Buah Delima disebut sebagai buah syurga. Ia antara buah yang ada disebutkan dalam Al Quran, selain buah Kurma dan juga buah Zaitun. Alhamdulillah, anak-anak saya memang suka makan buah Delima ni, di sebalik harganya yang agak mahal dan sukar diperoleh. Tapi, in Sha Allah .. kalau anda pergi ke pasaraya besar Mydin, boleh jumpa buah ni.
Tips Memilih Buah Delima Yang Manis
Di Malaysia, ada dua jenis buah Delima yang sering ditemui dan dijual, iaitu yang kulit luarnya berwarna merah, dan satu lagi yang berwarna kuning. Ia juga berbeza dari segi isi, ada yang berwarna merah. ada yang berwarna putih pucat, ada pula berwarna unggu gelap. Perbezaan ini disebabkan origin ia ditanam, dan selalunya untuk buah Delima tempatan, kulit luarnya berwarna kuning pucat, dan isinya berwarna merah.Khasiat Buah Delima
Buah Delima memang banyak khasiatnya. Jika anda ada masalah kolesterol, masalah darah tinggi dan juga masalah jantung, elok makan buah Delima ni. Ia juga bagus untuk peredaran darah dan perkembangan bayi. Maka, kalau ibu mengandung memang elok makan buah Delima ni. Saya sendiri sangat syorkan buah Delima diambil sekurang-kurang sebiji dalam seminggu untuk ibu mengandung.Salah satu khasiat lain yang ada pada buah Delima ialah ia membantu untuk kekalkan kecantikan pada kulit dan wajah. Ia juga bagus untuk mereka yang mahu kuruskan badan secara sihat. Untuk lelaki, boleh membantu mencegah daripada terkena kanser prostat dan juga mengurangkan risiko mati pucuk.
Begitulah banyaknya khasiat yang ada pada buah Delima. Anda boleh google sendiri kalau nak tahu khasiat spesifik buah Delima ni.
Allah SWT berfirman, yang bermaksud "Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan Maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang korma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman," (Al An’am: 99)
Tips dan Petua Untuk Pilih Buah Delima yang Masak, Sedap dan Manis
Ok, sekarang saya nak kongsikan tips mengenai cara nak memilih buah Delima yang bagus, yakni yang masak ranum dan manis. Buah Delima yang kurang masak, bijinya akan sukar nak dikeluarkan untuk dimakan. Jadi, rugi ... sebab dalam setiap biji (isi) buah Delima itu ada hikmahnya.Menurut sesetengah pendapat orang alim, nak makan buah Delima, kena makan sebijik sampai habis kesemua isinya. Kemudian, ada yang kata .. buah Delima tidak boleh dikongsi ... hurmmm ... sebiji untuk seorang. Itu sebab saya tak berapa nak syorkan ambil Jus Delima, lebih afdal rasanya anda beli buah Delima tu dalam bentuk asal dan makan terus dari buahnya.
Untuk kenali dan ketahui buah Delima yang manis dan sedap, anda ikuti petua berikut:
- Cari buah Delima yang kulit luarnya agak buruk sedikit, ada kesan kehitaman seperti jeragat.
- Pilih buah yang bertompok kulitnya.
Kalau anda nak tahu, apabila tiba Hari Natal (Krismas), buah Delima antara buah yang paling laku keras disebabkan ia menjadi antara bahan utama salad untuk juadah makan malam sebelum Hari Krismas (Christmas Eve)
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda, in Sha Allah, saya akan kongsikan kepada anda cara nak kupas buah Delima yang betul. :) Aha .. ada cara istimewa nak kupas buah Delima ni .. tak macam buah Epal atau buah Oren.
Kredit Gambar: Blog Saya Azieera
dah lama x makan buah delima . apapon thanks utk info berguna ni
ReplyDeleteayah saya pun baru2 ni selalu beli buah delima. bagus utk kesihatan katanya. tambahan pula, mak saya diabetes. buah delima ni elok juga untuk org diabetes hehe
ReplyDeletebliur plak tgk buah delima ni..lamanya x merasa.. btw nice info sgt bermanfaat..thks HH
ReplyDeleteTerima kasih. Info macam ni jarang orang kongsikan. :)
Deletebagus tip nih, selalu kalau beli mesti pilih yg kulit cantik j patut la kurang manis. lepas ni boleh la guna tip ni utk membeli buah delima
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.