Promosi Percutian Awal Tahun 2017. Jangan lepaskan peluang untuk pergi bercuti sepanjang tahun 2017. Ada banyak promosi percutian yang boleh anda peroleh secara online. Antara laman web yang menyediakan promosi percutian dengan diskaun menarik adalah seperti Agoda, Trivago, Hotels.com, Traveloka, AirAsia, Etihad Airways, Qatar Airways, MAS Airlines dan banyak lagi.

Setiap laman web memberikan diskaun percutian yang menarik untuk setiap pengunjung, terutama sekali mereka yang telah mempunyai akaun berdaftar dengan laman web tersebut.

Promosi Percutian Awal Tahun 2017

Saya antara pelanggan yang berdaftar dengan Agoda, Air Asia, Trivago serta Traveloka. Setiap hari saya akan menerima beberapa tawaran menarik seperti diskaun penginapan sehingga 30%, malah saya turut diberikan potongan harga untuk tiket penerbangan dan juga diskaun untuk servis tertentu.

Tempahan Hotel Online Berikan Diskaun Menarik

Untuk tahun 2017 ini, saya dapati kebanyakkan dari laman-laman web ini berebut-rebut untuk mendapatkan pelanggan dan tempahan baru. Pelbagai diskaun serta potongan harga bilik, tiket penerbangan serta baucer promosi diberikan untuk menarik pelanggan.

Kepada mereka yang gemar melancong dan bercuti, inilah peluang terbaik untuk membuat tempahan dan rebut pelbagai diskaun menarik sempena promosi percutian awal tahun 2017. Saya pasti ia akan berbaloi dengan nilai yang anda akan terima.
Promosi Penginapan Hotel di Port Dickson
Seperti di awal post ini, saya ada katakan bahawa saya antara pengguna dan pelanggan setia Agoda dan Traveloka. Setiap kali saya mahu mencari hotel penginapan dengan harga murah, saya pasti akan menggunakan aplikasi Agoda dan Traveloka. Dan kadangkala saya akan juga menggunakan Trivago untuk perbandingan harga hotel terbaik.

Promosi Tempahan Hotel Agoda

Misalnya, Agoda ada menawarkan diskaun dan potongan sehingga 20% untuk penginapan di hotel-hotel tertentu. Menariknya ialah, anda tidak perlu pun menggunakan kod baucer khas untuk mendapatkan diskaun ini, berbeza dengan Traveloka ... jika mahu claim diskaun penginapan atau tiket penerbangan, anda kena rajin untuk selongkar laman web Traveloka itu sendiri.
Promosi Percutian Awal Tahun 2017
Ini untungnya jika anda kaki internet, anda boleh cari dan peroleh pelbagai diskaun best terutama dalam promosi percutian awal tahun 2017.
[Baca] Pengalaman Bercuti di Lexis Suites Penang

Tips Percutian - Tempah Hotel Online

Tips daripada saya, rajin-rajinlah anda masuk ke laman web yang menyediakan servis tempahan hotel online atau servis tempahan tiket penerbangan online ini. Semakin rajin anda masuk, semakin banyak tawaran menarik akan anda nampak. Dan sebaik-baiknya, anda daftar secara percuma dengan laman-laman web ini untuk menjadi antara terawal untuk mengetahui sebarang promosi.
[Baca] Jadual Cuti Umum Tahun 2017
Satu lagi tips daripada saya ialah, setiap kali anda nak buat tempahan .. cuba hold dulu tempahan itu dalam masa 24 jam. Anda mungkin terkejut apabila laman web itu memberikan diskaun dan potongan tambahan untuk anda memuktamadkan tempahan anda .. huhu.



Oh ya, blog saya juga ada masanya menawarkan promosi khas untuk mereka yang gemar bercuti dan melancong. Contohnya apa yang terpapar di atas ni .. promosi dari Agoda yang kadangkal sukar untuk ditolak. Maka, sudi-sudikan diri anda untuk melanggan blog ini dengan mengisi alamat email anda dalam ruangan disediakan di bawah ini.

Bukan setakat promosi dan diskaun khas, anda juga akan ketahui beberapa tips tertentu berkaitan percutian dan pelancongan bersandarkan kepada pengalaman saya sendiri bercuti bersama keluarga. In Sha Allah, tips percutian daripada saya adalah mesra keluarga .... dan memenuhi keperluan bajet sederhana anda .. :)

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Balasan
    1. Perlu bijak memilih dan membuat pilihan. Tapi paling penting ialah buat booking awal, saya dah banyak kali buat dan memang berbaloi .. harga dia JAUHHH SANGAT berbeza.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement