Anda dah tengok iklan TV (TVC) daripada Petronas sempena Tahun Baru Cina 2017 tak? Memang syok kan? Saya suka dengan iklan Petronas ini .. sebab ia kena dengan jiwa saya sebagai seorang rakyat negeri yang banyak lombong, kaki pancing dan ada pengalaman sendiri memancing di lombong-lombong tinggal sekitar negeri Perak.

Kalau anda belum tengok iklan terbaru Petronas sempena Tahun Baru Cina atau Chinese New Year 2017 ini, maka saya syorkan anda untuk layan dari awal sampai habis. Paling best mengenai iklan ini ialah ia ada dibawakan oleh sekumpulan kanak-kanak daripada pelbagai bangsa.

Video Iklan Petronas Chinese New Year 2017

Iklan Petronas Chinese New Year 2017
Video iklan daripada Petronas sempena Tahun Baru Cina 2017 ini telah dimuatnaik di laman YouTube pada 24 Januari yang lalu, dan sehingga post ini .. video tersebut telah mendapat tontonan lebih daripada 500K views.

TVC Chinese New Year 2017 Petronas ini membawakan tajuk "It Came From A Tin Mine" berkisar mengenai seorang budak berbangsa Cina yang berbangga dengan kehebatan ayahnya yang merupakan pemancing tegar.

Nak dijadikan cerita, kawan-kawan budak ini telah ternampak satu pancing yang telah patah yang disebabkan oleh seekor ikan besar yang kononnya mempunyai badan dengan sisik dari timah (tin). Ikan ini sangat hebat sehingga jagoan pemancing pun masih gagal menaikkan ikan ini.

Akibat tercabar, budak lelaki berbangsa Cina ini pun mengajak kawan-kawannya untuk memancing ikan bersisik timah ini yang terdapat di sebuah lombong timah (tine mine) tinggal.

Daripada satu persatu percubaan tetapi gagal sehinggalah mereka menggunakan satu joran istimewa .... :)

Video TVC Iklan Chinese New Year 2017

Meh layan video iklan ini dengan tajuk - "It Came From A Tin Mine"


Apa yang menarik mengenai TVC daripada Petronas mengenai Tahun Baru Cina 2017 ialah .. ia memaparkan sesuatu yang pernah berlaku dalam hidup saya semasa kecil dahulu.

Bermain Happy Family semasa memancing ikan Kalui di lombong belakang rumah opah saya .. memang satu nostalgia. Saya tersenyum melihat iklan ini .. dan ia telah menangkap rasa saya sehingga saya kongsikan di blog saya ini.

Anda? Apa kata anda mengenai TVC terbaru Petronas mengenai Tahun Baru Cina 2017 ini?

p.s: Memang besar ikan Patin yang dapat tangkap tu ....

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement