Alhamdulillah, sungguh tak sangka sebenarnya. Paling tak sangka ialah isteri saya dapat mengandung lagi walaupun kami sama-sama sudah berada di umur mencecah lebih 40an.
Dah Mula Shopping Baju Baru Untuk Baby Baru ....
Semasa mendapat berita gembira ini, ada rasa khuatir juga. Yelah, agak berisiko tinggi sebenarnya terutama buat isteri saya untuk mengandung baby baru. Memang ada kajian dalam kesihatan yang mengatakan sedemikian. Malah, kalau anda tanya mana-mana bidan kerajaan, mereka memang tidak menggalakkan si ibu mengandung pada usia melebihi 40 tahun.Allah Tunjukkan Jalan Pada Kami ...
Pun begitu, apabila ada rasa gusar di hati .. Allah tunjukkan jalan kepada kami berdua. Allah tunjukkan bahawa ramai antara sahabat-sahabat dan kenalan kami yang mempunyai baby baru ketika berusia 40an.Serius. Satu persatu rakan-rakan sebaya kami mewarkan berita gembira bahawa mereka telah mempunyai baby baru dalam keluarga. Tak sangka sungguh, kami tidak bersendirian.
Anak-anak kami juga menyambut berita ini dengan sangat seronok. Masing-masing sudah punyai hasrat untuk menamakan baby baru yang bakal lahir sekitar bulan April 2017 ini, in Sha Allah. Macam-macam nama muncul dari Zikri dan Maira. Tak sangka mereka ada idea kreatif untuk menamakan bakal adik baru mereka.
[Baca] Tips Untuk Mendapatkan Anak - Susu Kambing Dengan KurmaSaya sebagai ayah, mula dah rasa gugup ... Gugup sebab risau skill mengasuh baby kecil dah hilang. Al maklumlah, lama betul meninggalkan tugas-tugas seperti itu.
Cari Barang Baby Yang Masih Disimpan
Bila konfem sahaja isteri saya mengandungkan baby baru .. uhh apalagi, masing-masing punggah balik barangan lama baby yang ada tersimpan. Hmm tak banyak, sebab kebanyakan peralatan dan baju baby dah kami sedekahkan kepada ipar-duai kami. Nak mintak balik .. uhhh .. tak baik buruk siku kata orang tua lelama .. hehehe..Jadi, kami perlu shopping baju dan kelengkapan baru untuk baby baru. Sepertimana diri kami, yang perlu kembali lengkapi diri dengan skill mengasuh dan menjaga baby kecil yang sudah lama ditinggalkan - tujuh tahun .. tujuh tahun weihh ... fuh. Rasa macam pasangan yang baru sahaja berkahwin .. haha.
Shopping baju baru baby macam dipermudahkan pula pada kami. Ada banyak shopping spree yang menawarkan baju baby dengan diskaun dan harga yang murah. Jadi, memang tak jadi masalah langsung untuk kami anak beranak shopping baju baru untuk baby baru.
Bukan setakat jualan di pasaraya besar dan kedai-kedai baby, tetapi juga banyak sales secara online untuk barangan dan produk baby, termasuklah untuk ibu mengandung dan ibu menyusu. Uhh syukur sangat segala perjalanan baru ini dipermudahkan oleh Allah S.W.T.
Online shopping Malaysia seperti Lazada, Zalora, 11th Street masing-masing ada tawaran diskaun untuk produk-produk seperti baju baby newborn, botol susu, pelapik, malah ada diskaun untuk bedung moden untuk baby baru lahir dan macam-macam lagi.
Saya sendiri dah beli lampin pakai buang jenama terkenal menerusi Lazada Malaysia dengan harga yang sangat-sangat murah. Alhamdulillah... dah pun berada di dalam simpanan di rumah dengan selamatnya. Tunggu pun tak lama. dalam 3 hari selepas buat pesanan di Lazada, 'pampers' pun sampai dalam kotak yang besar .. uhh beli boronglah katakan. Lagi best, tiada caj penghantaran dikenakan.
Baju baby baru semua sudah cukup. Dah siap basuh dah .. huhu ... Begitu juga dengan beberapa kelengkapan lain.
Sekarang .. hanya menunggu masa dan ketika untuk baby baru melihat dunia. Semoga isteri saya akan selamat melahirkan anak kami yang keempat.. in Sha Allah, dijangka dalam bulan April 2017.
fuhh tahniah!
ReplyDeleteTerima kasih .... lain macam rasa bila dapat baby di usia2 macam ni .. hehehe
Deletetahniah sifu HH...semoga dipermudahkan
ReplyDeletewahh, tahniah. jgn risau rezeki Allah kan. moga dipermudahkan segala urusan.
ReplyDeletekomplit sekali
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.