Mana nak cari Mee Kari yang sedap di negeri Perak ni ehh? Sebenarnya ada banyak tempat makan yang best-best, sedap dengan harga cukup berpatutan di negeri Perak. Sempena Tahun Melawat Perak 2017, saya cuba cari dan senaraikan menu menarik di lokasi tertentu untuk anda jadikan panduan dan rujukan.

Salah satu menu yang saya suka ialah Mee Kari. Ada bermacam jenis Mee Kari. Ada Mee Kari Udang, Mee Kari Ayam, Mee Kari Daging, dan Mee Kari Ketam. Setiap tempat dan lokasi ada cara berbeza hidangkan menu ini. Malah rasa juga unik disebabkan oleh jenis rempah dan bahan yang digunakan.

Mee Kari Udang Besar di Bagan Serai, Perak

Mee Kari Udang Besar RM7 di Bagan Serai, Perak
Baru-baru, secara kebetulan dalam perjalanan balik dari wad bersalin Hospital Taiping ke Nibong Tebal .. saya telah singgah di Bagan Serai, Perak.

Lapar. Sebelum tu tak berapa nak lapar sangat. Hmm ...  mungkin kerana saya kenyang melihat wajah kelahiran baru anak saya yang keempat yang masih berstatus Hasif 'baru'. Awalnya, anak perempuan saya mengajak makan di restoran segera di Bagan Serai, tetapi ntah .. tetiba nak merasa makan mee kari yang sedap.

Kalau ikutkan perancangan, saya nak singgah di Warung D'Bukit yang terletak di Changkat Ibol, Taiping. Tetapi disebabkan saya malas nak berpatah balik dari arah tol Changkat Jering ke Parit Buntar/Nibong Tebal .. maka saya lupakan hasrat ini.
[Baca] Milo Ais Kepal Warung D'Bukit Memang Layan ..
Perut kekal lapar. Begitu juga dengan dua orang anak saya yang dipontengkan sekolah kerana mahu mereka melihat adik mereka yang baru lahir dan isteri saya di Hospital Taiping. Mereka telah lama menanti selama 9 bulan untuk melihat adik baru.

Tiba di bandar Bagan Serai, saya terus masuk ke pusat bandar. Saya menuju ke lokasi yang selalunya terdapat banyak gerai dan kedai makan iaitu di sekitar Stesen Bas Bagan Serai.

Terlihat satu dewan terbuka yang ada banyak gerai makan. Ia terletak bersebelahan dengan stesen bas.

Ambil tempat duduk, dan saya pesan makanan dari menu yang tertulis di bahagian depan gerai. Hmmm .. selera terus bangkit bila terlihat Mee Kari Udang - RM7. Saya pesan sepinggan manakala anak saya Zikri, memesan Nasi Ayam. Maira .... lebih tertarik nak merasa aiskrim Jeng Jeng Jeng.

Mee Kari Dengan Saiz Udang Yang Besar, Berbaloi Harga RM7

Nah .... tak sangka betul saya dapat Mee Kari Udang Besar. Memang berbaloilah dengan harga yang hanya RM7 semangkuk.
Mee Kari Udang Besar RM7 di Bagan Serai, Perak
Mee Kari Udang Besar RM7 di Bagan Serai, Perak
Sedap. Tapi tidak sesedap Mee Kari Ketam Seekor yang pernah saya makan semasa berkunjung ke Kuala Terengganu sedikit waktu dulu.

Mee Kari Udang Besar Bagan Serai ... ada empat ekor udang bersaiz besar, ada telur rebus, ada kacang panjang dan ada sedikit kek ikan. Rasa kari memang pekat, saya syak ia tidak ditambah dengan santan. Ada rasa lemak, tapi ia datang dari rasa lemak manis udang segar yang digunakan.

Saiz udang memang memonopoli ruang mangkuk mee kari yang saya pesan.

Saya perlu buang kepala dengan hati-hati takut isi dan lendiran dari kepala udang masuk ke kuah kari. Kalau tidak, ia mungkin akan jejaskan sedikit rasa. Mungkin kerana inilah, kuah mee kari ni agak pekat.

Saya tak berapa suka kepala udang. Heh .. lain orang lain cara, lain selera .. ye tak?

Lokasi Mee Kari Udang Besar

Jika anda nak mencuba Mee Kari Udang Besar ini, bolehlah ke lokasi seperti tertera di bawah. Saya tak sempat nak ambil gambar kawasan, jadi saya tunjukkan menerusi Google Map (tanda X merah) di bawah sahaja ye. Harap anda boleh cari jika nak merasa makan Mee Kari Udang Besar harga RM7 semangkuk ini.

Lokasi Mee Kari Udang Besar RM7 di Bagan Serai, Perak

15 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. wow...udang pun besar..

    memang menyelerakan...

    yang penting selepas makan boleh kenyang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak kenyang .. leh order satu lagi .. hehehehe

      Padam
  2. Nampak sangat mewah. Harga 7 ringgit di kira alright. Kalau di tengah Semenanjung ni tak dapat harga macam tu.
    Good info.
    Balik kampung nanti akan singgah.

    BalasPadam
  3. puas hati dapat makan udang besar macam tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best .. cubalah nanti kalau ada kesempatan lalu kawasan sini ..

      Padam
  4. Murahnya! Berbaloi bayar rm7 makan macam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tula pasal saya suka nak tulis .. kongsi info macam tu terutama mereka yang suka mee kari. Berbaloi tu udang besar ... tempat lain mungkin boleh dapat, tapi in Sha Allah .. udang sini udang laut segar ..

      Padam
  5. besarnya udang..murah pulak tu, berbaloi sgt

    BalasPadam
  6. assalamualaikum HH...alamak sedapnya tengok...:)

    ** Mama Maszull


    BalasPadam
  7. wow tgok terbaiklah mee kari udang nie

    BalasPadam
  8. dekat dah dgn kampung mertua, bolh la hunting mee udang ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement