Kenapa saya selalu pakai topi? Ramai yang pernah jumpa saya akan nampak saya selalu pakai topi. Ada yang beritahu saya, hukum memakai topi adalah haram dari sudut syarak. Benarkah ianya haram?

Sejak dari kecil lagi, saya memang suka memakai topi. Tapi saya tidaklah memakai topi sepanjang masa. Saya cuma memakai topi atas sebab-sebab tertentu. Dan saya ada banyak koleksi topi, yang kebanyakkannya dah ntah kemana-mana .. haha.

Kenapa Pakai Topi? Hukum Segi Syarak?

Kenapa Pakai Topi? Hukum Segi Syarak?
Bila saya dah semakin berusia, saya dah makin kerap memakai topi. Ini disebabkan saya dah kurang rambut ... haha... dan kulit muka saya tak berapa 'suka' dengan cahaya matahari. Kulit muka saya akan jadi kering, dan membuatkan bahagian tertentu di wajah nampak kusam dan menggelupas apabila terdedah dengan cahaya matahari yang panas. Lepas tu, wajah saya akan cepat gelap kalau terkena cahaya matahari terlalu lama.

Sebab Memakai Topi

Jadi, saya bukan pakai topi atas sebab nak berbangga atau menunjuk. Memang ada sebab saya pakai topi.
Kenapa Pakai Topi? Hukum Segi Syarak?
Saya memakai topi sebab nak kurangkan kepanasan pada kulit kepala saya memandangkan saya tidak suka berambut panjang. Apabila pergi ke kedai gunting rambut, saya selalu minta untuk potong rambut 2 inci.

Memang tabiat dari kecik untuk tidak simpan rambut panjang. Ini memang disiplin arwah abah saya terapkan - supaya sentiasa nampak kemas dengan berambut pendek. Lagipun, saya dah tak gusar kalau tak jumpa sikat ... huhu .. hanya dengan jari jemari je saya dah boleh rapikan rambut.

Bila berambut pendek, bahagian kepala saya akan rasa lebih selesa. Tetapi, apabila keluar rumah, saya perlu memakai topi sebab nak elakkan kepanasan pada kepala. Bila panas, saya mudah sakit kepala. Dan satu lagi sebab ialan untuk kurangkan silau pada mata. Tahap silau mata saya agak tinggi. Tu sebab waktu malam bila memandu kereta pun saya akan pakai topi.
Kenapa Pakai Topi? Hukum Segi Syarak?
Kadang saya pergi ke tempat sejuk pun, saya akan memakai topi. Bila hujan renyai atau rintik-rintik pun saya akan pakai topi. Sejuk pakai topi sebab nak elak haba badan hilang sebab suhu yang sejuk. Bila hujan, sebab nak elakkan air hujan kena kepala ... huhu .. bila kena kepala, maka mudahlah nanti saya terkena selsema atau sakit kepala.

Hukum Memakai Topi

Hukum memakai topi adalah harus. Ia boleh jatuh haram kalau kita memakai topi sebab nak menunjuk-nunjuk atau membangga diri. Ia juga boleh jatuh haram andai niat memakai topi untuk menyerupai kaum lain.

Katakan anda memakai topi dengan logo pasukan bola tertentu sebab anda nak berbangga dan menunjuk bahawa anda seorang penyokong bolasepak tegar sekian-sekian pasukan ... jadi, menurut sesetengah ulama ia boleh jatuh haram memakai topi kerana niat seperti demikian.

Pakai topi atas sebab kesihatan, atas sebab nak lindungi kepala dari kepanasan atau mudarat lain, adalah harus di sisi agama.
Kenapa Pakai Topi? Hukum Segi Syarak?
Kenapa Pakai Topi? Hukum Segi Syarak?
Jadi, ingat akan hukum pakai topi ini, dan elakkan daripada memakainya kerana mahu menyerupai sesuatu kaum lain atau atas sebab untuk membangga diri. Bila rasa tak perlu pakai, maka elakkan pakai. Dan pakaian yang lebih baik itu adalah pakaian yang menyerupai apa yang dipakai oleh Nabi Muhammad S.A.W.


In Sha Allah, kita sama-sama beringat.

11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ramai yg pakai topi sebab malas nak stylekan rambut.

    BalasPadam
  2. ooo baru tahu boleh jatuh haram kalau tujuan nak menunjuk yer..nanti kena bagi tahun husband..dia pun suka pakai topi jugak..;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm .. elok kalau nak rasa pasti tanya ustaz .. pastu ada banyak jenis topi. :)

      Padam
  3. saya pun rimas rambut panjang...rambut pendek'simple dan kemas :)

    BalasPadam
  4. Aiyoh nak pakai topi pun kena tanya ustad.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salah satu tips dan petua untuk murah rezeki dan mahu rezeki kita sentiasa diberkati - berpakaian jangan menyerupai kaum lain ... :) samalah macam pakai topi sbb ada topi yang bentuk tertentu tak boleh pakai dalam Islam.

      Padam
  5. Kalau pakai topi santa tu dah menyerupai kaum lain. Tapi ada orang tu dia terpaksa pakai cos permintaan majikan contoh macam staf hotel kena pakai sebab promosi Krismas. Macam mana tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau macam kes saya dulu, kena bawakan botol arak, saya minta supervisor cari orang lain, sbb saya kata Orang Islam tak boleh hidang arak pada orang hatta pada orang bukan Islam .. :)

      Mungkin kena beritahu majikan sebb majikan tak tahu kot. Ini dakwah. Apapun, kalau tak yakin dengan jawapan saya, boleh tanya pada yang arif. Bukan semua orang tahu pasal hukum hakam ni, jadi kena beritahu. Org bukan Islam tahu orang Islam tak boleh minum arak, tak boleh makan babi sebab kita beritahu mereka benda ni terang2 dan jelas2 ... jadi, perkara macam ni pun patutnya kena juga beritahu.

      Padam
  6. topi angry birds tu comel.. btl tu HH pakai topi x haram pun yang haram jika meyerupai kaum lain, mcm topi santa.. tapi sedih ramai je pakai, siap ada tudung then pakai topi tu.. tak tahu nak komen apa..Wallahualam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia pakai just for fun bukan ada niat lain pun.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement