Ramai juga yang berminat untuk mendapat plan data WebeMobile ni ehh? Saya ada kongsikan sedikit pengalaman menggunakan Webe di Instagram dan juga Facebook, saya dapati ramai yang bertanya dan memberikan respon mahu tahu lebih lagi mengenai Webe ini. Al maklumlah, saya merupakan antara pengguna plan data WebeMobile yang paling banyak komplen .. hahaha.

Antara banyak persoalan yang diajukan kepada saya ialah mengenai keupayaan Webe ini memberikan kelajuan (speed) data 4G LTE dan juga dari segi coverage. Sebagai salah seorang yang sedang menggunakan servis WebeMobile ini, saya akan tunjukkan kepada anda semakan kelajuan (speed) Webe 4G LTE ini yang telah saya rakamkan.

Hasil Semakan Kelajuan (Speed) Webe 4G LTE di Parit Buntar, Nibong Tebal dan Bandar Baharu

Semak Speed Webe 4G LTE
Bagi seorang blogger sepenuh masa seperti saya, kelajuan data memang penting. Saya sering menggunakan mobile data untuk mencari bahan untuk penulisan saya - samada video mahupun gambar.

Aplikasi seperti WhatsApp, Telegram, FB Mesengger, FB Group, FB Page, Instagram, YouTube, Lazada, Traveloka dan Waze adalah antara yang kerap saya gunakan, dan aplikasi-apliksai ini comsume data agak tinggi.

Saya memilih untuk menggunakan WebeMobile sebab ia menawarkan servis data tanpa had (mobile data) dengan kelajuan maksima menggunakan 4G LTE. Maka, secara teorinya .. plan postpaid WebeMobile memang memenuhi keperluan dan penggunaan saya.

Saya sudah menggunakan plan postpaid Webe ini hampir sebulan (bermula dari 15 Januari 2017).

Speed Webe 4G LTE di Kawasan Nibong Tebal, Parit Buntar, Bandar Baharu, dan Ipoh

Ok. Sekarang saya nak kongsikan kepada anda, hasil semakan kelajuan (speed) mobile data daripada plan pascabayar (postpaid) WebeMobile 4G LTE ini setelah menggunakannya menerusi telefon Oppo R9s terbaru. Semua semakan ini dibuat di beberapa lokasi berbeza sekitar Nibong Tebal, Penang; Parit Buntar, Perak dan juga Bandar Baharu, Kedah.
Semak Speed Webe 4G LTE
Speed Webe 4G LTE di Kawasan Nibong Tebal, Parit Buntar, Bandar Baharu, dan Ipoh
Speed Webe 4G LTE di Kawasan Nibong Tebal, Parit Buntar, Bandar Baharu, dan Ipoh
Amacam? Apa yang sedang berlegar di fikiran anda sekarang selepas anda lihat result hasil semakan kelajuan Webe ini pada telefon Oppo R9s saya? Untuk info, telefon Oppo ini adalah telefon yang disahkan sebagai Webe-Certified smartphone.
[Baca] Senarai Smartphone Sah Webe-Certified
Saya menggunakan aplikasi OOKLA Speedtest untuk semak speed Webe 4G LTE saya ni. Dan jika anda perasan, semua keadaan di atas berada dalam 4G LTE .... hurmmm ...

Nah lagi result ..  yang saya peroleh dari dalam kediaman rumah saya di Nibong Tebal .. huhu...
Speed Webe 4G LTE di Kawasan Nibong Tebal, Parit Buntar, Bandar Baharu, dan Ipoh
Speed Webe 4G LTE di Kawasan Nibong Tebal, Parit Buntar, Bandar Baharu, dan Ipoh
Fuh .. frust saya dibuatnya. Kebanyakan masa, telefon saya hanya dapat kelajuan 4G LTE Webe di bawah 5Mbps !!

Antara lokasi percubaan untuk menyemak speed Webe 4G LTE ini ialah di kawasan perumahan rumah saya iaitu di Nibong Tebal, dan juga beberapa lokasi sekitar Parit Buntar, Perak dan juga Bandar Baharu, Kedah.

Saya juga dah buat test atau semakan speed Webe di kampung saya iaitu Batu Gajah, Perak dan juga Parit, Perak. Dua-dua tak berjaya capai kelajuan 4G LTE.

Cuma ada beberapa kali saya terima kelajuan sehingga 20Mbps untuk WebeMobile ini ... itupun, saya perlu berada di kawasan tertentu yang spesifik. Kalau keluar je dari kawasan tu, terus speed Webe ini akan menjunam turun. Malah, ada ketika, telefon saya mencatat network-error ... uhh sadis betul.

Di bawah ini adalah semakan speed Webe 4G LTE di Ipoh.....

Speed Webe 4G LTE di Kawasan Nibong Tebal, Parit Buntar, Bandar Baharu, dan Ipoh

Walaupun telefon saya gagal mendapatkan kelajuan mobile data Webe yang diharapkan, saya masih lagi boleh mendapat coverage di hampir semua tempat yang selalu saya pergi, termasuk di kampung saya. Tak berjaya dapat 4G LTE, tapi masih lagi boleh 3G (H+).

Walaupun agak kecewa dengan kelajuan 4G LTE yang saya sangat harapkan pada plan data WebeMobile ini ... dalam masa sama, saya lega sebab coverage Webe ini boleh diharapkan.

Kenapa Saya Pilih Webe?

Ok. Sekarang anda dah tahu mengapa saya pilih WebeMobile untuk plan postpaid telefon saya.

  1. Plan data tanpa had
  2. Keupayaan kelajuan maksima mobile data dengan 4G LTE (jika di kawasan tertentu)
  3. Coverage yang meluas sebab disokong oleh Celcom
  4. Boleh terminate bila-bila masa tanpa kontrak
  5. Harga plan postpaid - RM79 (tidak termasuk GST)

Untuk pengetahuan anda, saya mendapat tawaran servis plan data tanpa had WebeMobile ini tanpa bayar deposit atau apa-apa pendahuluan pun. Ia ditawarkan kepada saya sebagai salah seorang pengguna Telekom Malaysia (TM) daripada TM Center menerusi satu panggilan telefon.

Aha .. tanpa perlu keluar rumah pun ... pihak TM yang uruskan pendaftaran WebeMobile ni, siap saya boleh memilih nombor saya sendiri - iaitu 4 angka terakhir untuk nombor telefon plan postpaid Webe ini.

Dalam masa 3 hari sahaja, saya dah terima simkad daripada pihak TM/Webe. Tanpa lengah, saya terus masukkan ke dalam telefon dan ia serta-merta terus diaktifkan. Alhamdulillah, simkad berfungsi dengan baik.
[Baca] 15 Fakta Perlu Tahu Mengenai Plan Pascabayar WebeMobile
Jadi, seandainya anda mahu mendapatkan Webe ini untuk plan telefon anda, fikirkan apa yang telah saya kongsikan di atas terutama dari segi penggunaan anda, jenis telefon anda, coverage, dan juga bajet anda.
Untuk daftar secara online, boleh klik sini - http://invol.co/clDPQ
Elakkan diri anda dari mudah terpedaya dengan iklan yang dipaparkan.

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

1 Komen :

Digi 4G LTE kat Ipoh aku penah dapat 30mbps ke atas...steady je..fuh..

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.