Mee Kari dan Mee Rebus Warung D'Bukit, Taiping

Mee Kari dan Mee Rebus Warung D' Bukit, Taiping. Hari tu, saya dah tunjukkan kepada anda Milo Ais Kepal yang menjadi viral di FB, asalnya dari menu Warung D'Bukit, yang terletak di Changkat Ibol, Taiping. Ketika itu, tak sempat kami nak merasai menu lain yang ada .. disebabkan masa yang suntuk.

Alhamdulillah, baru-baru ni saya dan keluarga telah berkesempatan untuk datang sekali lagi ke Warung D'Bukit ini atau turut dikenali sebagai Warung Kg Chengal Tengah. Kami pergi waktu tengahari untuk makan beberapa menu lain yang dikatakan sedap oleh beberapa rakan kami.

Mee Kari dan Mee Rebus Warung D'Bukit, Changkat Ibol, Taiping

Kali ini, saya telah memesan Mee Kari dan juga Mee Rebus Special .... serta tidak dilupa Milo Ais Kepal.

Jujur saya cakap, kalau Mee Kari tak ada isi ketam, tak ada kerang ... memang kurang menyengat bagi saya. Tapi, bila dah mencuba Mee Kari yang dihidangkan di Warung D'Bukit ni ... uhhh .. best pulak. Anak-anak saya semua sukakan Mee Kari Warung D'Bukit ni .. habis kena hadap ... sampaikan kuah-kuah habis dihirup. Isi kuah kari cuma ada beberapa bebola ikan, ayam, dan juga telur selain tauhu. Harga pula cuma RM3.50 sahaja.
Mee Kari dan Mee Rebus Warung D'Bukit Taiping
Mee Kari dan Mee Rebus Warung D'Bukit Taiping
Anak-anak layan Mee Kari, saya pula layan Mee Rebus Special ... perghhh .. letak tulang tu ... memang menyelerakan. Kuah Mee Rebus pun sedap. Nak tambah kick ...perah asam limau yang ada disediakan, memang boleh tahan. Isteri saya yang awal-awal menolak, tetiba nak lagi selepas saya perah limau nipis ke dalam kuah mee.

Tulang pula ada dalam 3 ketul dimasukkan pada kuah Mee Rebus. Jadinya, memang puas hati dengan harga cuma RM6.00. Untuk Mee Rebus biasa, harganya cuma RM3.50 sahaja. Ada telur, ada tauhu, ada cucur diletakkan.

Hmm .. patutlah ramai yang suka makan di Warung D' Bukit, Changkat Ibol ni. Masa saya dan keluarga nak balik, makin ramai pula pelanggan yang datang singgah.
Berselera layan Mee Kari di Warung D Bukit Changkat Ibol, Taiping
Sedap Mee Kari Warung D'Bukit
Mee Rebus Warung D'Bukit, Changkat Ibol, Taiping


2 comments.. read them below or add one

TunSha Ayunie TunSha Ayunie August 17, 2016
Menelan air liur saya tengok gambar-gambar dalam ni. Aduhai.. lama sungguh tak makan mee kari.
Hasrul Hassan Hasrul Hassan August 18, 2016
Hahaha.... :) saya sebab jumpa kedai ni .. dah macam kerap lak makan mee kari

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.