan Alexa ini dikemas-kini setiap hari. Jadi, statistik yang saya tunjukkan ini mungkin akan berbeza apabila anda membaca post ini.
Traffic Rank in Country - A rough estimate of this site's popularity in a specific country. The rank by country is calculated using a combination of average daily visitors to this site and pageviews on this site from users from that country over the past month. The site with the highest combination of visitors and pageviews is ranked #1 in that country.

Kemunculan banyak blog dan laman web yang mempunyai pengaruh dan ada sesetengahnya disokong oleh kekuatan laman sosial yang kuat, seperti Facebook Group dan Facebook Page telah membolehkan blog dan laman web ini mudah mendapat trafik yang tinggi.

Banyak Niche Lebih Banyak Sumber Trafik

Apatah lagi blog-blog ini paparkan isi kandungan yang rangkum banyak topik dan niche, jadi potensi mendapatkan trafik itu memanglah besar. Penulis blog dan laman web yang bijak mencari cerita viral ini mendominasi kedudukan dalam Alexa dengan sangat mudah dalam tempoh tidak sampai pun setahun.

Hebat. Hebat.

Syabas buat pemilik dan penulis blog-blog berkenaan yang rajin mencari bahan untuk konten. Apa yang saya lihat ialah kerajinan dan kekerapan update konten blog telah membolehkan trafik tinggi dijana hampir setiap jam.

Ia adalah tips terbaik untuk mendapatkan trafik konsisten tinggi sepanjang masa. Inilah yang telah saya lakukan sebelum ini sehingga membolehkan blog saya berada di ranking 137 pada tahun 2014, dan kekal agak lama berada di ranking bawah 500 (Malaysia) sejak tahun 2011.

Uhh sekarang ni, apabila dah ada beberapa blog lain yang perlu diuruskan, maka blog utama ini menjadi lembab dan kurang mendapat trafik, mana tidaknya .. konten blog pun dah kurang menyerlah (jika dilihat dari segi jumlah komen).

Manakala trafik daripada enjin carian Google pun dah semakin kurang disebabkan pengaruh AMP (Accelerated Mobile Pages) yang mendominasi carian di peranti mudah alih terutama smartphone. Dan pengguna internet kini lebih banyak habiskan masa di laman sosial seperti Facebook untuk membaca sesuatu konten jika dibandingkan dengan laman enjin carian.

Nak tak nak, saya perlu lakukan sesuatu untuk terus mandiri di dalam dunia blog Malaysia, memandangkan blog adalah mata pencarian saya. Hilang trafik, maka hilanglah sumber pendapatan.

Tips Untuk Maintain & Tingkatkan Trafik Era 2017

Antara perkara yang boleh saya buat untuk meningkatkan trafik ialah belajar beberapa perkara:
  1. Instant article menerusi Facebook
  2. Boost post menerusi Facebook Ads
  3. Tingkatkan jumlah likers di Fanpage dan tingkatkan keahlian (members) di group kendalian saya di Facebook.
  4. Dapatkan engagement tinggi untuk setiap post di Facebook dan Facebook Page.
  5. Tingkatkan konten blog untuk menarik pembaca 'sosial' di Facebook.

Mungkin cara di atas boleh anda gunakan seandainya hadapi masalah serupa macam blog saya ni. Kita usaha dengan ilmu yang ada. Kalau ilmu tu tak ada lagi, maka kena cari dan dalami sebaik mungkin. Nak berjaya dalam dunia blog Malaysia, mesti perlukan ilmu blogging dan ilmu pemasaran.

Bak kata kawan saya, seorang blogger dari Satun Siam, "blog adalah satu perniagaan".

Semoga bermanfaat walaupun konten entri ini sekadar nak tunjukkan kedudukan blog saya di Alexa Malaysia .. huhu.

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Semoga terus maju jaya tuan HH...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Susah juga nak maintain blog ni ... fuh ... bertabah je setiap hari

      Padam
  2. Sabar jela sifu saya dulu selalu ikut sifu akhirnya hari ini saya dah berjaya kalahkan sifu dalam ranking alexa hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanda tanda saya perlu bersara dari tulis blog. Lepas ni buat seminar dan kelas blogging je.

      Padam
  3. Hebat blog hasrul hassan ni..ranking saya 10k hehehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement