Adeh. Bijak sungguh pihak Niantic, syarikat yang melahirkan permainan Pokemon-Go ni .. Tahun 2017 Pokemon-Go sudah ada update baru. Untuk versi Android, sudah ada update versi 0.57.2; manakala untuk iOS ke versi 1.27.2. Ada banyak benda baru diperkenalkan dalam versi terkini awal tahun 2017 ini. Disebabkan ada benda-benda baru inilah, yang membuatkan demam Pokemon-Go sudah kembali.

Errkk .. opps .. mungkin demam Pokemon-Go tidak berlaku pada anda. Tapi dalam keluarga saya, masing-masing dah install semula Pokemon-Go dalam smartphone... termasuklah saya .. haha.

Tanda-Tanda Demam Permainan Pokemon-Go Sudah Kembali

Awalnya saya tak tahu menahu pun mengenai update terkini Pokemon-Go ini, tapi lepas terbaca beberapa update status pemain tegar game ini di Facebook, saya pun terpengaruh .. adeh.
Tanda-Tanda Demam Pokemon-Go Kembali
Lalu, saya pun install semula .. dan ntah macamana ... anak-anak saya turut tahu mengenai update terbaru ini. Nah .. ambik kau .. semua dah main semula Pokemon-Go.

Dah Mula Melukis Karektor Pokemon

Zikri, anak saya yang kedua .. dah mula balik melukis karektor-karektor dalam Pokemon-Go. Ada sahaja lukisan terhasil. Dan paling menarik ialah .. setiap lukisan yang dibuat tu ada peminatnya tersendiri.

"Abah .. tengok ni adik lukis Pokemon .." kata Zikri.
"Uhh main tekap ehhh?" tanya saya.
"Ihhhh tak la .. adik lukis sendiri la .. ikut dalam internet tu ... " kata Zikri dengan penuh yakin dan bangga ..
"Ye ke ni?" soal saya untuk lebih pasti.
"Iye la ... tanya Maira ..." meminta Maira; adiknya untuk klarifikasi.
"Betul Bah .. Abang Ngah lukis tengok tu .. internet je ... cantik kan Bah ..." kata Maira

"Haa ni Bah .. kawan adik tempah ... " kata Zikri lagi.
"Hah? Tempah? bayar ke?" tanya saya mengingatkan lagi kisah Zikri jual jajan dalam kelas sampai kena warning.
"Tak .. adik buat je ... " jawab Zikri.

Sah. Dah menular balik demam game Pokemon-Go ni. Malah, kat Taman Pinggiran Sungai Kerian pun dah nampak ada gelagat pemain Pokemon-Go yang sebelum ini dah sunyi sepi. Taman ni memang lokasi paling popular untuk pemain Pokemon-Go, sebab ada 3 Pokestop dan banyakkkk Pokemon liar.

Update Terbaru Pokemon-Go

Apa ada dalam versi update Pokemon-Go 0.57.2 ni?

Orait .. saya senaraikan; manalah tahu kot-kot ada pembaca blog ini yang berminat nak tahu .. huhu...
  1. Terdapat lebih 80 Pokemon baru dimasukkan.
  2. Pokemon sudah ada jantina. Kiranya setiap satu karektor Pokomen sudah ada jantan betina.
  3. Sudah ada mekanisma baru untuk cari Pokemon.
  4. Boleh pilih Poke Ball dan Berry semasa jumpa Pokemon.
  5. Ada dua jenis Berry baru
  6. Pemain boleh pilih avatar yang lebih smart dengan option baru.
  7. Tambahan mode-malam pada permainan.
  8. Tambahan muzik baru apabila terjumpa Pokemon.
  9. Ada bonus candy untuk Pokemon yang 'evolved'
  10. Dan beberapa lagi penambahan-baikan kecil untuk kestabilan dan juga paparan teks.
Sejak update baru ini diperkenalkan pada 16 Februari 2017, saya dan anak-anak dah rajin jenjalan ke taman bersama Pokemon-Go. Agak kesian pada Zikri sebab dia tak ada smartphone yang ada simkad, jadi tak ada connection internet. Manakala saya yang menggunakan WebeMobile pula tak boleh nak sharing internet-hotspot dengan Zikri melainkan kena bayar tambahan ..
[Baca] Saman RM300 Jika Main Pokemon-Go di Malaysia ......
Jadi, apabila Zikri nak main Pokemon-Go, smartphone isteri sayalah yang jadi mangsa ... huhu .. dan hanya boleh bermain selepas balik dari kelas Kafa jam 6:00 petang.

Bila dah jadi gitu, saya terpaksalah melayan karenah si Zikri nak mencari Pokemon ni .. sampai sanggup ikut terma dan syarat isteri saya tetapkan pada dia. Uhh sah .. demam Pokemon-Go dah si Zikri ni. Adeh .. dan dah jangkit pada saya ..

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Memang saya minat main Pokemon Go.. Masa pelancaran dulu siap saya pergi bandar nak kumpul pokeball dan pokemon rare. Masa tu ramai yang main, yang dah berumur pun memang main.

    *Lawa lukisan pokemon anak EN HH :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih ttg komen lukisan tu. Saya pun terkejut sebnarnya Zikri leh lukis gitu .. haha.. ikut bapak dia aaaarrrr

      Padam
  2. Belum pernah sekali install POKEMON-GO... belum cuba lagi...

    BalasPadam
  3. farah .. baik jangan install .. bahaya ooo

    BalasPadam
  4. dah lama uninstall..jemu tu :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku pun dah lama buang dalam phone, sekali dia hantar email suh join laa .. haha ... dengan update baru yang lebih best

      Padam
  5. http://akubloggeritu.blogspot.my/

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement