Klik Sini Untuk Tempahan
Kalau anda ke Parit Buntar, jangan lupa untuk mencuba Roti Ice Cream di Balak Inn. Ia antara menu pencuci mulut yang sangat best selain daripada ABC Balak Inn yang memang sempoi. Anak-anak dan isteri saya memang suka makan pemanis mulut ni .. apatah lagi dalam keadaan cuaca panas sekarang.

Harga pula tidaklah terlalu mahal, kalau tidak silap ia dijual dengan harga serendah RM3.00. Puas makan, malah kalau tak habis .. boleh sahaja dibungkus bawa balik rumah....hoho .. saya selalu je buat ... yelah, untuk elakkan pembaziran.

Roti Ice Cream Balak Inn

Roti Ice Cream Balak Inn
Roti Ais Krim memang lama dah terkenal. Seingat saya waktu saya sekolah rendah lagi dah ada jual.. cuma tidak serupalah dengan Roti Ice Cream Balak Inn ini yang disediakan dalam bekas atau mangkuk kecil. Selalu tu, ais krim roti ni disediakan dengan memasukkan ais krim ke dalam roti bun yang dibelah tengah. Kadang ada yang menjualnya dengan menggantikan roti bun dengan biskut tawar.

Kecik-kecik dulu .. roti ais krim adalah benda paling mewah ... kira taraf orang ada-ada yang dapat beli dan makan ais krim ni, jika dibandingkan dengan ais krim Malaysia ikat atas atau ais krim oren yang harganya cuma 10 sen - 20 sen. Time arwah ayah saya gaji je leh dapat makan roti ais krim ni .. huhuhu...
Roti Ice Cream Balak Inn
Zaman berubah ye tak?

Oh ya, Balak Inn ni tak jauh dengan lokasi Pasar Kemboja yang terkenal di Parit Buntar. Tapi, ia tidak dibuka waktu pagi .. hanya bermula jam 12:00 tengahari baru buka .. itupun tak buka sepenuhnya memandangkan Roti Ice Cream Balak Inn ni dijual oleh salah satu gerai yang ada di situ.

Satu lagi yang best ialah Lai Chi Kang ... fuh .. memang marvelouss ...

8 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. waaah !! dah ada roti aiskrim pulak.. slalu jugak lepak sini..
    makan jagung sagat dan peknga.. hehe.. Bro duduk area2 sini eh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer, saya duduk dekat dekat area situ je .. hehehe

      Delete
  2. semakin banyak menu-menu makanan yang hipster. nama pun hipster sangat.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama hipster ke? Balak Inn tu nama restoran ni..huhuhu

      Delete
  3. Menarik betul aiskrim ni. Sedap nampak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak saya memang suka makan ais krim roti ni

      Delete
  4. Sampai sana nak kena cuba juga aiskrim ni.

    ReplyDelete
  5. dah lama tak pekena roti aeskrim nie.. dulu2 eskrim kapit dengan roti benggali jer ..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Klik Sini
Previous Post Next Post

Advertisement


Bisnes Shopee

Advertisement


Mudah Kerja Dengan 176 Template COPYWRITING - The Story Selling! Ayat Padu Hanya Isi Tempat Kosong Sahaja!! KLIK SINI untuk DOWNLOAD

Tawaran Sertai Kelas Online SHOPEE. Free Ebook Diberikan.KLIK SINI. Guna Telegram.

Advertisement