Nak kata dapur pun iya, nak kata periuk pun iya .. nak kata oven pun iya. Serius tak tahu nak namakan apa. Haha.. ini antara produk yang pernah RedMummy tanyakan kepada saya. Dapur atau oven ni spesial sikit, sebab anda boleh masak apa-apa sahaja .. hanya dengan menggunakan air. Malah, anda boleh goreng ikan tanpa gunakan minyak masak ... serius.... dah baca post lama ni -Goreng Ikan Dengan Kuali Ajaib Guna Air

Isteri saya beli menerusi Facebook, pesan kat orang yang menetap di UK. Bayaran secara ansuran. Memang berbaloi beli periuk ni walaupun kalau ikutkan saya .. harganya mahal .. haha... tapi kata wife saya, kalau beli online boleh dapat murah.

Periuk Ajaib - Masak Guna Air

Saya tak tahu kat mana kedai online Malaysia yang boleh beli periuk ini, kecuali di Amazon. Nama produk ni di Amazon ialah Wonderchef Tandoori Oven kalau tak silap .. macam ditunjukkan di bawah ini (klik imej kalau nak lihat harga di Amazon).
Memang best guna periuk ni. Periuk ini boleh menggoreng, panggang, stim, dan masak kek serta biskut dengan cara yang cepat dan in Sha Allah selamat. Dan ia tidak gunakan minyak masak kalau nak menggoreng.

Apa yang diperlukan ialah dapur gas, dan juga air. Letakkan periuk ini di atas dapur gas, pasangkan api sederhana ... pastu letaklah apa nak dimasak di atasnya. Tutup dengan penutup periuk istimewanya tu ....

Video Masak Guna Periuk Ajaib Guna Air

Cuba tengok demo dalam video di bawah ini ..


Huhu .. macam-macam boleh masak .. walaupun namanya Gas Oven Tandoor .. ia bukan setakat boleh masak Tandoori sahaja ..

Nah tengok beberapa hasil masakan daripada periuk oven ajaib ni .. huhu ...


Anda boleh cuba cari di Lazada kot-kot jumpa periuk ni, tapi di Amazon memang ada. Boleh tengok di sini - Offer WonderChef Tandoor


3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Balasan
    1. produk ni dah lama ada, tapi tak sure la samada di Malaysia ada jual. Tapi periuk ni memang best, cuma yang tak best ianya berat ... seramik ni.

      Padam
  2. assalamualaikum HH...macam menarik jer periuk ni...lebih2 lg x payah nak guna minyak hanya guna air itulah yg buat lg menariknya..:)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement