Salah satu cara untuk menjana pendapatan secara online yang berterusan ialah menulis ebook. Kalau anda telah baca rahsia menjana pendapatan dengan menulis, tentu dah sedar potensi ini. Di dalam panduan tersebut, ada ditunjukkan cara nak menulis untuk jana income dalam 4 modul berasingan.

Saya dah ikut salah satu daripada 4 modul atau kaedah yang diberikan, dan alhamdulillah .. ia memang menampakkan hasil yang saya mahu. Sehingga sekarang, salah satu cara menulis tersebut telah berikan income yang agak baik untuk saya setiap bulan iaitu penulisan di blog.

40+ Idea Tulis Ebook

Idea Tulis Ebook
Selain penulisan di blog, cara lain untuk buat duit secara online ialah menulis ebook. Ia sesuatu yang menyeronokkan jika kita menulis sesuatu yang kita suka, dan orang beli lalu menyukainya. Tapi masalah besar kebanyakan orang termasuklah saya untuk menulis ebook ialah .....

Nak tulis apa? Apa idea nak tulis sebuah ebook ini?

Ok, apakata anda lihat senarai idea yang telah saya tampilkan di bawah, cuma tajuk .. anda boleh cuba cari bahan untuk jadikan ia sebuah ebook power bagi menjana pendapatan.
  1. Panduan Travel dari Selatan ke Utara
  2. Cara Nak Jelajah Eropah Dengan Bajet Kecil
  3. Resepi-Resepi Terbaik Laris di Bulan Puasa
  4. Menu Laku Keras Jual di Bazar Ramadan
  5. Panduan Berniaga Bazar Ramadan - Bagaimana Nak Dapatkan Tempat, Benda Apa Nak Jual, Lokasi Strategik
  6. Teknik Pantas Untuk Raih Income Online Pertama
  7. Panduan Untuk Beli Smartphone Terpakai dan Jual Online Harga Mahal
  8. Teknik Menjadikan Blog Sumber Income Berterusan
  9. Rahsia Pemasaran Produk Kerjaya
  10. Rahsia Viral Marketing Tak Ramai Orang Lakukan
  11. Panduan Newbie Menguruskan Blog Blogspot
  12. Panduan Newbie Untuk Income Online Dalam USD
  13. Rahsia Pemancing Yang Tidak Didedahkan
  14. Rahsia Pemandu Uber Jana Income 5 Angka
  15. 15 Teknik Hasilkan Blog Tanpa Artikel Sendiri
  16. Panduan Jual Produk di Ebay, Amazon, Alibaba
  17. Teknik Dropship Tak Terkalah - Jana Income USD Menerusi Produk Orang Lain
  18. Rahsia Memiliki Aset Kekal Dengan Modal Rendah
  19. Strategi Pemasaran Kaki Lima Tak Ramai Mampu Lakukan
  20. Strategi Memikat Pelanggan di Facebook
  21. Rahsia Jutawan Senyap Air Balang 
  22. Rahsia Jutawan Senyap Kerepek Pedas
  23. Rahsia Jutawan Kosmetik Di Usia 20an
  24. Langkah Z Untuk Melariskan Produk di Instagram
  25. Panduan Menulis Ebook Untuk Pelaburan
  26. Panduan Menulis Ebook Untuk Hartanah
  27. Teknik Rahsia Otai Hartanah Kumpul Modal
  28. 50 Tips Hartanah Dari Pengalaman Sebenar
  29. Pedoman Untuk Gandakan Rezeki Setiap Jam
  30. 20 Cara Terbaik Untuk Naik Pangkat Dalam Kerjaya
  31. Rahsia Melonjakkan Kerjaya Pegawai Tadbir Diplomatik
  32. Teknik Menyimpan RM10 Untuk Jadikan RM100,000
  33. 25 Tempat Menarik di Eropah Untuk Dilawati - Ketahui Cara-Caranya
  34. Rahsia Shopping Online Dapat Harga Murah
  35. Teknik Rahsia Untuk Dapatkan Kupon Diskaun Dari Peniaga
  36. 200 Ayat-Ayat Power Untuk Lariskan Jualan Produk
  37. Pedoman Mendapatkan Zuriat Terbaik Serta Cara Mendidik Untuk Anak Pintar
  38. Teknik Menjadi Seorang Pakar Online - Dalam Apa Jua Bidang
  39. Rahsia Jual Coklat Dengan Modal Rendah
  40. 27 Teknik Menjual Laku Keras Dari Rumah
  41. 200 Tips serta Pedoman Lengkap Untuk Kekalkan Rumahtangga
  42. Bagaimana Nak Menjadi Seorang Pensyarah Disukai Pelajar
  43. 200 Ayat Power Evergreen Untuk Memikat
  44. 21 Laluan Rezeki Berganda Secara Online
  45. Bongkar: Bagaimana Jejaka 19 Tahun Miliki Kekayaan Sebagai Jutawan?
  46. Baca Dah? 37 Pilihan Bisnes Sentiasa Hot
  47. 4 Cara Naikkan Trafik Laman Web Tak Terkalah
..
Banyak lagi idea tajuk ebook yang boleh anda senaraikan seperti apa yang telah senaraikan. Perkara paling penting untuk anda hasilkan tajuk ialah pengetahuan dan pengalaman anda. Jika anda sudah terfikirkan akan tajuk, pastinya anda sudah ada rangka penceritaan yang bakal ditulis dalam ebook anda.

Tajuk awal adalah sementara. Apabila anda sudah mula menulis bahagian pengenalan ebook anda, anda akan dapati bahawa .. rupanya anda memiliki 1001 point untuk anda huraikan. Di sinilah yang akan membuatkan sebuah ebook itu menjadi satu yang bernilai untuk dibaca.

Dari satu bahagian ke satu bahagian, kandungan ebook anda berkembang hanya dari sebuah tajuk. Anda akan nampak flow ebook anda.

Akhirnya nanti, anda pasti akan terfikirkan tajuk yang lebih sesuai... yang lebih ummph.... yang lebih kena dengan penceritaan anda.

Daripada senarai idea tulis ebook yang saya berikan, anda tentu dah nampak patern penting di situ - iaitu ianya tajuk yang membantu selesaikan masalah untuk golongan tertentu. In Sha Allah, ebook sebegini akan mendapat tempatnya sendiri.

Mahu menghasilkan ebook yang sentiasa laris, anda cubalah sesuatu yang evergreen.

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. kalau tengok tajuk tu, susah sikit le nak caj harga mahal..biasa dalam RM20-RM30 tu cantek le tu..kalau bervideo biasanya mahal gitu..

    BalasPadam
  2. sangat2 menarik..luarbiasa sifu blogger

    BalasPadam
  3. Tajuk-tajuk yang dicadangkan tu memang owesome (Y)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement