Alhamdulillah. Pejam celik, pejam celik ... draft, publish, draft .. publish... akhirnya blog saya ini telah mencapai jumlah paparan (pageviews) sebanyak 20 juta sejak dijenamakan pada sekitar Ogos 2010. Saya gembira.

20 juta hits. Fuh ... lebih 5 tahun blog ini ambil masa nak capai hits sebanyak ini. Bukan mudah. Apatah lagi apabila perlu bersaing dengan banyak blog baru yang rata-rata sudah berjaya dengan teknik-teknik untuk menaikkan jumlah hits. Ada yang gunakan teknik SEO, ada yang gunakan teknik laman sosial, ada yang gunakan teknik blog aggregator, ada yang gunakan teknik copy-paste dan banyak lagilah.

Blog HASRULHASSAN.COM Kini 20 Juta Hits

Blog HASRULHASSAN.COM Kini 20 Juta Hits
Sejak saya memperkenalkan blog ini kepada umum, hampir 80% saya bergantung dengan teknik SEO untuk mendapatkan trafik blog, selebihnya adalah dari rakan-rakan blogger yang memasukkan blog ini di dalam bloglist mereka.

Kemudian, apabila Facebook Page dan Facebook Group mula menjadi popular.... saya gunakan kesempatan tersebut untuk raih perhatian pengguna FB pula agar memberikan trafik ke blog saya. Alhamdulillah, kesan sangat positif telah diterima. Cepat angka hits blog ini naik dengan mendadak.

Sebelum ini, blog ini banyak menerima trafik dari laman agregator seperti OhBelog, Kartikel, GuaBlog, dan juga Busuk (kini dikenali Babab.net).
[Baca] Bukan Mudah Nak Capai 500K PV Sebulan

Rakan Blogger Pemberi PV Terbanyak

Dan antara rakan blogger yang terbanyak berikan trafik direct ke blog ini ialah Mat Gebu, Denaihati, Eyriqazz, Ireen Nadia Marcelo, Rossa Calla, Kucah Lana, Beautifulnara, Namee Roslan, serta Lulu Caldina - daripada statistik yang ditunjukkan oleh Google Analytics sejak dari Ogos 2010.

Terima kasih kepada semua pengunjung dan pembaca blog ini. Kalau tidak kerana kehadiran kalian semua ke blog ini, pasti agak sukar blog ini boleh mencapai angka sebegitu, walaupun tidak tinggi mana nak dibandingkan dengan blog-blog rakan blogger yang lebih pawer, lebih dikenali, lebih ramai pengikut daripada blog ini.
[Baca] Rahsia Mendapatkan 100K Pageviews Sebulan
In Sha Allah, saya akan terus update blog ini dengan banyak cerita dan kandungan yang dapat dimanfaatkan semua. Doakan saya agar diberikan kesihatan yang baik, dan akal yang cergas selain memohon dilindungi oleh Allah S.W.T daripada perbuatan yang merugikan.

Sekali lagi, terima kasih atas sokongan semua.


24 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. tahniah HH! Abe kie x tahu la bila buleh merasa cam ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyallah dengan usaha yang berterusan abg ki pun boleh capai juga suatu hari nanti.

      Padam
  2. tahniah hh...masih jauh perjalanan saya nak macam hh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Banyak nak kena belajar lagi. Saya pun sama juga.

      Padam
  3. Balasan
    1. Memang power boleh dapat macam ni. Berjuta-juta view. Nak dapat macam ni kena selalu berguru dengan bro HH.

      Padam
  4. tahniah HH! banyak tu, igt senang ke nak capai PV banyak segitu.. husna jauh lg nih.. hehehe..

    BalasPadam
  5. Tahniah tuan, income blog pun dah 20 juta kot haha..

    BalasPadam
  6. Tahniah... jenuh nak mengejar ni, jauhnya berjuta-juta batu.

    BalasPadam
  7. wow...banyak lagi nak kene tuntut ilmu.

    BalasPadam
  8. Sebenarnya termotivasi dengan entri ini, tetapi terasa sungguh jauh hendak dikejar... Semangat membara pula ... tiba2 kan :P

    BalasPadam
  9. Nak dapat 20 juta macam ni jenuh juga. Tapi jika kena cara macam bro HH buat boleh dapat.

    BalasPadam
  10. Bukan satu kerja yang mudah untuk capai hits sehingga 20 juta.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Dengan angka sebesar itu. Pastinya usaha pun perlu besar juga nak kena buat.

      Padam
  11. Balasan
    1. Memang betul-betul jutawan macam ni. Saya kalau nak dapat juta-juta macam ni tak tahu bila lagi.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement