Awek Cantik Ini Berikan 5 Cara Atasi Putus Cinta Buat Si Gadis

Apa perlu anda buat jika anda putus cinta? Terutama sekali untuk si dara. Sejauh pengetahuan yang saya ada, biasanya gadis yang putus cinta, pastinya akan menangis gila-gila, frust menonggeng kerana cinta telah terputus di tengah jalan. Panas disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Kadang nampak tiada apa yang berlaku, namun dalam hati tiada siapa yang tahu.

Ada gadis apabila putus cinta, dia akan makan sebanyak mungkin, kononnya mahu menghilangkan rasa kesedihan dalam diri. Tetapi, apa berlaku ... selepas dah semakin pulih, saiz tubuh badan pula yang bertambah-tambah. Dulunya rasa diri ada rupa paras bertubuh cantik, tetapi kini ... hmm ... paling menyedihkan, selepas rasa frust menonggeng hilang, tubuh badan pula mendapat penyakit, uh aloh ... kasihan.

Tolong jangan siksa diri kerana cinta seorang lelaki. Lelaki adalah seorang manusia yang asal-usulnya sama; dan tanpa ragu-ragu tetap akan berakhir di tempat yang sama sebelum ditiupkan roh untuk bangkit sekali lagi mengadap Maha Pencipta.

5 Cara Atasi Masalah Putus Cinta Untuk Si Gadis

Saya mahu kongsikan satu penulisan yang jujur dan benar dari seorang kenalan, seorang gadis cantik yang pernah merasa kecewa di dalam percintaan. Nama gadis cantik yang berusia hampir 30 tahun ini ialah Naziha (bukan nama sebenar), dikenali oleh saya sebagai Naz.

Ikuti penceritaan oleh Naz ini ...

Couple clash....couple clash... adalah asam garam dalam dunia percintaan. Kalau nak hidup ceria dan happy selalu... jangan putus asa untuk bangun dan bercinta kembali. Sedih tu memang sedih, tetapi hidup kena always happy... barulah hati happy dan ion-ion positif masuk ke dalam badan, jadilah awet muda ... huhuhu, betul tak?

Ok Naz kongsi sikit apa yang Naz dah buat untuk move on dari cerita sadis Naz dengan satu hamba Allah ni. Hensem memang hensem, tinggi, wangi, pembersih, gagah bukan sado, jantan, hidung mancung dan senyuman dia alahaiiii... ok ... ok .... jangan cerita banyak.

Memang ini ketentuan Allah. Naz anggap ia bukan jodoh, jadi menangis sedikit tidaklah mengapa. Mungkin ada yang lain sedang menunggu diri Naz. So takyah nak buniuh diri sangat or kelar tangan bila putus cinta, baik cuba ikut beberapa nasihat ini, in Sha Allah ia berhasil. Ia membantu diri Naz, tentu juga ia akan membantu mereka yang hadapi masalah putus cinta yang sama. Apapun, kesedaran diri itu penting.. and always be humble dengan semua orang, termasuklah kepada Abang Hasrul yang akan publish pengalaman Naz ini di blognya yang semakin popular tu .. :)

Pertama - Kembali kepada Tuhan, Maha Pencipta

Apabila dah kena dump dgn lelaki ni... mulalah macam2 anasir2 syaithon masuk dalam kepala.. so ingatkan diri balik, kita ni hamba Allah. Kita tengah happy Allah uji, kita tengah sedih pun Allah uji. So ini memang ujian. So bangun dan buktikan yang ko boleh hadapi ujian ni. Takat SPM boleh lepas takkan ujian camni tak bleh lepas, ye dak?

Jadi, banyakkan berdoa pada Tuhan. Mohon dan minta diringankan rasa sedih dalam dada. Sebabnya masa tu memang dada tak boleh nak bernafas dah. Rasa sesak sbb kite dah bg sehabis baik masa dgn mamat tu..tbe2 kena tinggal gitu je... hadehh!! doa byk2..solat taubat penting... solat la semua solat sunat yg ko tahu.. bangun malam tahajud jgn lupe. jgn nak dok meleleh kat atas bantal je. xde guna.. xyah up status maki2..sedeh2.. buatpe? xdpt ape... pompan mmg gitu... sedeh sket up status fesbuk.. puii!! takyah buat lagu tu.. ngadu kat Allah..nangis kat Dia.. sbb Dia rindukan kamu.... ohmennn~~ sebak plak...teringat that night xleh tido xleh makan...seminggu xsentuh nasi... mata bengkak.. semua gara2 makhluk bernama LELAKI...

Kedua - Lagu Berhantu

Haa...ni kompom! kalau dah frust tonggeng memang wajib play balik lagu2 dlm fon. lagu2 sendu... ok. untuk move on, jangan sekali2 takut nak dengar lagu yg reminds you back of him and moment2 korang bersama. jangan takut. kalau nak baik cepat, please dengar je. lagu2 tangkap leleh korang dulu..masa korang fefeeling romantic.. dengar je.. replay sampai ko rasa nk muntah..dengar je sampai satu masa ko akan tersengih sorang2 bila dengar lagu tu. itu tandanya ko dah ok. lagu yg aku replay hari2 dua album rihanna, satu album taylor swift, satu album ed sheeran... memang gi opis balik opis aku buat bnde sama. just nak bagi hati aku keras kental dan susah nk ronyok.. tak tau asal aku buat cmni...tapi memang berbaloi... try la weh!!

Ketiga - Member Tak Ada Mulut

Ok. ini kira penting jugak. sebab jangan sekali2 korang pergi kat member yg acah2 terer bagi nasihat percintaan padahal die pon xde boifren.. ko kena pergi kat member ko yg ko paliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiing trust dan member tu mestilah yg xde mulut dan hanya ada 10 telinga sahaja. ya! 10 telinga.!! sebab bila ko nak nangis kat die..cerita kan pejadah yg terjadi so ko tak boleh cerita kat member yg acah2 terer ni. sbb kalo die bg nasihat die, mmg anasir2 syaithon tadi akan bangkit dan suruh ko rebut balik jantan tu. siyes aku cakap. benda fakta yg boleh fucked up kan hidup ko later. so cari member yg dengar je cerita ko and angguk. dan paling penting yg boleh terima segala carutan ko tu nanti. siyes cakap benda ni penting dan mustajab.

just tell him or her semua yg terbuku dalam hati ko. niat jahat ko ke ape ke...cerita je kat die... tapi member ni kena pandai... di akhir penceritaan nanti, kena bg nasihat INGAT ALLAH. haaa itu twistnye... masa aku kena, aku dapat dua2. yg takde mulut dan yg ada mulut. dan aku dapat buat perbandingan yg aku paling xsuka org bagi idea kat aku bile aku tgh patah hati...aku paling tak suka bile aku tgh frust nangis2 member tu kutuk2 ex kite.. please.. daripada jd ok, rasa nyampah timbul tau tak... huhuhu biasala ..pompan kannn... so better dengar je masalah org tgh frust instead of bg cadangan idea or whatever~

Keempat - Barang-Barang Diberikan, Sila Simpan

Of course ko dapat banyak barang2 dari dia kan...soo suwiitt~~ jangan buang eh... typical malay drama mmg akan buang semua... hello!!! bazir ok! bazir kawan syaithon! ingat tu. so what i did was..kumpul semua brg2 yg die pernah bg then bungkus masuk dalam plastik... and simpan dalam almari...jgn bukak2 until korang nak pindah rumah. dengan cara macamtu at least ko tak nampak kelibat dia or teringat kt dia sangat... cuba buat.. jgn byk bunyik!

Kelima -Tulis

Step ni agak leceh sket.. sebab kena tulis... tapi kalo xnk tulis,ko bajet IT people sangat, so boleh type and save it in ur hp. or u can record ur voice too. ok. masalah aku ni satu je... aku suka teringat kat dia... honestly speaking, even aku buang air besar pun aku teringat kt die... so aku nk stopkan benda ni. xnk lagi teringat2 kat laki orang. so everytime aku kt mana2 pun..tgh buat apa2 pun..if aku tbe2 teringat moment aku dgn die, aku akan capai pen and kertas and tulis moment tu. tak kira masa aku tgh meeting ke driving ke aku tulis je... so setakat ni aku dah stop tulis.. dah smpai 145 moment yg aku asyik teringat... korang tulis je.. kalau moment tu repeat dua kali pun takpe..tulis je.. motifnye,bila teringat je ko tulis... sebab bila smpai satu tahap ko akan terlupa nak tulis dan ko xheran dah nk tulis... itu tanda positif langkah ni berhasil.. so bile ko dah setel...amek kertas tu, bagi kat member ko yg xde mulut tadi tu.. suruh die baca, telan..hadam.. suruh la die buat apa2 pun. yg penting ko dah lapang dada, lega and tak terlalu teringat kat die.

ok paham?kalau nak berjaya, jangan jadi pemalas. kalau pemalas, mmg patut mamat tu tinggalkan ko. opps!!
Amacam? Sekianlah sahaja apa yang diceritakan oleh Naz kepada saya. Panjang email dia ... awal mulanya saya nak edit serba sedikit, tetapi itulah .. bahasa orang muda tak sama dengan bahasa orang yang dah berumur macam saya. Gaya penulisan tak sama ... saya minta si Naz ni publish di blognya, tetapi dia kata tak ada orang baca blog dia, dan blog dia tak popular .. uhh ..huhuhu...

Apapun, saya fikir perkongsian oleh Naz ini sesuatu yang agak baik. Tak gitu? Apa pendapat anda?

3 comments.. read them below or add one

yang baik yang baik April 26, 2016
tragis sungguh cara dia kan... terharu ada rasa nak guling2 macam kat padang pasir pun hado jugak.... hohohoho
yang baik yang baik April 26, 2016
ehhh... apasal akak sorang jer yang komen kat sini. dah 22 jam kot... ker akak jer yang pasan nieh... aduhhh
Doublesided Kromozom Doublesided Kromozom April 27, 2016
hahahaha!!! bile cinta dah buta, mata buta, kaki tangan semua dah buta..mcmni la kak hahaha apepon xnmpk.. kena pulak tinggal mcmtu.. alhamdulillah semua ni ada hikmahnya hehe.. jom guling sama2 jom jom

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.