Sebelum ini, saya ada beli dompet kulit secara online dari Lazada, tapi .... tak sampai enam bulan kot .. dah ada bahagian yang rabak. Tapi, sempatlah juga bergaya semasa Raya tahun ni ... haha. Ala ... dompet harga RM10 .. jadi ... tak ralit sangat. Saya ada cerita kat post ini - Beli Dompet Raya menerusi Lazada
Belanja Diri Sendiri Beli Wallet Jenama Kickers
Kali ini, saya beli wallet yang ada nama sikit, jenama Kickers ... harga ... dekat RM100 satu. Beli kat kedai. Kedai yang memang saya selalu beli seluar jeans. Kalau pergi, saya mesti akan dapat t-shirt free. Nah .. kali ni beli wallet ... saya dapat kalendar 2017.Wallet atau dompet kulit ni didatangkan dengan kad waranti 3 bulan, dan kotak khas yang cantik dan keras. So, memang nampak 'mewah' dan exclusive. Kembang kuncup lubang hidung mengadap wallet baru sorang-sorang .. hahaha.
Dulu, masa pergi ke Bandung, saya ada beli gak barangan kulit jenama Kickers ni. Saya beli sepasang kasut, harganya boleh tahan .. kurang seratus ringgit kalau tak silap. Murah tu. Mana ada kasut kulit berjenama dijual dengan harga bawah RM100 kat Malaysia ni .. huhu.. Tapi ... saya jarang pakai sebab kasut kulit tu berat.
[Baca] Cibaduyut - Syurga Beli Belah Barangan KulitBest gak wallet atau dompet lelaki Kickers ni. Lembut gitu, selesa di tangan, dan selesa bila diletakkan di poket belakang seluar jeans. Tak terlalu besar, selok-selok je kata orang Perak.
Saya pilih untuk beli dompet kulit Kickers jenis panjang sebab ada beberapa kad nak dimasukkan dan disimpan. Almaklumlah, sekarang zaman cashless, semua boleh buat urusniaga dengan guna kad debit je... main lambai-lambai kad je ... dah setel .... haha... oh dunia .. dunia.
Belanja diri sendiri beli wallet mahal bukan suka-suka nak manjakan diri, tetapi nak beritahu pada diri sendiri .. bahawa blog boleh jana income. Bila tengok wallet .. akan ingatkan betapa susah senangnya nak jana income dengan blog ni... dan ya, untuk buktikan pada diri juga bahawa usaha selama ini memang berbaloi.
[Promo] Daftar Percuma Untuk Miliki Kad Kredit UOB YoloAnda juga boleh kalau anda ada minat tinggi untuk menulis blog. Kena ada minat, barulah best tulis blog. Income dengan blog tu akan datang dengan sendirinya ... in Sha Allah.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.