#BajuRayaProject UPM, satu projek dan program yang dijayakan oleh Pertubuhan Projek Kasih dan juga Universiti Putra Malaysia. Ia telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada masyarakat. Program yang mempunyai dua sesi berbeza ini bertujuan untuk mengumpulkan baju raya dan juga kuih raya untuk disumbangkan kepada mereka yang memerlukan.

Kerja murni yang dikelolakan oleh Pertubuhan Projek Kasih ini memang wajar diketengahkan, dan diberikan publisiti kepada umum, apatah lagi ianya dilakukan di dalam bulan Ramadhan penuh mulia. Saya pasti ramai rakyat Malaysia yang prihatin, yang mungkin ada sesuatu yang lebih untuk diberikan menerusi program #BajuRayaProject ini.

Gambar dan Surat Terbuka Kepada #BajuRayaProject

Gambar dan Surat Terbuka Untuk #BajuRayaProject
Gambar dan Surat Terbuka Untuk #BajuRayaProject
Gambar dan Surat Terbuka Untuk #BajuRayaProject
Gambar dan Surat Terbuka Untuk #BajuRayaProject
Gambar dan Surat Terbuka Untuk #BajuRayaProject
Gambar dan Surat Terbuka Untuk #BajuRayaProject
Gambar dan Surat Terbuka Untuk #BajuRayaProject
Hmm agak malang bagi saya kerana baru berkesempatan untuk mengetahui mengenai program amal ini. Mungkin saya boleh berikan sesuatu untuk bantu #BajuRayaProject mendapatkan lebih banyak sumbangan daripada masyarakat.

Surat Terbuka Untuk #BajuRayaProject

Masyarakat kita adalah sebuah masyarakat penyanyang. Ramai yang sebenarnya berhati murni ini ... dan surat terbuka untuk #BajuRayaProject adalah salah satu bukti bertulis yang mengiyakannya. Baju-baju Raya yang dah lama 'bermastautin' dalam gerobok dikeluarkan dan diberikan penampilan cukup cantik agar dapat disumbangkan dalam keadaan baik.
Gambar dan Surat Terbuka Untuk #BajuRayaProject
Saya percaya, ada di anatara anda yang masih mempunyai 2-3 pasang baju raya tahun-tahun sudah, yang tidak terpakai, atau dikategorikan sudah sangat-sangat jarang dipakai. Ehmm terutama orang perempuan yang selalunya akan beli atau tempah lebih daripada sepasang baju setiap kali datang sambutan hari raya.

Moga program ini akan diteruskan lagi di tahun mendatang, dan saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Pertubuhan Projek Kasih serta UPM yang telah menjayakakan #BajuRayaProject ini. Moga untuk tahun akan datang, pihak Pertubuhan Projek Kasih boleh gunakan platform blogger untuk menyebarkan program ini ... in Sha Allah, ramai je blogger Malaysia yang akan bantu dengan ikhlas.

Semua gambar kredit menerusi #BajuRayaProject


2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. bagusnya usaha murni ini...moga ada pada tahun2 akan datang ;)

    BalasPadam
  2. Moga setiap urusan dan niat murni ini diberkati Allah..ameen...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement