Adakah anda mencari satu laman web yang boleh perdengarkan bacaan Al Quran yang betul, lengkap dengan terjemahan dan juga penerangan berkaitan sesuatu surah? Quran.com, sebuah laman web yang menyediakan 'servis' ini secara percuma. Malah, ia juga terdapat dalam versi muat-turun di Google Play Store anda juga Apple App Store. Boleh dapatkan ia di sini - https://quran.com/apps

Jika anda mencari sebuah laman web yang dapat perdengarkan alunan ayat Al Quran secara online, secara streaming .. maka, saya syorkan anda buka laman web Quran.com ini.

Ciri-Ciri Menarik Dalam Quran.com

Quran.com - Web Streaming Bacaan Quran Beserta Terjemahan
Saya suka buka dan perdengarkan alunan bacaan Al Quran ini di kala saya kesempitan idea untuk menulis sesuatu yang boleh memberikan inspirasi pada orang lain. Kadang, apabila fikiran saya jadi tepu .. saya buka laman web Quran.com ini untuk menenangkan diri.

Jika anda seorang blogger, bagus untuk anda menulis entri atau blog post sambil dengar bacaan ayat-ayat suci Al Quran ini. Ia akan elakkan anda dari menulis sesuatu yang boleh mendatangkan mudarat. Bukankah sebagai penulis blog anda mahukan orang yang membaca blog anda mendapat manfaat terbaik?

Laman web Quran.com menyediakan ciri-ciri berikut:
  • Bacaan Al Quran secara streaming dengan alunan yang menyenangkan hati, dan menusuk kalbu.
  • Maksud untuk setiap huruf, baris ayat yang dialunkan.
  • Terjemahan setiap ayat dalam pelbagai bahasa termasuklah Bahasa Melayu.
  • Info dan sejarah latar belakang setiap surah.
  • Boleh ubah setting dari segi sumber pembaca (reciter)
Quran.com - Web Streaming Bacaan Quran Beserta Terjemahan
Quran.com - Web Streaming Bacaan Quran Beserta Terjemahan
Memang best. Anda bukan sahaja dapat perdengarkan alunan bacaan ayat Al Quran yang lunak, tetapi boleh belajar tiga bahasa secara tidak lansung - hanya dari satu paparan ayat Al Quran, iaitu Bahasa Arab, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris - kalau anda orang Malaysia lah ...

Ada pelbagai pilihan bahasa yang boleh dipilih. Jadi, bukan setakat tiga bahasa, anda boleh belajar lebih bahasa dari tu ...

Fahami Dengan Mudah Maksud dan Terjemahan

Anda juga boleh ketahui maksud dan terjemahan, anda juga akan dapat tahu asal-usul sesuatu surah itu diturunkan, peristiwa yang berlaku dan signifikasi surah tersebut dalam kehidupan sekarang. In Sha Allah, seribu satu macam manfaat anda boleh dapat menerusi laman web Quran.com ini.
Quran.com - Web Streaming Bacaan Quran Beserta Terjemahan

Kesan Ke Atas Diri ...

Setiap kali saya buka laman web Quran.com ini, hati saya pasti jadi sebak. Bagi seseorang yang bukan dari golongan yang tahu mengenai agama, saya rasakan banyak betul kekurangan yang ada. Insaf dibuatnya. Ya, saya bukan seorang yang baik, ada pelbagai jenis dosa telah saya buat. Dosa pada ibu, dosa pada abah, dosa pada adik, dosa pada isteri, dosa pada anak .. apatah lagi dosa pada Tuhan.

Tak campur lagi dengan dosa-dosa yang selama ini dilakukan tanpa fikir, dosa menyakitkan hati orang lain, dosa menyakitkan haiwan .. dosa pada alam sekitar. Dosa dengan menulis blog !!


Hebat ayat Al Quran. Tetiba saya terasa rugi yang amat besar apabila selama ini mengabaikannya dalam kehidupan. Jika dulu, saya ada sahabat-sahabat dekat yang sering berdamping dengan Quran, tapi kini tidak lagi ... masing-masing sudah ada haluan sendiri yang tak mampu saya nak ikuti.

Adakala bagai mahu menitiskan air mata apabila memikirkan akan pengakhiran saya dan keluarga nanti. Ya, bergenang juga air mata ... hanya dengan dengar alunan merdu bacaan Al Quran streaming ini. Allahu Akbar.
[Baca] Mahu Amri Jadi Hafiz Quran, Saya Hantar Belajar ke SMKA TMUA
Alangkah beruntung mereka yang dapat membaca Al Quran dengan lancar, fahami maksud yang disampaikan ayat-ayat Allah S.W.T ini. Dan makin beruntungnya mereka ini jika hidup mereka adalah sebuah hidup dengan Al Quran.

Untuk mengetahui perkembangan laman web Quran.com ini, anda boleh lihat di bahagian developement - Quran.com - Developement and Contribution

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement