Langkau ke kandungan utama

Rahsia Dapat Pageviews Lebih 100K Setiap Bulan

As-Salam. Ada yang tanya saya, bagaimana blog ini (waktu ini) yang hanya dapat 1000-2000 pageviews sehari boleh berada di ranking 300 terbaik Alexa di Malaysia? Hmm ... ok, mula sekali mari belajar sedikit sejarah blog ini.

Umur blog ini dah agak lama juga. Dulu nama blog ini lain, tetapi saya tukar, siap tukar sekali dengan url blog tetapi perkiraan pageviews tetap sama. Blog ini dengan url melekat hasrulhassan mula dicanangkan sekitar Ogos tahun 2010. Asalnya blog biasa tanpa nama domain sendiri. Kemudian, sekitar tahun 2011, saya mula beli nama domain untuk blog ini dengan harga RM38 setahun, menjadikan ia www.hasrulhassan.com sebagai url ... dan Bangku Kosong sebagai nama blog.

Bangku Kosong telah memberikan banyak trafik ke blog ini. Pengisian dalam blog tersebut memang carca marba, banyak kandungan pelbagai. Ada kisah cinta, ada kisah tauladan, ada kisah selebriti, ada kisah sensasi, ada kisah kontroversi, ada gambar dan macam-macam lagilah, sehingga dapat tercapai blog ini mencecah lebih 100K paparan (pageviews) setiap bulan.

Rahsia Dapat Pageviews Lebih 100K Setiap Bulan

Pageviews lebih 100K? Wow .. memang best bukan? Ya, dari situlah blog saya mula berada dalam kedudukan Alexa yang selesa. Semakin hari makin baik, makin minggu makin naik, trafik evergreen terus menyumbang trafik konsistennya. Trafik panas terus menyumbang angka-angka memberangsangkan.

Tapi itulah, apabila anda sudah berada lama di dalam dunia blog. Dah blogwalking merata, dah kenal banyak blogger, dah lihat hasil tulisan mereka, akan tiba satu masa di mana, anda terfikirkan apakah arah tuju sebenar anda ingin akhiri dalam dunia blog ini.

Adakah anda mahu blog terus mekar dengan hits kerana cerita sensasi, cerita gossip, gambar artis itu, gambar artis ini .... saya berfikir - apakah akan dapat kesudahan yang baik kelak?

Maka, saya ubah niche blog. Ia jadi lebih tertumpu. Tidak sekadar satu bentuk informasi biasa, tetapi informasi yang boleh memberikan pengetahuan dan ilmu. Satu bentuk pendidikan secara tidak langsung, bukan untuk mengajar .... tetapi lebih kepada berkongsi pengalaman dan ilmu.

Trafik tentulah, apabila sudah tiada sensasi, ia akan jatuh ke paras yang tidak lagi boleh capai dan cecah 100K sebulan lagi. Cuma sesekali ia melambung tinggi kerana ada cerita berkisar blogger yang menjadi perhatian pencari informasi.

Nah, inilah rahsia untuk dapat pageviews lebih 100K sebulan, apa yang perlu anda buat, ialah buat apa yang pernah saya lakukan dahulu - cerita gossip, cerita artis tayang itu tayang ini berserta dengan gambar resolusi tinggi, kisah sensasi dan gempar, kisah aib orang yang semua nak tahu ... dan seterusnya ....

Hasilnya ... lihat statistik tahun awal 2012 ini. Teruja tak? Dapat 129, 397 pageviews sebulan, lepas tu Januari ... ehh terbalik pulak ... dapat 133,961 pageviews .. lepas tu Mac 2012 .. iaitu hampir 130K sebulan.

Statistik Pageviews Lebih 100K Sebulan




Tapi fikirkan. Apa guna trafik hits berjuta kalau ia hanya entri ingin bersuka-suka.

Ingat apa tugas seorang manusia yang beragama Islam - menjadi Khalifah - memberikan nasihat - menyampaikan ilmu - sentiasa berpesan. Tidak akan rugi seorang manusia itu apabila ia sentiasa berpesan dengan kebaikan dan kejujuran. Itu sumpah Demi Masa.



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. terbaik bro, fizi suka tip2 yg diberikan..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih fizi ... errr jerebu lagi?

      Padam
  2. PEncapaian yang sgt hebat! Maknanya blog kita kena spesifik? Betul?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ikut entri saya, tidak spesifik. Kalau mahu dapat trafik tinggi - buat cerita sensasi, gossip artis, cerita artis, gambar artis.

      Padam
  3. yeah..zaza suka entri mcm ni =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, anda buat saya tersenyum hari ini.

      Padam
  4. bangku kosong awak la saya cari punya lama baru tahu...

    BalasPadam
  5. memang banyak nak kena belajar lagi kalau nak sampai tahap macam ni...tips2 macam ni yang sy suka baca...nak dapatkan 100K pageviews tu, kalau sy la...mungkin ambil masa 6-7 bulan baru nak dapat macam tu..:D

    BalasPadam
  6. Salam HH, sy kat PB hari ni makan sup...singgah sahur rumah mak di kpg..., tertanya jgak ..blog pcl kemana arahnya? Terima kasih dgn tips dan pesanan tersebut.

    BalasPadam
  7. terbaik! tak semua orang mampu lakuan

    BalasPadam
  8. Entri ini amat menarik. Disebalik tips terselit satu persoalan...dimana arah blog anda? Bagi saya trafik itu perlu tapi kandungan entri anda lebih penting!

    Perlu diingat, blog anda akan wujud selama mungkin di dunia siber walaupun setelah ketiadaan anda dan ianya boleh diakses oleh sesiapa sahaja di seluruh dunia. Oleh itu setiap apa yg anda tulis, samaada baik dan buruk akan kekal...

    Kesannya...setiap yg baik menjadi pahala amal jariah berterusan selama mana ianya di baca dan diamalkan....dan setiap yg buruk, akan juga memberi dosa berterusan buat anda!!!

    Oleh itu fikirkan hala tuju blog dan kandungan entri anda. Berkongsilah sesuatu yg baik dan bermanfaat, buat tetapan niche dan gunakan teknik entri yg betul serta mesra SEO agar berada diatas enjin carian lalu menjana trafik yg tinggi supaya ianya tersebar dan ramai orang beroleh manfaat darinya...

    Bila entri2 yg baik-baik sentiasa berada diatas enjin carian, maka kita telah menolak entri2 yg tidak baik jauh kebawah enjin carian...Insyaallah.

    BalasPadam
  9. Terbaik lah.. Tp nak buat entri pasal retis2 n gosip2 sensasi tu mmg xla.. Better follow abg HH buat entri yg ada masa depan. :-)

    BalasPadam
  10. Tahniah HH, teknik penulisan yang seimbang! Anda beri pembaca, blogger terutamanya pilih sendiri pilihan yang anda beri. Pd masa sama, anda juga beri pesanan paling mendalam kpd pembaca kesan akhir pilihan yg dibuat.Gud Job!

    Tahniah juga kepada Bin Muhammad, setuju dengan part last komen beliau. Jom ramai2 buat entri yg baik2..:)

    BalasPadam
  11. Tahniah bro.. Saya pun baru nak bertapak2, bertatih2.. Memang kena berkunjung ke sini selalu sedut ilmu.. ;)

    BalasPadam
  12. Info berguna.
    Terima kasih.

    BalasPadam
  13. Traffic is one thing..kepuasan kita is another and kehendak pembaca is another thing. Semuanya kena balance..memang susah especially kalau baru nak bertapak..Berkat usaha yang berterusan In Shaa ALLAH berjaya..

    BalasPadam
  14. entry tips terbaik penah saya baca..trafik teramat senang nak naik kalau letak gambar2 18sx sume ni..tapi dosa kita pon naik sekali dengan trafik tu..sama-sama kita beringat ye :)

    BalasPadam
  15. adakah umur blog mempengaruhi seo blog tersebut bro hh?

    BalasPadam
  16. Betul juga, pv tinggi pun tiada guna jika tiada pengisian yang berfaedah buat masyarakat...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …