Langkau ke kandungan utama

Saman RM300 Jika Main Pokemon-Go dan Gunakan WhatsApp Ketika Memandu

Saman RM300 Jika Main Pokemon-Go dan Guna WhatsApp Ketika Memandu. Woho ... sila alert perkara ni. Buat mereka yang gemar bermain Pokemon-Go dan juga bermesej WhatsApp, hatta ketika berada di simpang lampu isyarat berhenti, anda boleh dikenakan saman oleh PDRM maksima RM300.

Saman RM300 Jika Main Pokemon-Go dan Gunakan WhatsApp Ketika Memandu

Saya memetik berita yang dilaporkan oleh Harian Metro Online bahawa pihak polis akan bertindak tegas terhadap mereka yang bermain Pokemon-Go ketika memandu dan boleh dikenakan denda RM300, ini termasuk sekiranya didapati memegang telefon dan menggunakan aplikasi WhatsApp ketika menunggu di lampu isyarat (untuk bertukar hijau). Berita tersebut berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Persekutuan Senior Asisten Komisioner Datuk Mahamad Akhir Darus.
Saman RM300 Jika Main Pokemon-Go WhatsApp

Boleh Bahayakan Pengguna Jalanraya Lain

Ini adalah kerana menggunakan telefon bimbit atau telefon pintar sambil memegang ketika memandu boleh membahayakan pengguna jalanraya yang lain. Apatah lagi konsentrasi akan mudah terganggu dengan bermain Pokemon-Go serta berbalas mesej WhatsApp.

Jika anda salah seorang yang gemar melakukan aksi di atas, berhati-hatilah. Dan yang paling penting, sila hargai nyawa anda dan orang tersayang. Jangan abaikan keselamatan di jalanraya hanya semata nak tangkap Pokemon yang tidak boleh bawa apa-apa manfaat khusus, atau leka nak membaca gosip terkini dari aplikasi WhatsApp.

Nak main Pokemon-Go, pergilah ke taman permainan .. huhuhu.. sana banyak spesies rare yang boleh anda tangkap. Dan anda juga boleh berbalas mesej WhatsApp tanpa gangguan di situ ... dengan syarat kuota internet anda cukup, bateri telefon tahan lama ... dan anda masih sedar waktu siang dan malam, dan bila perlu berhenti untuk tunaikan sholat.

Sumber: Harian Metro Online


Komen

  1. dah ada berita, ada pemain game ini yang meninggal kemalangan kerana leka bermain pokemon go ni kan? kadang mereka tak perasan bahaya yang menanti kerana terlalu asyik menangkap pokemon tu..ish!

    www.ceritaejoy.com

    BalasPadam
  2. Sebentar tadi, saya hampir dilanggar sebuah kereta viva hitam..nasib baik tunggang motor senang sikit nak mengelak, pas tu follow kereta tu dari belakang nk tau apa dia buat..rupa-rupanya tengah baling bola pokemon..fuhh berapi hati aku ni tengok..mmg patut kena saman ni membahayakan orang lain..

    ada masa, jom join giveaway saya - http://www.elihjapahar.com/2016/08/giveaway-tunai-rm200-by-elihjapaharcom.html

    BalasPadam
  3. saya main juga pokemon go, tapi takde la over sangat sampai time memandu pun nak main.. saya main kat park je, tu pun dalam satu minggu dah lv19.. rasanya kalau main ketika memandu lv5 pun tak sampai sebab surat saman sampai dulu hehehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Jualan Big Baby Fair - Diskaun 80% Pelbagai Jenama Terkemuka

Jualan Big Baby Fair - Diskaun sehingga 80% pelbagai jenama terkemuka. Wow .. tawaran cukup menarik yang sememangnya mendapat perhatian saya. Dengan penantian kelahiran baby baru, saya anggap kempen jualan Big Baby Fair ini bagai 'pucuk dicita ulam mendatang'.

Saya juga pasti, para ibu bapa yang mempunyai anak kecil akan tertarik dengan pelbagai tawaran menarik dan diskaun yang diberikan oleh Lazada - salah satu gedung beli-belah online yang popular dan terbesar di rantau ini.
Big Baby Fair oleh Lazada Malaysia - Peluang Jimat Banyak Untuk Produk Bayi Sebagai seorang bapa yang setuju dengan gaya hidup yang mementingkan penjimatan dan perbelanjaan secara berhemah, saya sangat mengalu-alukan kempen ini. Anda bagaimana? Takkan tak teruja kot?

Dengan peningkatan kos sara hidup, anda sewajarnya merancang dengan lebih baik dalam membuat sebarang pembelian. Saya dapat lihat matlamat ini cuba dijayakan oleh Lazada menerusi kempen ini. Ia satu kempen menarik dari Lazada khas buat ibu b…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Tukar Password Streamyx dan TM WiFi Secara Online

Cara tukar password Streamyx dan Wifi secara online. Saya sebenarnya dah lama nak kongsikan mengenai tatacara untuk tukar kata laluan (password) streamyx serta TM Wifi secara online. Sebelum ini, saya tercari juga tutorial mengenai cara nak gantikan password lama servis internet Streamyx ini, tapi susah nak jumpa. Jadi, untuk memudahkan saya di kemudian hari, maka saya sediakan panduan ringkas ini. In Sha Allah, ia mungkin berguna untuk panduan rakan-rakan pengunjung dan pembaca budiman yang lain.

Mengapa perlu tukar? Selalunya saya akan tukar password Streamyx dan TM Wifi apabila saya merasakan ada seseorang sudah tahu kata laluan yang saya gunakan untuk akses internet menerusi akaun Streamyx, sama juga dengan TM Wifi. Ia juga adalah langkah saya untuk had capaian internet untuk anak-anak saya apabila nampak lambang TM Wifi yang disediakan di sesetengah lokasi. Al maklumlah, anak-anak sekarang dah pandai guna gajet sendiri. Bila tahu ada lokasi akses TM Wifi, mulalah mereka berdampin…