Dalam memahami hati lelaki, ada banyak perkara bagi seorang perempuan perlu ambil tahu. Lelaki juga adalah makhluk yang kompleks. Walaupun tak ada waktu-waktu menstrual ... tetapi lelaki juga ada pasang surut emosinya. Dan perkara yang paling utama yang perlu perempuan tahu tentang lelaki ialah ketinggian egonya.

Ego lelaki memang sukar nak dipastikan had dan batas. Ia bernisbah dengan situasi, seandainya situasi atau isu itu boleh diterima akalnya, maka egonya pun boleh dilaras ke tahap yang boleh diterima. Perempuan sering menjadi mangsa ego lelaki. Kerana ego lelaki yang bersifat ingin menakluk, ingin memerintah, ingin memimpin, dan macam-macam lagi ... perempuan sering dijadikan 'hamba' dan bahan lampias keegoan.

Jadi bagaimana untuk memahami insan bernama lelaki yang tinggi ego ini?

Lima Pedoman Utama Untuk Seorang Wanita Mengenali Lelaki

Tips dan Pedoman Untuk Wanita Kenali Lelaki

1. Terima Lelaki Agar Dia Menerima Anda

Jangan ubah lelaki yang anda kenali, terima dia seadanya. Dia mungkin bertubuh sasa tetapi bukan berhati perkasa. Dia mungkin penuh macho tetapi belum tentu sanggup menemui keluarga anda. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda

Agak sukar sebenarnya untuk mengubah perangai lelaki. Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan

Tips dan Pedoman Untuk Wanita Kenali Lelaki
Seseorang tidak akan membuat perubahan pada dirinya jika dirinya sendiri tidak mahu mengubahnya. Ia juga perlukan keikhlasan dan kejujuran. Sejauh mana kuatnya keikhlasan dan jujur untuk berubah itu yang akan memastikan lama mana perubahan itu kekal. Untuk mengubahnya menjadi yang lebih baik, adalah lebih baik memujuk dengan cara yang lembut, jangan sesekali menimbulkan kontroversi serta isu. Dan jika anda benar-benar ingin dia berubah, anda juga perlu sanggup untuk mengubah diri anda.

4. Sanggup Memberi Untuk Menerima

Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.
[Baca] Tips dan Cara Memikat Lelaki dari H.M Tuah Iskandar

5. Percaya Untuk Dipercayai

Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

Saya harap perkongsian ini akan membantu gaya hidup seorang wanita untuk lebih mengenali lelaki. Anda mungkin akan menyangkal beberapa perkara, tetapi itulah ... jalan hidup tak sama... panduan dan pedoman ini mungkin berguna, mungkin tidak.
[Baca] Gadis Cantik Ini Dedah Rahsia Atasi Putus Cinta
Jika ya, sudikan kongsi kepada rakan wanita anda yang bermasalah dengan lelaki. Manalah tahu, dengan tips yang saya berikan ini akan cepat-cepat ketemui jodoh... huhu...

Sumber: Komuniti VF

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement