Selamat Pengantin Baru buat sepupu cantik, Nur Ain. Alhamdulillah, majlis perkahwinan anak ayah saudara saya selamat dilangsungkan dengan jayanya. Ini merupakan majlis kenduri perkahwinan buat kali kedua untuk ayah saudara saya. Ia meraikan anak ketiga beliau, iaitu sepupu saya bernama Nur Ain. Langkah bendul tu .. haha.

Anak kedua, iaitu anak sulong lelaki in Sha Allah, dijadualkan tahun 2016. Rasanya tak ada masalah pun langkah-langkah kahwin ni, hatta untuk anak perempuan. Mungkin dalam sesetengah masyarakat ia masih dianggap satu yang tidak molek, tetapi kalau diikutkan hukum agama Islam, ia tiada sebarang masalah.

Selamat Pengantin Baru Ain

Tak banyak gambar saya dapat rakamkan sempena majlis perkahwinan ini. Saya agak lewat hadir, walaupun kenduri dilakukan di sebelah rumah emak saya di kampung. Ehemmm ... bila dah lewat, biasalah ... kenalah tadah telinga dengan segala sindiran daripada sepupu sepapat dan sedara yang lain. Nasib baik saya belum bersihkan isi dalaman dalam telinga ni .. kira apa yang dengar dah ditapis dah .. hahaha.

Apapun, selamat pengantin baru buat Nur Ain bte Ridzuan.
Selamat Pengantin Baru Ain
Selamat Pengantin Baru Ain
Selamat Pengantin Baru Ain



Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

5 Komen

Salam maulidurrasul Sifu HH....sebaik2 hambaNya ialah yan g berdiam diri..tak apa lah jika lambat yg penting datang tu dah terbaik. cari muhasabah diri..mybe ada hal yang menghalang datang awal kan Sifu HH

Reply

tahniah & selamat pengantin baru buat sepupu sifu HH & juga pasangannya.Sama cantik sama padan. semoga mereka bahagia hingga hujung nyawa

Reply

tahniah...semoga kekal ke akhir hayat

Reply

Terima kasih ..

Support saya dalam Contest Review Lynk.my 2015 ye. Terima kasih.

Reply

Semoga ikatanya berkekalan. Sama cantik sama padan.

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.