Dah lama saya tidak jenguk platform statistik blog ini di Google Analytics. Nampak macam ada benda baru di situ tetapi dek kerana kepadatan masa, saya masih belum sempat nak lihat secara keseluruhan. Al maklumlah, sebagai house husband, ada banyak perkara lain yang penting perlu diuruskan. Namun, tak boleh tidak .. bab mengenai blog juga tak boleh nak diabaikan.

Pun begitu, bab terpenting yang wajib saya lihat tentang blog saya ialah pencapaian setiap bulan blog-blog dari segi statistik trafik. Trafik penting untuk blogger sepenuh masa. Trafik penting untuk blog menjana pendapatan. Trafik penting bagi memastikan blog yang diwujudkan itu dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Statistik Blog HASRULHASSAN.COM Bulan September 2016

Saya sukacita nak kongsikan trafik atau statistik terkini blog ini untuk bulan September 2016.
Statistik Blog September 2016 - Bounce Rate 14%
Daripada statistik bermula 1 September - 30 September 2016 dari Google Analytics ini, dapatlah saya buat kesimpulan mudah bahawa trafik blog ini masih lagi konsisten dengan purata pageviews melebihi 200K.

Alhamdulillah, kali ini saya berjaya untuk turunkan kembali nilai bounce rate blog yang agak tinggi sebelum ini. Nilai 13.79% untuk bounce rate adalah dikira sangat sangat baik, jauh lebih rendah daripada peratusan yang sepatutnya iaitu di bawah 30% untuk blog lifestyle dan berinti kandungan yang kurang niche khusus.

Saya harap pencapaian ini akan terus diperbaiki di masa depan, disebabkan sudah semakin banyak blog-blog hebat yang muncul. Bukan mudah untuk kekal relevan .. apatah lagi saya sudah tergolong di kalangan blogger 'vintage' ... hahaha...

Terima kasih atas semua sokongan para pengunjung dan pembaca. Jangan lupa untuk like FB Fanpage blog ini ... agar impian untuk capai 15K likes tercapai.

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. bounce rate blog sy ,masih di kadar kritikal...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lokman Amirul (Blogger Copy Paste)25 Oktober 2016 pada 8:08 PTG

      Mcm mna bounce rate blog penggaliilmudunia.blogspot ko bounce rate ko x kritikal.. sbb semua blog ko tu artikel copy paste dari blog org lain

      byk cantik nk bounce rendah tp x nk usaha sendiri... buat blog tp copy paste artikel org lain.. cuba ada sifat menghargai org lain menghabiskn masa create artikel sendiri

      nak berjaya kena usaha sendiri..jgn la mengeluh, sepadan la dgn usaha ko tu

      buruk usaha ko, buruk la pencapaian ko dpat

      INGAT NAK BERJAYA JGN COPY PASTE!!!! DAH LA COPY PASTE X BERI KREDIT..

      BURUK BETUL PERANGAI KO LOKMAN AMIRUL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

      Padam
  2. Balasan
    1. Terima kasih. Berpeluh jantan nak maintain ... harapnya tak jemulah saya.

      Padam
  3. Tahniah tuan dengan pencapaian tersebut.Tapi tak dinafikan bounce rate blog tuan sangat baik.Jauh kalau nak dibandingkan dengan blog saya.Blog tuan menjadi penyuntik semangat untuk memperbaiki blog saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah-mudahan. Kita semua ada kelebihan dan kekurangan dalam menulis blog ni.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement