Fidget Spinner, satu alat permainan ringkas yang kini sedang tular di internet. Ia sangat popular di kalangan kanak-kanak dan remaja. Jujurnya saya tak tahu menahu mengenai permainan baru ini. Daripada carian saya, ia merupakan satu alat bantu pengajaran untuk anak-anak autisme.

Permainan ini telah lama wujud sebelum ianya menjadi tular serata dunia awal tahun 2017. Ia bukanlah permainan 'besar' yang dipegang jenama tertentu. Ia satu permainan ringkas yang tiada ciri-ciri gah yang istimewa, tetapi telah berjaya menambat hati remaja dan kanak-kanak.

Fenomena Permainan Fidget Spinner

Fenomena Permainan Fidget Spinner
Fidget Spinner diperkenalkan kepada saya oleh Amri, anak saya yang sedang bersekolah di SMKA Nibong Tebal. Saya memang tak tahu langsung bahawa ia satu permainan yang semakin popular sana sini.

Segalanya bermula pada satu hari, Amri dibawa pulang dari asrama sekolah ....

"Abah .. buka Lazada ... nak cari satu benda ..." kata Amri.
"Cari apa? ..." tanya saya.
"Abah pernah dengar Fidget Spinner tak?" pertanyaan dibalas pertanyaan.
"Apa tu? Magnet ke?" cuba meneka.
"Tak tahu .. aarrr apa la abah ni, popular kot .. " jawab Amri.

Buka laman web Lazada, dan Amri tunjukkan kepada saya apa itu Fidget Spinner.

Hmm nampak macam gasing, tapi tak ada tali.

"Apa benda ni, macamana nak main ni?" tanya saya penuh keliru.
"Dia pusing kat jari .. ala macam main pen .. pensil pusing-pusing kat jari tu .." terang Amri bersungguh-sungguh.
"Best ke ni ... apa faedah dia?" cuba nak mencari apa kegunaannya buat Amri.

"Benda ni boleh buat orang tenang ... senang nak concentrate kalau nak hafal Quran ..." Amri menjelaskan kepada saya.
"Boleh tak abah .. beli benda ni ..?" tanya Amri pada saya apabila melihat Fidget Spinner yang dijual secara online di laman web shopping online Lazada.
"Bukan mahal pun bah .. ni .. RM30 je .. " cuba mendapat persetujuan saya untuk beli permainan ni yang ada bermacam-macam warna dan bentuk.

"Hmm tengoklah dulu ... " kata saya.

Video Cara Main Fidget Spinner

Amri pun tunjuk pada Zikri dan Maira cara bermain permainan ini menerusi beberapa video di YouTube. Ada yang berbentuk seperti senjata ninja, ada yang berbentuk segi, ada yang berbentuk seperti kipas. Ia satu permainan yang tidak menggunakan bateri kecuali jika ada lampu L.E.D dipasang padanya.

Ia permainan cukup ringkas.

Lihat video di bawah ini cara ia dimainkan.


Dua hari Amri di rumah semasa hujung minggu, saya tak berikan kata putus samada nak beli atau tak permainan yang menjadi fenomena dan telah tular serata dunia.

"Nanti abah cuba tengok .. ada jual kat Mydin tak ... " kata Amri sambil cuba berpakat dengan dua adiknya yang lain.
"Ok .. ok ..  ada ke jual?" tanya saya.
"Abah tengoklah dulu ... kalau murah, beli la ye .. " minta Amri.

Ada Dijual di Pasaraya

Selang sehari, Zikri pula datang kepada saya.

"Abah .. kawan adik kata Spinner tu ada jual kat Mydin .. dia kata kat bahagian tingkat bawah ... " kata Zikri.
"Ye ke... berapa ringgit?" tanya saya.
"Ntah .. dia kata murah bah .. leh la nanti kita cari, beli untuk Along ... " kata Zikri lagi, mengingatkan pada pakatan 3 beradik.
"Bolehlah bah ...  beli bah .. bolehlah bah .. kita tengok kat Mydin..." pujuk Maira pula.

Hmm .. nak tak nak, saya pun buat misi mencari permainan ni. Sekadar nak lihat, pegang dan rasa. Rasa ingin tahu tetap ada walaupun umur dah lebih 40 tahun .. huhu.

Jumpa. Ada dijual di Mydin. Harganya RM20 untuk Fidget Spinner yang biasa. Jika ada lampu, ia guna bateri, harganya RM25 satu ketul .. huhu.



"Kita beli satu dulu .. kongsi ngan Along .. kalau ok baru beli lain ..." kata saya pada dua anak saya, Zikri dan Maira yang dah malu-malu kucing depan brother jual Fidget Spinner ni di sebalik gadget peralatan telefon pintar.

Memang Boleh Buatkan Kita Leka Perkara Lain

Bayar dan terus main depan tu juga. Saya pun cuba juga .. hehehe .. uhh memang boleh leka. Terus saya teringat zaman remaja sekolah menengah main putar pensel 2B untuk jawab soalan Add Math yang ketika itu rasa sangat susah.

Dalam hati saya ... "hmm mungkin berguna juga benda ni untuk Amri .. tak adalah nanti mengadap smartphone je bila ada kat rumah... leh juga dia main sambil hafal .."

Hujung minggu tu, Zikri bawa Fidget Spinner nak tunjuk pada Along di sekolah. Hujung minggu tersebut, Along tak boleh pulang ke rumah, jadi saya dan anak-anak pergi jenguk Along di asrama. Isteri saya masih dalam pantang bersalin, jadi tak ikut serta.
Fenomena Permainan Fidget Spinner
"Alongg .. abah dah beli Spinner .. RM20 je Along .. " kata Zikri penuh teruja pada Alongnya bila berjumpa.
"Meh mana .. nak main jap .. " minta Amri pada Zikri setelah melihat Fidget Spinner dah berputar-putar di tangan Zikri.

"Abah .. nak bah ... " minta Amri pada saya.
"Angah .. bagi Along yang tu .. kita beli lain nanti ..." arah saya pada Zikri.
"Uhhh mana bulihhh .. Along mana leh main kat sekolah ni .. " kata Zikri.
"Tunggulah abah beli untuk Along punya ... " sambil ambil balik Spinner tu dari tangan Along.

"Nak ke Along? .. nak abah beli ke?" soal saya pada Amri untuk kepastian.
"Hmm tak pe la dulu .. nantilah ..." jawab Amri. Katanya lagi dia nak tengok dulu Fidget Spinner ni yang dijual di Mydin.

"Along .. ada yang kuar lampu ... tu RM25 .." kata Zikri cuba nak umpan Amri beli yang jenis ada lampu...uhh bijak bijak.

Lepas seminggu, Amri boleh balik ke rumah. Saya pun tanya untuk dapat kepastian Amri samada nak beli atau tidak.

Amri cakap, "Abah .. hmm tak perlu kot ... takpe la abah ... "

Beberapa hari selepas tu, saya dapat tahu penularan permainan ini telah terbawa ke pengetahuan pihak sekolah di Malaysia. Ada murid yang bawa permainan ini. Dan pihak sekolah anggap ia satu permainan yang bahaya kerana boleh mendatangkan cedera pada murid. Ia mungkin dijadikan senjata kerana struktur Fidget Widget ini ada yang berbucu, dan ia agak keras.

Hmm .. memang ada benar juga tu. Saya beritahu benda ni pada Zikri.

"Janganlah baling kat kawan .. kat orang .. " kata Zikri.
"Adik main masa rehat je la .. masa nak balik ... " kata Zikri lagi.

Saya larang. Saya kata jangan tunjuk dan main kat sekolah.

Dua hari selepas teguran ni ...

"Abahh .. Spinner adik dah hilang .. tadi ada dalam beg ... " terus muncung si Zikri bila masuk dalam kereta bila tamat waktu sekolah.
"Angah hilangkan spinner .. ?" tanya Maira ..
"Takkk .... tadi adaaaa dalam ni .. " muka tak puas hati sebab tak jumpa Spinner yang dibawa 'seludup' masuk ke dalam beg tanpa pengetahuan saya ke sekolah.

Hmm ... memang hilang teruslah tu. Lepas soal siasat, Zikri beritahu ada tunjuk kat kawan dia darjah 4 ... kawan dia ada kata nak pinjam. Dan Zikri kata, dia ada tinggalkan beg sekolah kat dewan dan ada kawan dia nampak dia simpan Spinner tu dalam beg.

Uhh nasiblah Zikri. Udah kena ambillah tu.

Dah hilang ingat dah abislah cerita pasal permainan ni. Tup tap terjumpa ada yang jual permainan ni dengan harga RM7 sahaja kat Mydin. Sama cuma saiznya kecil sedikit dan diperbuat daripada plastik. Tak macam Fidget Spinner yang hilang tu .. yang agak keras dan berat.

Saya memang tak bagi beli dah.

Sehari selepas tu, Zikri tunjuk Fidget Spinner comel yang baru. Isteri saya belikan.

Kali ni, memang main kat rumah, tak bawa ke sekolah .. takut hilang lagi.

Dan saya kata kat Amri, "dari guna tu nak mudah hafal Quran, baik ambil tasbih tu ... sama je" ... hehehe.

19 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Haah, anak Qekra yg darjah 2 tu pun sibuk nak beli. dia kata kawan2 dia ada, main kat sekolah. Qekra belikan tapi dgn syarat tak boleh bawak sekolah, main lepas buat homework.

    BalasPadam
  2. Adik saya dah ada 3 ketul benda ni. Hmmmmm.

    BalasPadam
  3. Anak-anak pun dah start tanya mainan ni..

    BalasPadam
  4. dah beli dah yang ada lampu punya..yang glow in the dark tak jumpa plak.ehee

    BalasPadam
  5. Menarik bagi anak2 ..tak apa harga pun berpatutan..

    BalasPadam
  6. Memang top sekarang benda ni.. nampak macam best je.. belum cuba lagi tapi mungkin sesuai dengan saya..

    Ayat padu yang last tu.. hahai

    BalasPadam
  7. tgh viral skrg..budak2 mmng minat benda nih....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab ia permainan simple .. tu sbb mudah jadi viral dan ramai bebudak suka. Harga pun ada yang leh dapat murah .. ada jual rm7 je seketul fidget spinner ni

      Padam
  8. Itulah sedang tular sekarang benda ini tengok kat instagram pun ada jual..

    BalasPadam
  9. saya pun tertanya-tanya juga, benda apa fidget magnet ni. sebab baca dekat facebook, ramai orang kongsikan pasal benda ni. hehehehe

    BalasPadam
  10. Tumpang seller tak buang harga, memang agak mahal jugak la sebijik fidget spinner ni.
    Yang kata bahaya tu ada benda ninja punya, tajam. Tapi macam tak sesuai budak2 sekolah leka main benda ni.. baik main tepuk..haha :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm tadi ada kes kat sekolah bebudak bawa fidget spinner ni .. pastu kena rampas .. menangis dak tu .. baru darjah tiga kot.

      Ada spinner plastik .. leh main rasanya sbb saya tak rasa ia bahaya kecuali jenis metal tu, yang berat dan ada yang jenis tajam.

      Padam
  11. Balasan
    1. Betul. Anak saya masing-masing dah nakkan satu yang baru, saya pun turut terpengaruh.

      Padam
  12. Mula-mula tak pernah dengar pun apa fidget spinner ni. Terdengar bila terbaca berita ada kanak-kanak tertelan fidget spinner ni. Tu yang cari apa ke bendanya tu, Owh ini ke rupanya..

    BalasPadam
  13. Semua permainan untuk kanak2 OKU telah dikomiselkan untuk keuntungan dan jika ianya bermanfaat tentu baik untuk kita semua..

    Tetapi pembuat biasanya akan memikirkan lebih ke hadapan sehingga boleh mendatang kemudaratan kepada pengguna pula..

    Kita sebaik orang tua sebaiknya memerhati dan menasihati anak2 untuk menggunakannya untuk kebaikkan dan bukanya untuk mendatang kemudaratan..

    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement