Bagaimana mahu menjadi seorang owner produk yang berjaya? Saya nak kongsikan kepada anda, pengetahuan dan ilmu bisnes yang baru saya terima. Walaupun saya tiada bisnes hakiki, tapi ilmu itu ada. Memandangkan saya tak dapat nak wujudkan bisnes hakiki saya sendiri, maka elok saya sebarkan ilmu yang saya tahu ini untuk orang lain.

Tak elok pendam ilmu bisnes walhal tak dilakukan. Kalau ada ilmu, rasa tak mampu lagi nak buat, maka sebarkan. Setidak-tidaknya, anda tidak akan persiakan apa yang telah anda belajar. Betul tak?

Bagaimana Mahu Menjadi Seorang Pemilik Produk Yang Berjaya?

Bagaimana Nak Menjadi Owner Produk Berjaya?

Apa maksud berjaya? Ok, dalam definisi sayalah, seorang owner atau pemilik produk yang berjaya ialah mereka yang dapat memperoleh keuntungan dua kali ganda daripada modal untuk buat produk tersebut.

Saya juga akan menyebut seorang owner atau pemilik produk yang berjaya ialah apabila produknya konsisten laris di pasaran dan kekal lama di hati pengguna.

Jadi, bagaimana nak menjadi seorang pemilik produk yang berjaya ni ye?

Perlu Konsisten

Strategi pemasaran dan promosi mereka perlu konsisten. Setiap hari mesti perlu lakukan promosi. Tak kira samada sudah dapat untung besar, untung kecil atau rugi sedikit. Seorang owner produk perlu yakin dan percaya dengan produk sendiri. Jika ia bagus, maka mereka tak segan-segan untuk hebahkan kepada orang ramai.

Lihat sahaja owner produk yang dah jadi jutawan. Walaupun dah jutawan, mereka tak berhenti dari mempromosi. Mereka konsisten melabur dalam pemasaran. Mereka lakukan promosi samada secara percuma dan secara berbayar.

Contohnya ...

  • Promosi percuma menggunakan testimoni. Owner produk yang berjaya selalu dapatkan testimoni daripada pelanggan. Hubungan antara pelanggan sedia ada dijaga dengan cara ini.
  • Promosi berbayar menggunakan blogger. Ada owner produk yang sanggup bayar seorang blogger yang ada pengaruh dengan harga tinggi, namun tidaklah semahal buat pemasaran seperti di TV atau media cetak yang ada had tempoh tertentu.

Sentiasa Cari Ilmu Pemasaran Baharu Pemilik produk yang berjaya tak segan silu untuk belajar benda baru. Yelah, teknik pemasaran dulu tak semestinya akan kekal berjaya. Mesti up-to-date. Jika dulu orang banyak tonton iklan TV, tapi sekarang .. dah ada Google Adword yang tayang iklan 24 jam tanpa henti di internet.

Saya dapat tahu, ada pemilik produk diam-diam berguru dengan pakar dan sifu dalam bab-bab pemasaran, terutama dalam teknik pemasaran online (internet). Kadang, sifu tu lagi muda dengan usia si pemilik produk.

Benda baru kena belajar dengan orang baru. Katakan jika dulu buat setting FB Ads guna cara XYZ, tapi sekarang disebabkan Facebook itu sendiri sudah banyak berubah, maka setting cara XYZ mungkin dah tak berkesan, silap-silap boleh datangkan kerugian.

Buat Pemasaran dan Promosi Sendiri

Buat Pemasaran dan Promosi Sendiri

Mungkin ada yang mushkil, dah ada staff untuk jaga bahagian pemasaran dan promosi, kenapa nak buat sendiri? Produk anda .. siapa yang lebih sayang? Staff atau pemilik? Kalau betul sayang produk yang telah dihasilkan, maka buat pemasaran dan promosi sendiri. Staff boleh datang dan pergi .. tapi anda sebagai pemilik produk akan kekal bersama produk anda.



Pemasaran yang jitu menjamin produk akan kekal lama. Ia adalah front-line untuk memastikan produk terus berjaya. Kalau 'askar' di depan dah lemau ... bagaimana nak hadapi persaingan dengan pemilik produk lain?

Mahu menjadi seorang owner produk berjaya .. anda tidak boleh sombong, tak boleh nak ego, jangan cepat putus asa, jangan cepat nak kaya raya, elakkan bodoh sombong, tak perlu takut untuk invest, dan buang jauh-jauh sifat bahawa "aku dah cukup berjaya".

Satu lagi yang telah saya ketahui ialah, andai mahu menjadi seorang owner produk yang betul-betul berjaya, jangan lupa apa yang telah Tuhan cakap, ingat apa ditegah, ingat apa yang dibolehkan. Harus sedar, kejayaan yang dikecapi adalah datangnya dari Tuhan.

Mahu jadi seorang owner produk tak? Kalau ada niat begitu, saya alu-alukan. Bagaimana nak mula? Anda boleh dapatkan rujukan dan panduan menerusi laman web berikut - Panduan Mudahnya Menjadi Owner Produk


2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. bukan perkara yang mudah tetapi sangat mencabar juga tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanya mereka yang ada Minat Untuk Berniaga akan ambil peluang macam ni .. :)

      Padam
Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement