Zaman sekarang, ramai yang akan mencari kerja sambilan. Tak kiralah anda sudah ada kerja tetap di sektor awam, kerja di sektor swasta mahupun kerja menerusi bisnes sendiri; saya sebagai blogger sepenuh masa pun kadang mencari peluang untuk buat kerja sambilan ini. Sebenarnya banyak peluang seperti ini yang boleh direbut di internet. Ia adalah kerja sambilan online - perlu ada komputer, dan perlu ada akses internet.

Ada banyak kerja sambilan online yang boleh anda dapat. Ini adalah kerana semakin hari semakin banyak peluang terbuka, samada dari orang perorangan (soho) mahupun syarikat besar. Kebanyakan darinya adalah terdiri daripada golongan yang ada bisnes secara online atau yang menjalankan perniagaan atas talian. Ini mengakibatkan permintaan terhadap remote-worker atau pekerja sambilan jarak jauh secara online meningkat dengan ketara.

10 Kerja Sambilan Online Patut Cuba

Jika anda perhatikan, market Malaysia juga adalah market yang kuat untuk kerja sambilan online ini. Ramai internet marketer dari luar negara melihatkan Malaysia adalah hub untuk memperoleh pekerja sambilan online yang baik, mana tidaknya ... boleh dikatakan lebih 30 peratus pengguna internet Malaysia adalah aktif, terutama di media sosial.
10 Kerja Sambilan Online Patut Cuba

Ada lebih 10 kerja sambilan online yang ada diiklankan di merata tempat - di dalam blog, di dalam laman web, di facebook, di instagram, di twitter .. anda akan perasan iklan-iklan ini yang menawarkan banyak kerja sampingan dan sambilan untuk wang. Iklan kerja sambilan tersebut adalah ..
  1. Data Entry - Memasukkan data dari satu program lain ke program lain, contohnya dari email list ke database seperti Microsoft Excel atau Access.
  2. Words Typing - Menulis kembali perkataan/perenggan daripada sumber seperti PDF yang tidak boleh diedit kepada Words ataupun ke dalam email; atau kepada sumber lain.
  3. Translator - Penterjemahan
  4. Proof Reading - Selalunya diberikan untuk perenggan teks di dalam surat jualan, email atau sumber word untuk pastikan ayat dan perkataan adalah betul dari segi ejaan dan sebagainya; selalunya job ini diberikan selepas penterjemahan dibuat.
  5. Web Research - Mencari sumber maklumat untuk dimasukkan ke dalam surat jualan, testimoni pengguna, rujukan fakta tertentu dan sebagainya.
  6. Virtual Assistant - Membantu untuk kemaskini data pelanggan, approve jualan, hantar email bantuan kepada pengguna dan menghantar invois.
  7. Market Survey - Memberikan input dalam bentuk angka untuk para internet marketer luar negara bagi membolehkan mereka buat target pasaran.
  8. Copywriter- Ubah ayat surat jualan yang tertumpu kepada market tempatan .. contohnya, pernah lihat laman web promosi Forex tak? Syarikat forex trading dari luar negara, tetapi isi kandungannya tertumpu ke market Malaysia yang ditulis dalam bahasa Malaysia .. agak-agak siapa yang susun ayat dan tulis semula dari sumber asal? Itulah kerja si Copywriter.
  9. Copytyping - Salin tampal .. mudah.
  10. Content Writer - Menulis isi kandungan ke dalam satu-satu laman web tetapi di dalam bahasa berlainan atau salin dan ubah ayat dari sumber lain.
Dan ada banyak lagi ... seperti menjadi mystery shopper untuk kedai online atau laman web perniagaan tertentu contohnya Lazada, Zalora, Amazon dan sebagainya.

Keperluan paling penting untuk mohon kerja-kerja sambilan online ini ialah ..
  • Komputer
  • Akses Internet
  • Tahu Berbahasa Inggeris
  • Tahu Menggunakan Perisian Asas seperti Words, Access, Google dan sebagainya...
Dari segi penerimaan bayaran, ada yang akan membayar upah terus ke akaun bank (wire-transfer), ada yang gunakan cek, dan paling popular adalah menggunakan PayPal. Kalau menggunakan PayPal, jangan risau .. ia mudah dan percuma, anda hanya perlu daftar sahaja menggunakan email yang selalu anda gunakan. Dari PayPal, anda boleh transfer atau kumpul duit upah kerja anda dalam USD untuk satu tempoh ... paling terbaik ketika tukaran USD-MYR tinggi ...
[Baca] Cara Buka Akaun PayPal Percuma Untuk Terima Bayaran
Kalau nak mencari kerja sambilan online, pastikan anda mencari dengan betul .. dapatkan bantuan, sokongan dan paling penting pengetahuan tentang cara-cara nak dapatkan kerja sambilan online yang betul, sah di sisi undang-undang dan yang benar membayar.
Anda boleh rujuk panduan ini - Panduan JDR - Jobdirumah 2017
Ia adalah langkah permulaan untuk memudahkan anda mendapatkan kerja sambilan online yang betul, terutama 10 kerja sambilan online yang telah saya senaraikan tadi.

Semoga berjaya.

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. terima kasih atas perkongsian tuan hh ^_^

    BalasPadam
  2. Banyak cara utk cari duit online yang man erlu bermodalkan laptop dan internet

    BalasPadam
  3. Buat kerja online macam ni best. Banyak boleh dapat bila buat dari rumah aje.Mesti cuba ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pada lepasan SPM, ijazah .. kalau tak ada kerja lagi, memang boleh cuba buat duit menerusi JDR ni.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement