SID 2017 atau Safer Internet Day adalah satu inisiatif global yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu baru muncul dalam talian, melalui satu topik yang mencerminkan kebimbangan semasa. Inisiatif ini diketuai oleh UK Safer Internet Centre, dan telah menjadi antara event penting untuk organisasi, media dan yang terlibat dengan kandungan online di internet. Ia telah berjalan selama lebih sepuluh tahun dan kini dirayakan di lebih daripada 100 buah negara di dunia termasulah Malaysia.

Pada tahun ini (2017) SID disambut pada 7 Februari dengan tema 'Be The Change - Unite for a Better Internet'. Di Malaysia, program ini telah dimulakan dan diusahakan oleh Cyber Security Malaysi. Tahun 2017 adalah merupakan tahun kelapan pembabitan Malaysia dalam #SaferInternetDay.

SID 2017 - Bersatu Untuk Internet Yang Lebih Selamat

SID 2017 - Be The Change: Unite for a Better Internet
Untuk tahun 2017, SID 2017 yang digerakkan MOSTI telah mendapat kerjasama bersama RTM dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini adalah kerana fokus utama sambutan pada tahun 2017 adalah untuk memastikan konten di internet selamat dan jauh dari membawa mudarat kepada masyarakat terutama sekali untuk golongan muda serta pelajar.

Mereka antara pengguna media sosial yang paling mudah dipengaruhi dan paling senang menjadikan sesuatu yang ada di internet tular.

Saya memetik sumber CyberSecurity Malaysia ...

Pengguna internet digesa agar menjadikan internet sebagai platfom pengumpulan ilmu yang berguna. Selain itu, mereka juga harus mengamalkan tatacara penggunaan internet secara positif dan beretika serta bertanggungjawab terhadap sesuatu tindakan yang diambil terutama dalam penyebaran dan perkongsian maklumat serta visual.

Gesaan tersebut dibuat oleh YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sempena Safer Internet Day’ 2017 yang disambut di seluruh dunia pada hari ini (7 Februari 2017) dengan tema Be The Change: Unite For A Better Internet.
.

Ini Satu Tanggungjawab Sosial

Saya sebagai seorang blogger sepenuh masa, dan juga penulis konten online di media sosial; saya terpanggil untuk turut sama dalam kempen ini.

Saya merasakan sudah semakin banyak gejala yang membimbangkan telah berlaku di dunia internet. Malah, saya sendiri tidak nafikan pernah tersilap langkah sehingga ada di antara konten yang telah memudaratkan orang lain.

Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak informasi yang telah menjadi tular di internet, samada menerusi blog, media sosial mahupun aplikasi seperti WhatsApp dan juga Telegram. Dan agak malang, banyak informasi tersebut tidak benar, dan sekadar mahu mendapat populariti (mahu dapat likers dan followers).

Malah, perkara paling membimbangkan ialah, terdapat segelintir daripada kita yang telah mencuri identiti dan gambar orang lain menerusi laman sosial seperti Instagram untuk meraih jumlah followers dan mendapatkan ribuan likes di akaun Instagram mereka.

Ada pula yang menyebarkan gambar, informasi dan kandungan yang mengaibkan sehingga memudaratkan orang lain.

Adakah anda seorang yang bertanggungjawab dan mahu memastikan bahawa internet di Malaysia adalah selamat dan menjadi lebih baik serta bermanfaat untuk semua?
SID 2017 - Be The Change: Unite for a Better Internet
Mari bersama saya dan ramai rakan online saya yang lain termasuk blogger terkenal, selebriti online, para pendakwah, usahawan internet, dan pemilik-pemilik fanpage viral di Malaysia menyatakan sokongan dan ikrar (vow) #SaferInternetDay #SID2017 ini.
Going viral is not just about getting your content across to all, however, it is about sharing it to the right person. 2017, is the year for netizens to be wiser and more responsible users. Disseminating the knowledge of best practices for ethical and authentic viral sharing, is the primary objective of the Safer Internet Day: The Malaysian Chapter.

Mahu Jayakan #SID2017 - Unite for a Better Interner?

Apa yang perlu anda buat ialah ...

Muat turun salah satu daripada gambar #MyViralVow di bawah, kemudian kongsikan di media sosial anda atau blog anda sebagai ikrar bahawa anda mahu memastikan bahawa internet ini selamat untuk semua. Tak pasti cara nak lakukan? Lihat sahaja contoh yang diberikan.
#myviralvow #CyberSafe #SID2017
#MyViralVow #CyberSafe #SID2017
#SID2017 #MyViralVow #SaferInternetDay
SID2017 - Be The Change: Unite for a Better Internet
#MyViralVow #SaferInternetDay #SID2017 #CyberSafe
Contoh yang boleh anda ikuti untuk gunakan imej banner di atas untuk kempen SID2017 ...jangan lupa untuk letakkan hastag berikut pada keterangan gambar anda - #MyViralVow #SaferInternetDay #SID2017 #CyberSafe.
#CyberSafe #SID2017 #SaferInternetDay
SID2017 - Be The Change: Unite for a Better Internet

Untuk lebih maklumat mengenai #SaferInternetDay di Malaysia, layari http://www.cybersafe.my/saferinternetday/

Kredit Gambar: CyberSafe Malaysia
 

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. facebook pn pening nk tapis benda ni... harap berjaya laaa

    BalasPadam
  2. Bagus juga ada kempen mcm ni.

    Lebih ramai yang sedar tanggungjawab di media sosial dan blog.

    Jari memang kena buat mcm tu ke bro? hhuhu.

    Comel lah budak sekolah baju putih tu. hehe.

    BalasPadam
  3. Ya. Kita bertanggubjawab dengan apa yang kita kongsikan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement