Hanya RM9.90 sahaja, saya beli dompet lelaki menerusi Lazada Malaysia. Saya beli dompet lelaki dari Lazada Malaysia dengan harga tawaran diskaun ini untuk digayakan semasa Hari Raya Puasa 2016. Saya memang tak lepaskan peluang kalau ada sales dari Lazada, dan setakat ini saya masih berpuas-hati dengan servis dan produk yang dijual.

Kalau ikutkan dah lebih 10 kali saya beli-belah online di Lazada Malaysia. Alhamdulillah, semua barangan dan produk yang dibeli dari Lazada tidak mengecewakan, baik daripada servis penghantaran mahupun kualiti produk. Isteri saya juga dah beberapa kali beli barang di Lazada. Malah, permainan anak-anak saya pun saya beli menerusi portal beli-belah online ini ... yang kalau dibandingkan dengan harga di kedai biasa, sangatlah jauh bezanya.

Dompet Raya Beli Secara Online Menerusi Lazada Malaysia

Dompet Raya Beli Menerusi Lazada Malaysia
Kali ini, saya telah berjaya mendapatkan sebuah dompet raya dengan harga RM9.90 sahaja. Fuhh .. memang puas hatilah, sebab kalau kat kedai biasa .. mau kena bayar dalam RM30-RM40, itupun belum tentu dapat yang kena dengan kehendak dan keinginan. Isteri saya pula beli seutas beg tangan .. dari jenama yang agak terkenal juga.

Semuanya kerana Lazada Malaysia membuat jualan atau sales khas untuk Ramadan dan Raya Puasa 2016. Ada potongan dan diskaun yang menarik untuk kaki shopping online.

Kalau nak dapat lebih diskaun, anda muat turun sahaja aplikasi Lazada dari Google Store dan App Store secara percuma. Ada baucer khas diberikan untuk mereka yang pertama kali beli belah guna aplikasi Lazada ini.
Dompet Raya Beli Menerusi Lazada Malaysia

Kenapa Saya Beli Menerusi Lazada?

Saya suka je beli dari Lazada, kerana ia memudahkan dan saya tidak perlu keluar rumah untuk bershopping secara santai. Paling saya suka .. ialah tiada promoter nak ikut ke hulu ke hilir ketika saya nak window shopping .. hahaha ..

Produk paling mahal saya beli ialah telefon pintar Huawei Honor 7, yang dibeli dengan harga RM1299; iaitu RM100 lebih murah daripada harga pasaran semasa (ketika itu), siap dapat hadiah percuma lagi .. huhuhu... Produk original dengan waranti diberikan seperti yang diiklankan dalam laman web mereka. Untuk pembelian ini, saya bayar guna online transfer dari akaun Maybank saya.

Cash-On-Delivery

Dompet Raya Beli Menerusi Lazada Malaysia
Dompet Raya Beli Menerusi Lazada Malaysia
Oh ya, paling best ialah saya bayar RM9.90 untuk dompet raya tu menerusi C.O.D iaitu cash on delivery atau bayar ketika terima .. hehehe... dan ianya dihantar kepada saya awal sehari daripada tarikh publish di laman web Lazada menerusi servis penghantaran Taq-Q-Bin.

Pastu, dapat pula baucer tambahan yang diberikan oleh Sokano yang menjual beg dompet tersebut meneruai Lazada Malaysia. Siap bagi tawaran untuk buat bisnes online menerusi dropship lagi!

[Baca] Kehebatan 3 Jejaka Buat Duit Menerusi Dropship - USD94K Dalam 2 Bulan!

Saya tak gunakan kad kredit walaupun ada disediakan oleh Lazada kerana takut terlebih belanja. Bagi saya, elok bayar C.O.D atau guna kad debit supaya saya boleh jadi bijak menguruskan perbelanjaan .. hoho .. baru tahu takat mana boleh dibelanjakan dengan income online yang tak seberapa... huhu.

[Baca] Tips Mendapatkan Baucer Diskaun Lazada Malaysia

Dah shopping untuk persediaan Raya 2016?



5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Saya pun selesa beli dengan lazada. Terutamanya barangan bayi. Penghantaran pun cepat.😊😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah .. nampaknya banyak pelanggan yang puas hati dengan servis oleh Lazada ni.

      Padam
  2. Saya pernah beli handbag dekat lazada, pakai sampai sekarang. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ehhh ... bagus .. kiranya produk yang dibeli tu bermutulah.

      Padam
  3. penah sekali je kot aku shopping kat Lazada, itupun sebab barang aku beli tu memang takde kat Lelong ataupun tempat lain masa tu..nak beli vakum je pun..huhu..mana tah vakum tu tah.ahaahaa

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement