Makanan Kita Masa Depan Kita, inilah tema untuk sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017. Tahun ini, sambutan HPPNK peringkat kebangsaan akan diadakan pada 28 September hingga 1 Oktober 2017, bertempat di MAEPS Serdang.

Kali ini, HPPNK akan menampilkan kelainan sebagai langkah untuk menarik minat orang ramai terutama sekali golongan belia untuk menyertai bidang pertanian. Ada beberapa program pengisian yang telah dirancang bersesuaian dengan hala tuju kerajaan ke arah Transformasi Nasional 2050. Tentu ramai nak tahu ...

Makanan Kita Masa Depan Kita - HPPNK 2017

Bersesuaian dengan tema, Makanan Kita Masa Depan Kita ... Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menerusi HPPNK 2017 sekali lagi terus mengiktiraf golongan peladang, penternak dan nelayan di negara kita.

Golongan ini adalah wira negara. Memang sewajarnya mereka diberikan pengiktirafan dan anugerah sepatutnya atas usaha gigih dan inovasi mereka untuk meningkatkan pengeluaran sumber makanan negara. HPPNK 2017 akan memperlihatkan pencapaian terbaik mereka yang telah membawa makanan terbaik Malaysia ke satu tahap tertinggi.

Sasar Setengah Juta Pengunjung

Saya pernah hadiri sambutan HPPNK ini. Jika menerusi pengalaman saya sendiri, sambutan HPPNK selalunya meriah. Saya dan famili pernah hadiri sambutan ini ketika ia dilakukan di Parit Buntar, Perak. Kalau tak silap ...  pada tahun 2011. Parit Buntar adalah sebuah bandar kecil di dalam daerah Kerian, yang memang aktiviti utamanya adalah sektor pertanian.

Pengalaman kami ketika itu .. Uhh memang best!!

Jadi, apabila pihak kementerian mensasarkan kehadiran sehingga setengah juta pengunjung ke HPPNK 2017 ini, saya fikir ia tidak mustahil untuk dicapai. Apatah lagi lokasi kali ini dibuat di MAEPS, Serdang yang mempunyai kemudahan serta kawasan yang luas; pastinya tiada masalah untuk menampung jumlah pengunjung sebegitu.

Saya dapat tahu pihak Kementerian Pertanian dan Asas Tani telah merancang beberapa aktiviti menarik sesuai dengan tema kali ini, Makanan Kita Masa Depan Kita; antaranya:

  • Anugerah khas untuk golongan petani, penternak dan nelayan yang telah meningkatkan kualiti dan tambah nilai produk makanan negara ke tahap tertinggi yang sangat membanggakan.
  • Pertandingan dan pameran berkaitan produk terbaik dalam industri pertanian dan makanan. Ia bakal memperlihatkan inovasi dan kemajuan dalam industri ini di Malaysia.
  • Anggaran 850 gerai akan dibuka meliputi pelbagai kategori dalam sektor pertanian dan asas tani.
  • Persidangan Live Stock Malaysia 2017, yang akan membincangkan mengenai masa depan makanan negara.
  • Konsert Rhythm of the Farmers (RotF)
  • Pameran berkaitan Agropelancongan yang menjadi antara pemangkin ekonomi masa kini.
  • Pelancaran produk makanan oleh peserta HPPNK 2017.
  • Malaysia Food Festival (MFF), iaitu ekspo hidangan makanan terbaik dari seluruh negara.

Malaysia Food Festival (MFF) 2017

Salah satu program untuk HPPNK 2017 ini ialah Malaysia Food Festival (MyFF). Ia merupakan ekspo kepelbagaian hidangan produk makanan dari seluruh negara demi menghargai komuniti industri makanan Negara. Melalui MyFF 2017, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai sajian (Farm-to-Fork) disamping memahami proses pengeluaran, penghasilan dan persembahan makanan di Malaysia.

Ini sesuatu yang sangat menarik. MyFF pasti akan menjadi antara tarikan utama buat pengunjung. Mana tidaknya, inilah peluang untuk merasai pelbagai jenis juadah, menu dan makanan terbaik dalam industri ini.
Dalam MyFF ini akan ada The Gourmet Tour, iaitu lawatan menjelajah MAEPS sambil menikmati makanan terbaik yang disediakan oleh para peserta. Anda tentu tidak mahu lepaskan peluang unik ini dalam HPPNK 2017.

Saya rasa optimis melalui kombinasi kepelbagaian pengisian HPPNK 2017 dan MyFF 2017 ini, ianya dijangka akan dapat mencapai sasaran setengah juta pengunjung. Selain itu, saya lihat ia satu platform yang membuka pelbagai ruang perniagaan, pelaburan serta kerjasama antara mereka yang terlibat.

HPPNK 2017 juga dilihat sebagai platform ideal melancarkan produk dan perkhidmatan baru serta inovatif disamping membina perkongsian strategik demi meningkatkan lagi daya saing pasaran sektor tani negara.

Jom Meriahkan HPPNK 2017

Maka, jangan lupa tarikh bermula 28 September hingga 1 Oktober nanti untuk sama-sama berkunjung memeriahkan HPPNK 2017 di MAEPS Serdang. 

Kepada anda yang mahu turut serta sebagai exhibitor, memperkenalkan produk dan mencari platform meningkatkan jualan atau mungkin mahu menjadi rakan strategik yang ingin terlibat dalam HPPNK 2017 ini, amatlah dialu-alukan.

Info lanjut dan terkini Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017 boleh anda peroleh dengan melayari laman media soial di bawah:

FB: www.facebook.com/HPPNK2017
IG: www.instagram.com/hppnk2017
Twitter: https://twitter.com/HPPNK2017

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Saya pernah pergi ke pameran ini di Serdang, Selangor. Kalau tak silap tahun 2015.

    Memang menarik dan meriah dengan pelbagai pameran yang disediakan berkaitan makanan, minuman, binatang ternakan, hadil pertanian, jenteta pertanian dan banyak lagi.

    Apa yang lebih menarik, pengangkutan bas ada disediakan untuk pengunjung.

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Itulah, pengalaman dulu saya pergi bawa anak-anak memang best

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement