Erkk .. rupanya isteri saya tidak kenal akan rupa Buah Kelubi. Dia ingatkan buah kelubi yang kami temui dijual di pekan Sungkai adalah buah Salak. Jenuh saya yakinkan bahawa apa yang kami tengok adalah buah kelubi ... sehinggalah tukang jual mengiyakan apa yang saya kata... hoho.

Ya, saya percaya ramai dari kalangan anda yang tidak mengenali rupa bentuk buah kelubi. Kebanyakannya hanya tahu buah kelubi dalam bentuk asam atau jeruk. Kalau anda seorang peminat jeruk, tentu tahu bahawa isi buah kelubi berwarna putih pucat. Ia antara asam atau jeruk yang agak popular di Pulau Pinang, dan menjadi antara jeruk yang dipasarkan oleh Jeruk Madu Pak Ali.

Inilah Rupa Buah Kelubi

Ramai tak tahu beza buah kelubi dengan buah salak
Buah kelubi juga dikenali sebagai Asam Paya.

Bentuk buah kelubi memang nampak seperti Buah Salak. Beza paling nyata ialah buah kelubi tiada bulu halus seperti buah salak. Ia bukan buah yang ditanam, tetapi lebih kepada buah hutan yang tumbuh meliar. Rupa pokok buah kelubi adalah seakan pokok palma renek, yang tumbuh banyak di kawasan berpaya.

Rasa buah kelubi adalah teramat masam .. serius. Itu adalah antara sebab mengapa buah ini dijadikan jeruk, dan di sesetengah tempat dijadikan sebagai cuka.
Inilah Rupa Buah Kelubi

Beza Buah Kelubi dengan Buah Salak

  1. Buah kelubi saiznya kecil, buah salak lebih besar.
  2. Buah kelubi tidak ada bulu halus seperti buah salak di bahagian luarnya.
  3. Isi buah kelubi warna lebih cerah dibandingkan dengan buah salak.
  4. Isi kelubi lembut dan berjus, manakala buah salak agak keras.
  5. Bau kelubi adalah masam, buah salak pula berbau harum.
  6. Buah salak selalu dimakan begitu sahaja, beza dengan buah kelubi yang dibuat jeruk atau asam.
  7. Rasa buah kelubi tersangatlah masam, berbanding buah salak yang manis-manis masam yang kadangkala kelat.

Saya dulu selalu juga mencari buah kelubi ni dekat sawah padi .. ada kawasan sungai dengan paya. Dan ketika itu, memang mudah nak jumpa .. tak macam sekarang ni ....kecuali di kampung-kampung yang memang jauh dari bandar.

Ramai yang keliru bentuk buah ini dengan buah salak. Jadi, saya harap perkongsian saya ini sedikit sebanyak beri pengetahuan mengenai buah tempatan ini. Agak malanglah kalau anda menyukai akan asam atau jeruk buah kelubi tetapi tak tahu akan rupa buah kelubi ini .. hoho...

Dan ada juga yang samakan buah ini dengan rupa buah laici ...... adeh.



Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement