Harga Oppo F1s Gold dijual hanya RM1,198 sahaja di Lazada Malaysia. Jika anda seorang peminat telefon pintar jenama Oppo, maka haruslah anda lihat bawah tawaran harga yang diberikan oleh Lazada sangat menarik sekali. Bukan setakat tawaran harga, tetapi benda-benda percuma yang akan anda dapat apabila membuat pembelian dengan Lazada Malaysia. Agak menarik tu ...

Spec juga sangat hebat pada Oppo F1s ini. Dicipta dan dibina untuk mereka yang kaki selfie, ia mengutamakan kamera hadapan dengan 16 megapixels dan kamera belakang 13 megapixels.... perghhh memang mantap sekali. Apatah lagi dengan aperture  f/2.0-2.2 untuk menonjolkan gambar.

Oppo F1s Gold Hanya RM1198 di Lazada Malaysia


Memang banyak specs best ada pada telefon terbaru dari Oppo ini. Selain kamera, saya juga nak highlight mengenai jumlah memori. Memori untuk Oppo F1s Gold ini ialah 32GB yang boleh ditambah menjadi 128GB, selain RAM 3GB yang penting untuk kelancaran pemproses MT6750 Octa-core 1.5GHz yang digunakan.

Skrin juga besar, iaitu 5.5inci yang sangat sesuai untuk mereka yang berjari besar macam saya .. hahaha.... takdelah selalu berlaku typo kalau menaip mesej WhatsApp atau memuat-naik status terkini di media sosial. Ia juga tahan lasak kerana menggunakan Gorilla Glass 4 dengan sokongan untuk sentuhan dengan sarung tangan selain sentuhan ketika tangan basah.

Satu lagi ciri baru yang saya tak jumpa lagi pada mana-mana telefon pintar terkini (setakat Ogos 2016) ialah slot sim/memori yang disediakan. Kalau biasa boleh muatkan satu sim dan satu memori kad, iaitu dalam 2 slot .. tapi Oppo F1s ada 3 slot ...yang boleh muatkan dua sim mini dan satu memori kad.

Untuk info lebih lanjut mengenai specs ... boleh lihat di laman web Oppo - http://www.oppo.com/my/smartphone-f1s

Beli Di Lazada Malaysia

Jika anda beli di Lazada Malaysia, anda akan menerima Oppo F1s ini dalam bentuk bundle, iaitu percuma Oppo Powerbank serta casing kulit original. Harga RM1198 ... tapi itu belum lagi anda gunakan kod baucer Lazada .. ia mungkin boleh jadi hanya RM800 lebih sahaja .. huhuhu... satu tips untuk anda, kalau anda tak berjaya gunakan kod, daftar akaun baru dengan Lazada atas nama orang lain ... jadi anda jadi new customer.

Nak baucer diskaun tak? Cuba baca ni - Rebut Diskaun Lazada Unity Sale 2016. .... tapiiiii .. ia untuk masa terhad sahaja dan dengan syarat-syarat tertentu. Jika anda baca post ini bukan dalam bulan promosi yang disebutkan, anda terpaksalah bayar harga sedia ada ye ... huhu.


TVC Iklan Oppo F1s Menampilkan Nora Danish

Sebelum anda beli, sebelum anda beredar dari blog saya ini, layan dulu Nora Danish dalam iklan terbaru Oppo F1s .... huhuhu...


Jadi? Macamana? best tak telefon terbaru dari Oppo ni iaitu Oppo F1s .. ia hanya RM1,198 dalam satu pakej bundle menarik ....

Jika berkenan, boleh beli terus menerusi pautan ini - http://goo.gl/LcgYtc

Selamat bershopping ... dan jangan lupa, gunakan baucer disediakan tu ye.

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement