Tips memikat. Bila bercakap soal cinta, siapa yang akan lebih teruja? Lelaki? Perempuan? Pendapat saya .... teruja hmm .. mungkin lelaki sebab lelaki yang akan mula susun ayat dan memikat. Abis perempuan? Tak teruja ke? Selalunya perempuan akan teruja bila dipikat ... lebih-lebih lagi dengan jejaka idamannya atau setidak pun ... jejaka idaman orang lain. :)

Tapi bagaimana si gadis nak tahu yang dirinya sedang dipikat? Aha .. kali ini saya nak beri tip ringkas tentang bagaimana nak tahu seorang lelaki itu mengorat diri anda, wahai si gadis. Tak susah mana pun ... kalau tidak jelas di mata si gadis, mungkin jelas di mata orang lain... selalunya begitulah. Nak senang ... mintalah pendapat rakan terdekat .. benar ke ... si jejaka buat ini dan itu ... meh kita singkap kesungguhan seorang lelaki jika dia nak memikat si gadis impian ...

6 Tip Untuk Tahu Lelaki Itu Sedang Memikat Anda

6 Tip Untuk Tahu Lelaki Itu Sedang Memikat Anda

  1. Sering mencuri pandang - inilah yang saya lakukan semasa dalam kuliah ... alaaa ...bukan saya je .. semua lelaki pun camtu ... tak nak nampak obvious .. curik2 la ... yelah .. mana nak tahu ... bukan ensem mana tapi suka kat gadis jelita. 
  2. Cuba-cuba memancing perhatian - ala .. macam dalam citer Ali Setan tu .. naik moto ... bila dekat dengan gadis tu ... mulalah jadi 'setan'. Kalau dalam kuliah, suka usik2 gitu. 
  3. Berbual lama dalam telefon - kadangkala, telefon sebab benda lain .. tapi berlarutan ke benda lain. Selalunya si lelaki akan cuba dapatkan no telefon si gadis ... dan biasanya . ... bukan minta direct. 
  4. Tiba-tiba penampilan berubah - selalu tu nampak selekeh je .. tapi tiba-tiba bila si gadis ada ... jadi ensem serta merta (walaupun hanya menyikat rambut!). Siap wangi2 tu ....walaupun tak tentu pagi bermandi atau tak. 
  5. Cuba dekati kawan-kawan si gadis - tak nak nampak obvious .. biasalah .. ego. Kenal kawan-kawan dulu, tak kira lelaki ke perempuan... janji bila nak g mana-mana ngan member atau kawan si gadis .. si lelaki akan turut serta .. yelah .. kawan-kawan je. 
  6. Sabar menanti - kalau ada buat perjumpaan ke atau diskusi ke .. si gadis datang lambat .. si lelaki tak kisah .. tunggu sampai tumbuh janggut pun sanggup. 

Amacam .. betul ke tak tip nih? Berdasarkan pengalaman lama ... sapa yang tak pernah bercinta kan? Saya pun dok observed gak orang bercinta ni ... dan banyaknya camtulah. Bagi pihak si gadis ... saya tak begitu nak pasti sebab saya bukan 24 jam duk ngan gadis yang dilamun cinta :P.

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. bab sering mencuri pandangan tu, tiba tiba kita terkantoi tgh pandang dia ataupun mata dia dgn mata kita bertentangan kjap.. fuh bestnya!

    - cantiknya gigi awek tu -

    BalasPadam
  2. takleh percaya sangat, kadang perempuan perasan

    BalasPadam
  3. yeke ni....mungkin ya..
    tapi siapa yg curi-curi pandang bini org lebam biji mata..hahahaa

    BalasPadam
  4. Betul la tips ni... betul sangat

    BalasPadam
  5. yela kan....tetiba ajak kawan keluar tapi buat buat tido takmau keluar rupanya keluar dengan seseorang yang dia dah minat kekekeke

    BalasPadam
  6. Ni teknik novice ni... cube share teknik otai camne lak hehehehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement