Minyak Zaitun. Apabila isteri anda disahkan mengandung, elok anda lengkapkan isi dapur dengan minyak Zaitun. Ia merupakan minyak serba manfaat untuk ibu yang hamil bermula dari hari pertama kandungan sehinggalah bayi dilahirkan, seterusnya semasa dalam berpantang bersalin.

Minyak Zaitun datangnya dari buah Zaitun. Dan buah Zaitun adalah antara buah yang disebut di dalam Al Quran. Ia merupakan salah satu makanan sunnah dan sangat disuruh untuk menjadi diet seharian kerana kebaikan yang terdapat pada buah Zaitun.

Minyak Zaitun Untuk Kesihatan Ibu Mengandung dan Selepas Bersalin

Agak jarang kita dengar orang memakan buah Zaitun. Tapi banyaknya ialah buah Zaitun diambil minyaknya untuk keperluan diet yang sihat. Kajian menunjukkan minyak ini mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan untuk kesihatan tubuh manusia.

Minyak Zaitun bukan sekadar diambil sebagai sebahagian daripada bahan dalam menu masakan, malah ia juga digunakan secara terus contohnya sebagai minyak rambut dan minyak mengurut.

Disebut Dalam Quran

Kerana kelebihan yang ada pada minyak Zaitun, memang saya syorkan untuk ibu hamil dan ibu yang telah melahirkan anak untuk menggunakan minyak Zaitun ini.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah, dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. " (Al-An’ aam 6: 99)

Bagaimana Nak Guna Minyak Zaitun?

Berikut adalah beberapa cara yang popular digunakan untuk memanfaatkan khasit minyak buah Zaitun:
  • Digunakan sebagai bahan untuk memasak - menumis.
  • Digunakan untuk campuran bahan untuk dibakar atau memanggang.
  • Digunakan sebagai sapuan pada badan.

Walaupun minyak Zaitun mempunyai khasiat tersendiri, ia tidak digalakkan diambil secara berlebih-lebihan. Ambillah, dan gunakan minyak Zaitun ini mengikut perkadaran yang sesuai dengan diet semasa.

Selain manfaat kesihatan, ia juga sangat terkenal untuk perawatan dan kecantikan tubuh badan - contohnya melembapkan bibir, mencantikkan kulit, melebatkan dan hitamkan rambut, agen anti-penuaan, bahan untuk membersihkan sisa mekap dan banyak lagi.

Ia juga digunakan sebagai bahan utama dalam rawatan untuk ekzema, psoriasis dan kegatalan kulit. Ia boleh menyingkirkan radikal bebas yang menyebabkan kulit bermasalah.

11 Manfaat Minyak Zaitun Untuk Ibu Mengandung dan Selepas Bersalin

Ok, mari lihat apa kebaikannya pula buat ibu yang mengandung dan bersalin...
  1. Ibu mengandung digalakkan menjadikan minyak zaitun sebagai rutin dalam diet, kerana ia membantu penyerapan vitamin, mineral dan nutrien yang penting untuk fetus (bayi).
  2. Minyak zaitun mengandungi protein, air, lemak, kalori, kalsium, zat besi, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin C, vitamin E.
  3. Asid lemak merupakan kandungan utama minyak zaitun yang terdiri daripada asid oleik (jenis tidak tepu mono), asid linoleik dan sedikit asid linolenik. Kajian menunjukkan asid oleik dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, kanser, anti penuaan malah bagus untuk bayi dalam kandungan. 
  4. Asid linoleik dan linolenik (dari jenis asid lemak tidak tepu poli) mengandungi omega 6 dan omega 3 yang menepati nisbah yang diperlukan oleh kita. (tak perlulah lagi kita cari supplement omega lain..) 
  5. Kajian yang dijalankan juga mendapati kandungan lemak di dalam minyak zaitun ini adalah sama khasiatnya dengan lemak yang dihasilkan oleh ibu yang menyusukan anaknya.
  6. Hilangkan stretch mark dan kegatalan. Minyak zaitun kaya dengan vitamin E sebagai sapuan membantu mengurangkan kegatalan dan mencegah timbulnya stretch mark.
  7. Membantu selesaikan masalah sembelit (sukar buang air besar). Ibu yang sedang mengandung atau berada di dalam pantang bersalin selalunya ada mengalami masalah ini. Amalkan makan minyak zaitun untuk mengatasinya.
  8. Bagus untuk sistem penghadaman badan. Minyak zaitun menggalakan penghadaman dan penyerapan nutrien di mana ia melepaskan asid gastrik perlahan-lahan selain membantu pengeluaran hempedu yang optimum.
  9. Dijadikan sebagai minyak urut. Ketika mengandung adakalanya si ibu mengalami masalah kekejangan (cramp) bahagian kaki. Urut kaki dengan minyak Zaitun sebelum tidur, in Sha Allah .. ia akan banyak membantu, kerana ia boleh melancarkan perjalanan darah selain mencegah timbulnya urat-urat halus.
  10. Minyak zaitun ini  berpotensi terhadap peningkatan fungsi otak (kognitif) dan memori. Pengambilannya adalah sangat baik untuk perkembangan otak bayi, baik semasa bayi dalam kandungan atau ketika penyusuan badan.
  11. Jika si ibu ada masalah dengan kandungan gula dalam darah ketika mengandung, elok ambil minyak Zaitun untuk kurangkan masalah ini.
Bagus bukan khasiat yang ada pada minyak Zaitun ni? Kalau anda seorang peminat rancangan masakan luar negara, anda akan nampak bahawa penggunaan minyak Zaitun atau Olive Oil ini adalah satu kebiasaan terutama untuk penyediaan salad.

Mungkin ia bukan satu kelaziman untuk masyarakat Melayu khususnya, dan rakyat Malaysia amnya menggunakan minyak Zaitun dalam penyediaan makanan. Lagipun, minyak Zaitun agak mahal di pasaran, dan ia merupakan produk import terutama dari Timur Tengah.

Jika anda ke Penang, salah satu tempat yang boleh dapat minyak Zaitun pelbagai jenama dari Timur Tengah adalah dari Saudagar Kurma dan juga Yusof Taiyoob. Anda boleh terus pergi ke kilang pembungkusannya yang terletak di Bukit Minyak. In Sha Allah, lebih murah daripada kedai biasa.


1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. mmmg bagus minyak zaitun ni terutamanya klu siapa ada masalah kulit kering..best

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement