Mee Rebus 3 Rasa Milah Cafe. Uhh .. lapar la pulak bila nak cerita pasal makanan ni .. haha. Tapi, saya nak kongsikan juga tentang Mee Rebus 3 Rasa ni. Mee Rebus 3 Rasa Milah Cafe terletak di Pulau Pinang, dalam daerah Balik Pulau, jalan nak menuju ke Teluk Bahang.

Hmm susah juga saya nak berikan lokasi. Apa yang boleh saya beritahu ialah Milah Cafe ini adalah sebuah gerai kecil tepi jalan di Kampung Sungai Pinang, Balik Pulau. Kalau nak mudah, kena lalu jalan ini pada petang hari Jumaat, sebab ada pasar malam di situ.

Mee Rebus Tiga Rasa Milah Cafe

Mee Rebus 3 Rasa Milah Cafe, Penang
Sebenarnya saya tak rancang pun nak makan di Milah Cafe ni. Ianya secara kebetulan sahaja. Ketika itu, saya bawa famili bersiar-siar cari tempat menarik sekitar Balik Pulau. Lapar punya pasal, saya akhirnya 'tersadai' di gerai tepi jalan ni.

Istimewa Milah Cafe - Mee Rebus 3 Rasa

Mee Rebus 3 Rasa Milah Cafe, Penang
Saya lihat, menu istimewanya adalah Mee Rebus 3 Rasa .. lalu saya pun order. Saya buat pesanan untuk dua orang makan - untuk saya dan anak sulong saya. Manakala wife dan dua orang anak saya yang lain pergi cari makanan di pasar malam yang bertentangan dengan Milah Cafe.

Mee Rebus ni kena pulak dengan selera saya. Sedap. Ada rasa manis, masam dan masin. Manis kerana kuahnya, masam kerana limaunya, masin kerana cucur. Hmm memang cukup segala 3 rasa.
Mee Rebus 3 Rasa Milah Cafe, Penang
Bila makan, ada benda rangup kena layan ... krup krap .. krup krap... tu adalah cucur rangup, dan ada juga tauhu goreng serta telur rebus. Uhh Mee Rebus kalau tak ada telur .. memang tak sah beb .. haha. Limau .. bila diperah ke atas mee ... ia melengkapkan segala rasa.

Habis kami dua beranak melayan Mee Rebus 3 Rasa di Milah Cafe, Kampung Sungai Pinang, Balik Pulau ...

Pun begitu. Wife saya tak berapa nak suka dengan mee rebus ni... huhu ..

Selepas balik dari pasar malam, wife saya sempatlah merasa dua tiga sudu mee ni ... tapi nampaknya selera saya dengan selera wife saya tak berapa ngam untuk Mee Rebus 3 Rasa ni...hoho . . mungkin sebab wife saya dah terbiasa dengan kesedapan Mee Rebus Warung D'Bukit Taiping .. hehehe.
Mee Rebus 3 Rasa Milah Cafe, Penang


2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement