Plan Data Tanpa Had, Panggilan Percuma Semua Network Menerusi Hero P78 UMobile

Borong Online dari China
Data tanpa had daripada UMobile. Ini tentu satu yang menggembirakan buat anda terutama sekali mereka yang tegar menggunakan internet serta data. Ini termasuklah blogger yang memang tidak boleh tidak, memerlukan penggunaan data yang agak banyak.

Saya akui, sebagai seorang blogger sepenuh masa, keperluan internet dan data amat penting untuk menjalankan kerja ... uhhh boleh meroyan dibuatnya apabila kita syok sedang siapkan kerja, kuota data serta internet dah habis...haha.

UMobile Perkenal Hero P78 - Unlimited Data & Call, Free Hotspot

UMobile Perkenal Hero P78 - Unlimited Data & Call, Free Hotspot
Dengan komitmen bulanan sebanyak RM78, anda boleh mendapatkan data tanpa had di mana jua anda berada menerusi plan data terbaru daripada UMobile dinamakan Unlimited Hero P78.

Menerusi plan terbaru UMobile ini, anda akan dapat plan data tanpa had berkelajuan tinggi 4G LTE, panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian, mobile hotspot percuma, dan percuma data roaming. Kelajuan data pula adalah sehingga 5Mbps.
[Promo] Lihat Apa Digi Boleh Berikan Pada Anda ...
Jadi, anda tidak perlu risau data internet anda habis, malah anda boleh bercakap dengan telefon tanpa risau mengenai had kredit, dan tiada sebarang caj tambahan untuk menjadikan peranti mudah alih anda sebagai hotspot.

Bila anda keluar negara, data roaming diberikan percuma. Fuh memang sangat hero ...

Jika nak bandingkan dengan plan data saya sekarang bersama Webe, memang plan UMobile ini nampak beberapa kelebihan terutama untuk mobile hotspot dan juga data roaming.

Soalnya sekarang, nak bertukar atau tidak? Hmm apa pendapat anda ... ?

Oh ya, promosi untuk pakej UMobile Unlimited Hero P78 ini adalah untuk tempoh terhad sahaja. Jika anda nak bertukar ke plan ini, boleh terus ke mana-mana store UMobile berhampiran.
 


Samsung Galaxy Note 9

Post a Comment

12 Comments

  1. Sy sekarang pakai yg pakej P70. So far okay sebab line ni kat umah sy pun ok dibandingkan dgn telco lain. 😊

    ReplyDelete
  2. menarik..sbb nieyl pun pakai umobile service..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sekarang ada dua telco - webe dengan umobile. Umobile yang saya guna downgrade plan, ambil paling murah ...

      Delete
  3. Semakin menarik sekarang U-mobile.. unlimted tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah ... best kot unlimited ... yang saya tahu cuma Webe je ada pakai seperti ni ..

      Delete
  4. Wow.. Murah la pakej nie.. Boleh ambik kalau rasa nak bertukar

    ReplyDelete
  5. Suami pakai yang P70, yang ni macam menarik sebab hotspot free. Nanti nak check la. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun hampir hampir nak upgrade plan umobile yang saya ada. Saya punya yang paling murah tu .. RM28 tu.

      Delete
  6. Hotspot yg die bagi 10gb saje, kalau dah habis 10gb, macam mane? Minta pencerahan.. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti sbb saya ambil keputusan untuk kekal dengan WEBE sahaja.

      Delete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.