Saya nak kongsikan sedikit tips bila nak gunakan mesin pengering (dryer) di kedai dobi layan diri 24 jam. Bukan apa, saya tengok ada pengguna dobi 24 jam yang tak berapa nak arif gunakan mesin ni. Kena ingat, mesin ni guna pemanas, dan ada bahayanya tersendiri.

Saya dan isteri sejak dua menjak ni dah selalu guna mesin dryer ini. Memang banyak disediakan di kedai dobi layan diri 24 jam sekitar Parit Buntar ni. Al maklumlah, sekarang kerap dah hujan, tempat sidai kain pun terhad dan isteri saya pula tak berapa larat nak menyidai sebab pregnant.

8 Tips Bila Guna Mesin Dryer Kedai Dobi Layan Diri

Tips Bila Guna Mesin Dryer Kedai Dobi Layan Diri
Ok. Saya nak kongsikan sedikit tips atau panduan untuk gunakan mesin dryer ini. Bukan apa, ia boleh datangkan bahaya jika tidak digunakan dengan betul dan cermat. Anda seharusnya tahu, dryer menggunakan fungsi pemanas. Dan setiap dryer ada kawalan suhunya tersendiri.

Keluarkan Barangan Logam dan Plastik

Anda kena pastikan pakaian anda bebas daripada logam dan plastik yang mudah mencair. Ada pakaian yang mempunyai corak daripada bahan plastik.... yang mudah mencair dan ada kemungkinan terbakar.

Ada kes di mana pakaian berlubang selepas gunakan dryer ini. Jadi, pastikan anda keluarkan barangan logam dan plastik daripada pakaian yang kadangkala tersembunyi di bahagian poket. Asingkan pakaian yang boleh menggunakan dryer.

Keluarkan Barang dari Poket Seluar

Pastikan bahagian poket seluar anda bebas daripada barangan atau sampah. Kadangkala anak-anak suka simpan pembalut makanan ringan dalam poket seluar. Duit syilling pun selalu tertinggal di dalam poket.

Sesuaikan Suhu Dengan Jenis Pakaian

Tips Bila Guna Mesin Dryer Kedai Dobi Layan Diri
Suhu yang terlalu tinggi di mesin pengering boleh rosakkan pakaian anda. Anda perlu alert dengan jenis kain atau pakaian anda sebelum menggunakan dryer ini. Semak label pada pakaian untuk kaedah pengeringan yang sesuai. Jika ia ada sebut tak boleh guna dryer .. maka jangan gatal tangan nak sumbat pakaian tu dalam dryer.

Anda perlu sesuaikan suhu dryer dengan jenis dan jumlah pakaian anda. Jika pakaian yang nak dikeringkan itu sedikit, maka gunakan low temperature. Lihat juga amaran yang diletakkan pada mesin dryer. Setiap mesin ada diberitahu mengenai jenis pakai yang sesuai untuk diletakkan suhu tertentu.
[post_ads]

Pastikan Mesin Dryer Bebas Dari Bahan Getah

Bahan getah adalah benda yang selalu sahaja tersesat dalam mesin dryer, akibatnya ia mencair dan melekat pada pakaian. Isteri saya pernah ada pengalaman tak best ini, getah gelang tangan tersesat masuk ke dalam mesin pengering sampai rosak baju kurung.. kesiannn .. hehehe..

Asingkan Pakaian

Kena asingkan pakaian yang sesuai dan tidak sesuai gunakan mesin dryer. Bukan semua pakaian boleh gunakan pengering untuk proses pengeringan .. anda masih perlu gunakan kaedah lama iaitu menyidai pakaian tersebut di bawah panas mentari.

Paling baik, anda asingkan seluar jeans dengan pakaian yang lain .. sbab kadangkala bila campur sekali .. seluar jeans akan susah nak kering.

Biarkan Dryer Seketika Setelah Selesai Proses Pengeringan

Apabila anda gunakan dryer, ia akan paparkan tempoh atau jangkamasa tertentu. Apabila tamat tempoh tersebut, ia menandakan bahawa proses pengeringan sudah selesai ... tetapi ....

Tetapi anda tidak boleh terus keluarkan pakaian daripada mesin. Anda perlu biarkan beberapa minit, paling tidak 3-5 minit untuk pakaian tersebut jadi sejuk. Anda akan lihat proses ini dinamakan 'Wrinkle Free' pada paparan mesin. Selepas dua tiga kali ia berpusing-pusing dalam mesin, barulah anda keluarkan.

Lagipun, pakaian yang baru lepas guna dryer agak panas. Jadi, kena biarkan dulu sebelum anda boleh terus keluarkan.

Terus Lipat Selepas Keluar Dryer

Ini untuk menjimatkan masa anda dan membolehkan pakaian tersebut berada dalam keadaan kemas dan tidak banyak kedutan.

Sebaik sahaja habis proses pengeringan, anda boleh keluarkan pakaian satu persatu dan lipat terus ke dalam bakul. Tak perlu nak lipat beriya-iya sangat, cukup supaya anda tidak keluar dan campak dalam bakul atau raga. Biar ia tersusun kemas. In Sha Allah, pakaian akan kurang kedut dan anda tidak perlu lagi menyerika pakaian anda.

Ikuti Panduan Diberikan Dari Kedai Dobi

Tips Bila Guna Mesin Dryer Kedai Dobi Layan Diri
Tips Bila Guna Mesin Dryer Kedai Dobi Layan Diri
[post_ads_2]
Kebanyakan kedai dobi layan diri 24 jam akan tunjukkan beberapa panduan gunakan mesin dryer. Ambil masa anda untuk baca dan faham cara guna yang betul. Jangan hanya melihat gelagat dan kelakuan orang lain, dan anda hanya ikut sahaja .. ia boleh mendatangkan mudarat kalau anda tidak ambil peduli.

Setiap mesin dobi, dan mesin pengering ada fungsi khas dan tidak sama. Jadi, sila alert benda ni.

Ok. Saya harap tips dan panduan am mengenai cara nak gunakan mesin dryer ini berguna untuk anda. Ingat sebelum kena. Jangan jadi sesetengah pelanggan yang akhirnya menyesal nak guna mesin dryer ni, walhal ia berpunca dari kesilapan sendiri.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Time musim tengkujuh ni memang selalulah pergi dobi layan diri..cuci kat rumah selalu lambat kering huhu

    BalasPadam
  2. kalu aku balik JB je slalu guna, sebelum balik Ipoh, basuh dulu baju.nanti balik rumah takde payah nak membasuh..ehehee

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement