Uhh menarik sungguh idea door gift seperti ini. Ini pertama kali saya terima hadiah door gift sebotol kicap dan juga botol comel berisi kacang. Kedua-duanya adalah dari dua majlis perkahwinan yang berbeza. Saya dapat tahu,
idea door gift ini dah popular lama, malah pernah viral di laman sosial ... uhh dem .. saya ketinggalan keretapi ETS betullah .. kah kah kah ...
Nasib baik saya hadiri kenduri kahwin sepupu saya di kampung, saya ada cerita sedikit menerusi entri
Selamat Pengantin Baru Ain ... tapi tak ceritalah pasal
door gift yang saya terima ni.
Menarik Idea Door Gift Macam Ni ....
Bagus buat
door gift macam ni, sungguh menarik. Jika dulu,
door gift untuk majlis kahwin beri Bunga Telur, Labu Sayung Kecil, Seramik letak telur, gula-gula, kuih bahulu, maruku, biskut ... kali ini ada yang dah bagi yang lebih best macam sebotol kicap dan juga kekacang dalam botol kecil.
Yang paling menarik bagi saya ialah dapat sebotol kicap. Botol kecil je, comel gitu. Dapat 4 door gift, jadi dapatlah empat botol kicap. Kemudian, disekalikan dengan bunga telur, al maklumlah orang kampung, still lagi ada tradisi memberikan bunga telur untuk para tetamu yang hadir. Telur rebus, cicah dengan kicap ..fuhh .. best ooo ... kentut pun bau best .. kah kah kah.
Anak-anak saya seronok je dapat
door gift sebotol kicap, sebab mereka memang kaki makan nasi dengan kicap. Kalau tak ada kicap ... mereka memang tak lalu makan .. haha. Dah dapat kicap 4 botol, maka leh la cop sorang satu ... :)
Menarik idea door gift seperti ini. Kepada sesiapa yang nak kahwin tu, mungkin boleh tiru idea ini. Jangan berikan sesuatu yang kemudian dibuang dan dilempar ke dalam tong sampah .. membazir tu. Ada baik berikan benda yang boleh digunakan. Macam botol comel berisi kacang tadi, kalau dah kosong, boleh dijadikan bekas untuk letak
herbs and spices di dapur ... :) tak perlu nak pergi beli kat Ikea tu .. hehehe...
Rare sungguh bg kicap :D
ReplyDeleteKalau botol berisi kacang PC kerap juga terima...tapi door gift kicap belum pernah lagi...alhamdulillah kalau dapat...
ReplyDeleteSedap makan nai dengan kicap. Saya pun suka Bro HH.
ReplyDeleteSaya lebih prefer bagi macam ni daripada habiskan duit untuk packaging. Lagi pun bagi botol kicap lagi memudagkan kerja, masukkan je dalam beg. Kicap dapat sehari sebelum pun sempat lagi nak masuk beg doorgift.
ReplyDeleteMrs. A pun pernah dapat door gift kicap comel tiga serangakai dalam kotak yang berhias menarik.
ReplyDeleteOklah lain daripada kebiasaan dan boleh digunapakai dari perhiasan end up jadik sarang habuk hiks!
Bagus juga door gift dalam bentuk makanan. Tak membazir kan?
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.