24 August 2016

Lokasi Main Pokemon di Parit Buntar


Uishh .. banyak juga lokasi untuk bermain Pokemon ni di Parit Buntar. Selain semua tempat ibadat dijadikan sebagai Pokeshop, stesen bas Parit Buntar pun menjadi antara tumpuan pemain-pemain Pokemon-Go. Stesen bas Parit Buntar dijadikan sebagai gym atau tempat pemain-pemain Pokemon-Go berentap sesama sendiri.

Selain lokasi yang saya sebutkan di atas, ada satu lagi tempat popular bermain permainan online Pokemon-Go ini iaitu Dataran Pinggiran Sungai Kerian. Saya ingatkan lokasi ini hanya popular di kalangan pemancing dan mereka yang gemar beriadah, tetapi saya dapati setiap petang .. kawasan ini dikerumuni oleh pemain-pemain Pokemon-Go dari pelbagai bangsa dan peringkat umur.

Lokasi Main Pokemon di Parit Buntar

Lokasi Main Pokemon di Parit Buntar
Lokasi Main Pokemon di Parit Buntar

Kadang saya gelak je tengok aksi mereka yang seperti anak ayam kehilangan ibu, tak tentu hala arah mana dituju.

Saya ke sini sebenarnya bawa anak saya, si Zikri untuk memburu Pokemon-Go. Nampak dia gembira bila dapat tangkap banyak Pokemon liar yang 'berkeliaran' di Dataran Pinggiran Sungai Kerian ini. Excited bila dapat .... huhuhu...

Sekarang ni, anak-anak saya semua dah bosan nak main game online Pokemon Go ni .. haha .. dan buang pun dari telefon masing-masing.

Penulis blog freelance sejak 2010. Berkeluarga dan bekerja di rumah sebagai house husband.  Lulusan Ijazah. Menetap di Penang. Mesra dipanggil HH. Untuk berhubungan atau pertanyaan - klik looket.me/hasrulhassan

1 Komen sahaja

tengah hype lagi pokemon go ni, hanya yang tegar akan terus bermain

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.
EmoticonEmoticon