RM50, Harga Sekuntum Bakawali Putih Layu

Rezeki tak disangka-sangka. Sebelum ini saya pernah bercerita tentang bunga Bakawali yang ada di tanam di dalam pasu rumah saya, tetapi saya tak publish kat blog pun ... cuma berkongsi di laman sosial FB. Uhh nampaknya Facebook sudah menjadi antara medium penting pencarian maklumat masa kini. Tahukah anda, bahawa saya telah dibayar untuk pos sekuntum bunga Bakawali Putih dengan harga RM50 termasuk harga pengeposan?

Wahh tak sangka sungguh bunga Bakawali Putih mempunyai nilai yang tinggi. RM50 untuk sekuntum bunga yang layu .. bukanlah harga yang biasa, tetapi luarbiasa. Layu tu .. bukan segar. Andai ia bunga segar, mungkin nilainya lebih.

RM50, Harga Sekuntum Bakawali Putih Layu

RM50, Harga Sekuntum Bakawali Putih Layu

RM50, Harga Sekuntum Bakawali Putih Layu
Walaupun sekuntum bunga Bakawali Putih yang layu itu telah dibayar dengan harga RM50, tetapi saya tak sampai hati nak kirimkan hanya sekuntum. Jadi, atas sebab nak bantu .. saya poskan sebanyak 4 kuntum bunga Bakawali Putih kepada yang meminta.

Magis Bunga Bakawali

Mungkin ramai yang anggap bahawa bunga Bakawali ini ajaib kerana sifatnya yang hanya akan mula berkembang pada waktu tengah malam. Ada yang mengatakan ada bidadari turun ketika itu .. sehingga membuatkan bunga ini mengeluarkan bau yang sangat harum semerbak.

Bau wangi bunga Bakawali bukan bau calang-calang sebab ia boleh mengharumkan sebuah taman perumahan kalau ia berkembang lebih dari sekuntum.

[Baca] Cantiknya Pokok Kemboja Cina ... Yang Beracun

Kalau anda lihat akan pokok Bunga Bakawali, rupanya pun dah nampak pelik sebab ia berdaun keras dan menegak ke atas. Ia bercabang dan mempunya batang, tetapi daunya tidak seperti daun pokok biasa. Anda boleh lihat gambar di bawah untuk rupa pokok Bunga Bakawali ini.
RM50, Harga Sekuntum Bakawali Putih Layu
Saya dah lama ada pokok Bunga Bakawali Putih ni ... dah tak ingat saya dapat dari mana. Tapi setiap kali saya potong dan cantas daunnya .. ia akan tumbuh lagi dan lagi. Cara nak jaga pokok ini pun tak susah mana. Saya hanya letak di luar rumah, dan siram sekali sekala. Apabila pokok lain sekitarnya mati, ia masih kekal tegak berdiri.

Post di Facebook menerusi Instagram saya dah lama mengenai bunga Bakawali Putih ini. Saya tak pasti mengapa sekarang ada yang mencarinya, walhal buat sesetengah orang, ia pokok yang bersifat mistik dan perlu dijauhi. Ia cantik dan berbau wangi, namun wanginya itu hanya di malam hari .. uhh tak ke seram tu?
RM50, Harga Sekuntum Bakawali Putih Layu
Mungkin ada yang mencari dan mahu mendapatkannya dengan harga mahal kerana kebaikan dan kelebihannya yang saya sendiri tidak tahu. Anda tahu? Boleh kongsikan pengetahuan anda itu di ruangan komen artikel ini.

[Baca] Parit Buntar Unik Dengan Bunga 'Sakura'

Apapun, alhamdulillah, saya tidak mahu menolak rezeki yang Allah S.W.T berikan .. apatah lagi andai ia boleh bantu orang lain. Ia mungkin tiada nilai pada sesetengah orang, tetapi buat mereka yang rajin menyelidik dan mencari ilmu .. ia satu kelebihan buat mereka.

1 comment... add one now

Mrs. A Mrs. A June 07, 2016
Alhamdulillah, rezeki yang tidak disangka-sangka.

Curious apa gunanya ya pada orang tu?

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.