Wow .. saya pun terkejut dan tak sangka, ehh boleh menang naib johan pulak. Walaupun baru je kenal permainan G-Math, tapi team anak saya berjaya menang tempat kedua atau naib johan dalam pertandingan G-Math peringkat kebangsaan 2016 yang diadakan di Labuan Sabah.

Syabas buat team anak saya dari SK Permatang Tok Mahat. Mereka terdiri dari Hakimi, Aiman dan Syaza Arina. Tak sia-sia bertungkus-lumus berusaha dan berlatih di saat akhir untuk faham akan permainan G-Math yang menguji kemahiran matematik ini.

Team SK Permatang Tok Mahat Menang Naib Johan Kebangsaan Pertandingan G-Math 2016

Adeh .. gambar Amri nampak macam tak ada perasan lak selepas menang naib johan, pertandingan G-Math ... haha.

Berkampung dan dapat keluarga angkat di Labuan.

Dapat naik kapal terbang buat ketiga kalinya walaupun sebelum ni macam alergik je nak naik kapal terbang.

Dapat sijil dan bergambar dengan trofi kemenangan, bolehlah dimasukkan dalam biodata dan 'resume' untuk masuk ke tingkatan satu sekolah menengah terbaik di Malaysia, in Sha Allah.

Tahniah juga buat guru-guru pengiring yang telah berikan kesempatan untuk anak saya (terutamanya) masuk pertandingan G-Math ini, walaupun pada awalnya saya seakan tidak berasa selesa untuk lepaskan anak saya ke Labuan, sehingga terpaksa datang lewat sehari dengan rakan tim yang lain.

Allah Maha Mendengar, dan permudahkan segala urusan.

Saya relakan juga selepas isteri saya dapat tawaran harga tiket kapal terbang murah MAS ke Labuan dari KLIA. Jadi, isteri saya jadi pengiring anak saya ke pertandingan tu. Lagipun, isteri saya memang dah lama mengidam untuk ke Labuan, Allah S.W.T makbulkan doanya .. dan ikut anak saya ke pertandingan G-Math yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Saint Anne.

Selain dapat temankan anak, dapat juga isteri shopping mutiara murah di Labuan ... huhu....

Oh ya, saya tak ikut sebab uruskan persekolahan dua lagi anak saya .. tak boleh dibiarkan ponteng sebab dah banyak kali tak hadir ke sekolah untuk tahun 2016 .. huhu

Gambar Pertandingan G-Math 2016 Kebangsaan di Labuan

Beberapa gambar sepanjang pertandingan G-Math peringkat kebangsaaan yang diadakan di SK Saint Anne, Labuan.
Sekali lagi tahniah dan syabas buat pasukan SK Permatang Tok Mahat ... naib juara pertandingan G-Math Peringkat Kebangsaan 2016!

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement