Apabila pertama kali melangkah masuk ke dunia dagangan forex, adalah penting kita mencari platform pertukaran asing yang dilesenkan, terpercaya, dan mampu menjana untung. Tetapi, dengan wujudnya beribu-ribu laman dagangan forex yang berbeza, pasti anda celaru memikirkan yang mana satu sesuai dengan corak niaga forex anda.

Di situlah pentingnya panduan kami ini. Apa yang anda perlu tahu adalah ada 4 ciri utama sesebuah laman dagangan forex yang berjaya – anda boleh lihat contoh dengan platform trading seperti MT5.

Ketahui 4 Ciri Penting Mencari Laman Web Dagangan Forex Terpercaya

Mahu tahu apa 4 ciri tersebut? Teruskan membaca, semua petua dan panduan kami ada di bawah!

1. Lesen Operasi

Lesen Operasi untuk Berdagang Forex

Sudah pasti anda pun sedar bahawa mana-mana institusi yang berbaur pelaburan perlulah mempunyai lesen operasi yang sah. Sama juga dengan laman dagangan forex. Sebagai langkah pertama, adalah penting untuk anda memastikan yang platform yang anda pilih itu mempunyai pelesenan dari badan yang diiktiraf kerajaan.


Mana-mana platform pertukaran asing perlulah mendaftarkan diri untuk mendapatkan Lesen Forex Labuan. Ini dikelola oleh Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA) yang berada di bawah bidang kuasa Labuan International Business & Financial Centre (IBFC). Dengan perlesenan ini, kadaran cukai yang dikenakan juga akan semakin rendah, selari dengan polisi perdagangan pertukaran asing tempatan.

2. Kadar Taburan dan Komisen Perdagangan 

Kadar Taburan dan Komisen Forex

Kadar taburan merujuk kepada jurang perbezaan di antara nilai jual dan beli mana-mana pasangan matawang. Sebagai panduan umum, adalah lebih baik sekiranya kadar taburan yang ditawarkan oleh platform dagangan anda berada rendah.

Ada laman broker yang menawarkan taburan 0. Ini merupakan antara kadaran yang paling menguntungkan. Sebaiknya, cari ruang dagangan taburan 0 dahulu, contohnya seperti MT5, sebelum meneliti yang lain.

Komisen pula adalah peratusan yang akan dikenakan sebagai yuran penggunaan platform pilihan anda. Adat penetapan jumlah ini adalah berdasarkan taburan bagi pasangan matawang yang spesifik. Ini bermakna, semakin kecil kadar taburan anda, semakin kecil komisen yang akan dikenakan.

3. Pasangan Matawang

Pasangan Matawang

Seterusnya adalah kombinasi dan variasi pasangan matawang asing yang ditawarkan pada laman dagangan forex pilihan anda. Ini adalah penting kerana setiap pasangan matawang yang didagangkan akan mempunyai taburan yang berbeza. Ada yang dikenakan kadar taburan tetap, manakala yang mempunyai pola gerakan tidak tetap pula akan diberikan taburan fleksibel.


Pilihan pasangan matawang asing yang pelbagai memberikan anda lebih daripada satu saluran untuk menjana keuntungan. Ini akan meningkatkan kestabilan portfolio dagangan anda serta merendahkan risiko rugi.

4. Fitur dan Kelengkapan Dagangan

Fitur Kelengkapan Dagangan Forex

Yang terakhir sekali dalam panduan kami ini adalah fitur yang ada pada platform dagangan anda. Aspek ini amatlah mustahak untuk membantu anda dengan kerja-kerja menganalisa data dagangan, menyempurnakan unjuran harga dan taburan, menaksir pergerakan aset akan datang, dan banyak lagi.

Laman dagangan yang anda pilih juga perlulah mempunyai variasi petunjuk teknikal yang mencukupi. Petunjuk carta teknikal yang berlainan mampu memberikan anda pandangan mendalam yang berbeza dan membantu anda mengatur strategi dagangan yang lebih menyeluruh.

Pilih Laman Web Dagangan Forex Terbaik Untuk Anda

Web Dagang Forex Terpercaya

Semua yang kita lihat tadi adalah antara ciri-ciri yang terpenting dan wajib ada pada platform forex pilihan anda.

Ada juga beberapa ciri lain yang signifikan – kadar margin saham, jumlah deposit minimum, adanya ciri salinpakai strategi atau dagangan auto, dan lain-lain. Sebelum mendepositkan sejumlah wang untuk memulakan ventur dagangan forex anda, pastikan anda meneliti setiap inci platform pilihan dan pulangan besar pasti menanti anda.

Rujuk Penafian untuk konteks penerbitan artikel in
Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement