Ada pengguna WebeMobile yang tak tahu cara nak dapatkan bil Webe ehh? Ok, sebagai salah seorang pengguna Webe, saya nak kongsikan cara untuk dapatkan bil Webe ni. Penting untuk dijadikan rujukan dan manalah tahu kot-kot anda nak claim rebate GST ... dan juga claim cukai LHDN.

Ya, anda boleh claim untuk individual tax relief 2017. Kalau anda tak perasan, sesetengah telco ada beritahu perkara ini dalam bil terkini telefon anda, so perhatikan ye. Itu sebab saya kongsikan cara nak dapatkan bil Webe ni, sebab kalau dah boleh claim untuk pelepasan cukai pendapatan, kenalah simpan bil ini baik-baik.

Cara Nak Dapatkan Bil Webe (Unifi Mobile) Untuk Claim Pelepasan Cukai Pendapatan

Cara Nak Dapatkan Bil Webe

Update penting. Rasanya ramai yang tak tahu bahawasanya Webe kini dikenali sebagai Unifi Mobile. Sekiranya anda merupakan pengguna Unifi, boleh terus masukkan akaun Webe lama anda ke dalam maklumat akaun di Unifi.

Penyata bil telefon anda boleh didapat menerusi dua cara, iaitu menerusi laman web Self-Care Unifi dan juga menerusi aplikasi Self-Care Unifi. Ianya boleh dimuat-turun secara percuma di Google App Store.

Untuk dapatkan bil secara online menerusi Unifi Self-Care .. ikut langkah berikut:

1. Login ke akaun Webe atau kini dikenali sebagai Unifi Mobile - Klik Sini
2. Masukkan email dan juga password anda. Klik butang 'login' yang tersedia.
Cara Nak Dapatkan Bil Webe

3. Pilih menu 'Self-Care - Bills' seperti ditunjukkan di bawah ini. Anda akan diperlihatkan butiran akaun utama anda. Untuk semakan bil lain, pilih di bahagian 'account type', dan nombor telefon Webe yang didaftarkan.

Cara Nak Dapatkan Bil Webe

4. Lihat pada senarai bil Webe anda. Klik 'View/Print' untuk paparkan butiran bil Webe untuk bulan tersebut, kemudian anda boleh cetak. Paparan bil Webe anda akan nampak seperti di bawah ini ..
Contoh bil atau penyata cukai Webe

Jika anda setakat nak semak bil Webe anda, anda boleh gunakan aplikasi Self-Care Webe sahaja. Menerusi aplikasi dalam smartphone, anda cuma boleh view sahaja, tak boleh nak cetak. Jadi, nak tak nak .. kalau anda nak dapatkan bil Webe dalam bentuk lebih detail, kena login ke laman web Webe Self-Care.

[Baca] Hasil Semakan Kelajuan Webe 4G LTE

Jika anda baru pertama kali nak login, pastikan anda daftar dulu. Bila daftar, anda mesti memasukkan alamat email yang betul, sama seperti semasa anda daftar untuk dapatkan Webe hari tu. :)

Ok. Semoga pengisian ini bermanfaat, khusus untuk pengguna WebeMobile.

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Dalam bill webe ni...dia include everything ke?tmasuk call wassap or wechat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. call whatsapp dan wechat tak ada dimasukkan sbb ia termasuk dalam penggunaan internet/data.

      Padam
  2. bila klik 'klik sini' selepas login page yang keluar page 'Unifi'bukan 'webe'. bila pergi 'self care' tak ada item 'bill'. so tak boleh dapat 'billstatement' macam tuan punya di atas.

    BalasPadam
  3. Bil saya berangkai ..sekarang saya nk asingkn nombor berkenaan .

    BalasPadam
  4. Itu sy dh tahu dekat self-care cuma bil yg blh tgk brpe bln je kalau nk cek bil yg Lama x boleh ....

    BalasPadam
  5. saya telah biau kat klik sini.. tapi g ke page unifi..pangkah terus..
    macam mana nak dapatkan bil webe ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bil webe dah jadi UNIFI MOBILE puan. Webe dah takde, dijenamakan semula oleh pihak TM

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement