Dalam blog post atau artikel ini, saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan yang tidaklah banyak mana pun, mengenai insurans dan takaful hayat ini. Saya mahu dedahkan kesilapan tanggapan oleh masyarakat mengenai insurans dan takaful hayat. Ada tujuh (7) kesilapan yang dikenal-pasti dan saya mahu berkongsi informasi fakta ini.
7 Kesilapan Masyarakat Mengenai Insurans/Takaful Hayat (Life Insurance/Takaful)
[post_ads]
Oh ya, saya menulis artikel ini adalah ikhlas untuk anda. Tiada siapa membayar untuk saya tulis blog post ini ... ini ilmu kehidupan zaman sekarang yang patut anda tahu.
1. Tidak memahami perbezaan antara 5 jenis insurans hayat
Terdapat 5 jenis insurans hayat yang paling biasa pada hari ini:- Insurans Hayat Seumur Hidup Sertaan (Pelan Endowmen)
- Insurans Hayat Seumur Hidup Bukan-Sertaan
- Pelan Insurans Bertempoh
- Pelan Insurans Bertempoh Menyusut
- Pelan Insurans Berkaitan Pelaburan
Anda perlu mengetahui mengenai perbezaan-perbezaan ini. Apabila diajukan mengenai pelan, sila bertanya kepada mereka (agen) mengenai jenis insurans atau takaful yang diberikan (promosi) kepada anda. Anda sebut je jenis-jenis di atas tu ... biar mereka sedar bahawa anda bukan golongan masyarakat yang tidak tahu pasal insurans/takaful (walau hakikatnya anda sekadar baca post saya je).
2. Tidak mempunyai matlamat yang jelas ketika anda membeli insurans
- Melindungi yang tersayang terhadap kematian anda
- Melindungi diri-sendirti daripada Kehilangan Upaya Kekal / Penyakit Kritikal
- Simpanan paksa
- Sebagai satu pelaburan
[Baca] Kos Untuk Urus Jenazah Yang Perlu Anda Tahu
Perkara asas sebelum membeli polisi, sentiasa tanya diri anda mengapa anda membeli polisi. Jawapannya boleh merupakan objektif yang berbagai. Kemudian, pilih dan menyesuaikan pelan yang betul untuk tujuan anda.
Sebagai contoh, jika sebab anda ingin insurans adalah untuk elemen perlindungan, maka mengapa membeli Insurans Hayat Seumur Hidup sertaan yang sehingga 80% daripada premium yang dibayar diletakkan di komponen simpanan? Faham tak? Anda perlu tegas untuk kekal dengan objektif ini.
3. Fikirkan ia adalah mahal, rumit ATAU hanya boleh dibeli melalui ejen-ejen
Hanya 56% daripada penduduk Malaysia dilindungi oleh insurans hayat. Mengapa masih ramai di kalangan masyarakat yang tidak mahu mempunyai polisi insurans atau takaful hayat ini?Ok. Seperti awal saya katakan, memiliki polisi insurans atau takaful hayat adalah satu pilihan. Tetapi, ia satu pilihan yang bukan untuk diri kita, tetapi untuk masa depan orang di sekeliling kita iaitu keluarga. Ramai di kalangan masyarakat yang fikirkan akan kerumitan dan juga segi kemampuan. Ada yang ragu-ragu kerana sebelum ini pernah didatangi oleh agen insurans/takaful yang mendesak sehingga menimbulkan kekeliruan.
Jika menerusi agen, mereka akan menawarkan polisi-polisi yang perlu dibayar premium yang tinggi, tetapi menerusi online ... anda mempunyai banyak pilihan yang sesuai dengan kerumitan dan kemampuan anda. Anda mungkin tidak tahu, ada polisi insurans atau takaful yang ditawarkan semurah satu perlima dari apa yang biasa ditawarkan oleh agen. Ini adalah kerana terdapat kos-kos yang telah dipotong contohnya kos penguderaitan dan kos komisen yang lebih rendah. Agen selalunya tawarkan polisi dengan premium tinggi kerana mereka akan dapat komisen yang tinggi.... huhu.
4. Fikirkan premium yang tinggi/rendah, iaitu polisi yang lebih baik
Premium yang lebih tinggi tidak bermakna anda akan menerima manfaat lebih baik, begitu juga sebaliknya. Tidak semestinya anda bayar nilai premium rendah, anda akan mendapat manfaat yang kurang bagus. Ianya adalah bergantung dengan tujuan dan matlamat anda. Itu sebab dalam bisnes insurans/takaful ada banyak pelan serta jenis polisi.Agen insurans dan agen takaful memperoleh pendapatan melalui komisen daripada polisi yang anda beli. Maka, kebiasaannya insentif untuk menjual polisi dengan premium yang lebih tinggi adalah lebih besar. Itu sebab anda perlu tahu, dan melakukan pertanyaan mengenai premium yang perlu dibayar.
[Baca] 2 Teknik Untuk Buat Duit Menerusi ASB
Ikut nasihat saya - Perlindungan terbaik adalah satu yang sesuai dengan keperluan anda. Jika anda hendak membandingkan harga, bandingkan sahaja antara dasar-dasar polisi seperi manfaat yang bakal dapat, tempoh polisi, jumlah bayaran, manfaat sampingan serta cara nak buat tuntutan yang telah diubahsuaikan untuk memenuhi keperluan anda. Setiap polisi ada bezanya, walaupun kecil pada mata kita.
5. Fikirkan saya belum berkahwin/tidak mempunyai tanggungan keluarga, oleh itu tidak memerlukan insurans hayat
Adakah anda tahu bahawa kira-kira 30% daripada tuntutan insurans hayat disebabkan oleh kehilangan upaya/penyakit kritikal dan bukan disebabkan oleh kematian pemegang insurans? Maka, fikirkan .. seandainya berlaku sesuatu ke atas diri anda, sumber manakah yang akan dapat menampung kehidupan anda selanjutnya .. lebih-lebih lagi andai anda sukar untuk bekerja semula? Adakah mahu mengharap bantuan ehsan dari keluarga? jiran? sanak saudara? Selama mana mereka akan terus biaya kehidupan anda?
[post_ads_2]
6. Fikirkan anda memerlukan insurans hayat sepanjang umur anda
Kepercayaan ini adalah sebab perlindungan yang terlebih semasa usia tua.Jika tujuan anda adalah untuk memastikan bahawa tanggungan keluarga anda boleh mengekalkan gaya hidup sekarang selepas kematian anda, maka anda mungkin tidak perlu perlindungan tersebut apabila anda bukan lagi pencari nafkah dan tidak lagi mempunyai apa-apa hutang yang belum diselesaikan.
[Baca] Bagaimana Mahu Menjadi Seorang Pelabur ASB dan Hartanah yang Genius?
7. Kekurangan insurans/ terlebih insurans
Di Malaysia, jumlah perlindungan pukul-rata yang memilih untuk memiliki insurans dan takaful adalah lebih rendah daripada RM 50,000. Memandangkan kos sara hidup pada tahun 2015, kebanyakan dari masyarakat yang tidak memiliki insurans atau takaful. Sebaliknya, ramai di kalangan masyarakat yang telah terlebih diinsuranskan. Tanpa disedari, mereka membeli beberapa polisi insurans hayat dipakejkan dengan pelan simpanan, pelan pelaburan atau MRTA / MLTA apabila memohon pinjaman perumahan atau pinjaman peribadi. Malah, ada syarikat Telco yang memberikan perlindungan seperti ini!Jadi, berapa banyak perlindungan yang perlu untuk diri anda?
Tips Mudah Untuk Membuat Pilihan
Tips mudah untuk perlindungan terbaik dari insurans atau takaful hayat - Carum atau peroleh perlindungan yang bernilai 5 hingga 10 kali lebih daripada pendapatan tahunan anda. In Sha Allah, ia akan bantu untuk mengekalkan pendapatan anda serta keluarga anda selama beberapa tahun selepas kematian atau apa-apa yang berlaku ke atas diri anda.Semoga artikel ini sedikit sebanyak memberikan manfaat untuk anda bagi memahami, sekaligus membantu anda untuk membuat pilihan jika diperkenalkan dengan polisi insurans atau takaful.
Sekali lagi saya tegaskan, saya bukan seorang agen insurans/takaful atau mewakili mana-mana syarikat berteraskan perniagaan ini. Saya cuma seorang blogger sepenuh masa yang sudahpun memiliki polisi insurans/takaful hayat sejak saya pertama kali menerima gaji saya ketika mula-mula bekerja di USM Transkerian sekitar tahun 2000.
Jika anda seorang yang tahu untuk memilih yang terbaik untuk diri dan keluarga dalam kehidupan, pilihlah untuk memiliki satu, dua atau tiga polisi insurans atau takaful hayat. In Sha Allah, ia akan memanfaatkan diri di kemudian hari.
assalam acul..
ReplyDeleteitem no 3 x berapa tepat kot..pkai online or call servis ctre mmg boleh tapi jika ada masalah nak carik siapa? at least ada agent lbh mudah.
terlebih diinsuranskan jika dikatan ambk mrta sama mcm life insurance tak tepat...coverage x sama.
but overall gud artikel
Hmm terima kasih, maka saya perlu semak dengan pemberi artikel ni yang datngnya dari agensi insurans .. huhuhu
DeleteSaya juga berpendapat no 3 itu kurang tepat, tapi back to the basic segalanya pada agen itu sendiri, saya juga tak galakkan client saya bayar amaun tinggi, percayakah anda saya hanya mencadangkan bayaran paling tinggi RM150 untuk cover 1JUTA lengkap untuk client saya yang berumur 30 keatas? itupun setelah di campur dengan simpanan pelaburan.
DeleteKerana kita bukan mengejar komisen tinggi, lebih kepada win2 situation, yang penting client puas hati serve kita dan matlamat kita menjaga client dan perniagaan untuk jangka masa panjang.
Memang ada agen yang sangat bagus yang jaga client. Saya tak nafikan. Agen yang bagus ini selalunya tiada masalah pun nak terangkan mengenai insurans dan takaful.
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.